Berita Char

Char Ketam

Thursday, December 31, 2009

Akhirnya tercapai jugak hajat aku untuk pekena char ketam ni.Terletak di taman kemajuan,kedai dia hujung sekali berbumbung biru.Dekat depan rumah corner lot yang dibuat kedai makan.
Selain menjual char ketam,kedai char ni turut menjual char normal iaitu dengan udang namun disini terdapat 3 kasta udang yang boleh dipilih dan setiap kasta berlainan harga.Selain itu,pelanggan boleh juga mengkoleberasikan ketam bersama udang dengan harga permulaan rm10 dan keatas.

Namun jika dibandingkan char ketam dengan char udang,koteaw didalam char udang mempunyai kuantiti yang lebih.Dari segi kelazatannya,aku boleh katakan ia agak sedap dan agak berminyak.Rasa dan rupanya hampir sama dengan char batu 2 dizaman kegemilangannya.Jikalau dimasukkan didalam ranking,aku akan letakkan ditangga ke 4.

Bagi ketam pula,aku rasa char koteaw memang telah kena dicipta tuhan untuk digandingkan bersama udang kerana rasa ketam itu hanya sipi sipi saja .Oleh itu aku tetap memilih char KWSP sebagai peberet buat masa skrg .

I Survived Sungai Sedim

Sunday, December 27, 2009

Hutan Lipur Sungai Sedim berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai tapak perkelahan Di Raja Kedah. Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti berkayak. Di sini juga tempat berlangsungnya pertandingan kayak arus deras diperingkat antarabangsa.Terletak 33 km dari Bandar Kulim, 130 dari Bandar Alor Setar di hubungi melalui jalan raya.
Perancangan untuk bercamping ni memang sudah lama diperkatakan,cuma masa nak kena gaya semua orang tuh yang susah nak diselaraskan.Namun akhirnya setelah perancangan rapi selama 5minit di TM maju,kami akhirnya sepakat untuk ke Sungai Sedim keesokkan paginya.Seramai 5orang peserta mendaftarkan diri di pusat pendaftaran pada jam 8 pagi waktu melayu (9.30 pagi waktu tempatan).Setelah pekena sarapan di gerai berdekatan,kami memulakan perjalanan ke Alor Star untuk membeli barangan keperluan di Tesco.



Untuk menambah adventurekan perjalanan ,kami bersepakat untuk melalui jalan lama.Tapi kalau dikira kira semula,adventurenya hanya pada driver sahaja yang terpaksa memandu hampir 5jam menerusi jalan jalan kampung.Kami tiba disana kira kira pukul 4.30 petang.Suasana sungguh tenang dengan gelagat family berkhelah dan mandi manda.Ketenangan terhenti seketika akibat kehadiran seekor biawak air namun ditenangkan semula oleh life guard bertugas.



Life Guard

Kira kira pukul 6.30petang kami memasang khemah,membersihkan kawasan dan mencari kayu api.Malam di Sedim sungguh gelap gelita hanya mengharapkan cahaya bulan,namun kami menggunakan pelita karbaid sebagai inisetif.Makan malam dimulakan dengan ayam panggang disertakan roti telur hasil air tangan Chef Jan dan Chef Rusyi .Disertakan dengan kacang cap bagus.Setelah berborak,masing masing agak penat,maka aku dan pijan mengambil langkah bijak dengan ke kedai kampung berdekatan untuk membeli kopi beserta biskut biskut.



Sesi perbincangan diteruskan semula sebelum upacara membakar hotdog pula bermula.Memang tak sempat lapar pun didalam hutan ni.Setelah penat bersembang,semua masuk ke khemah pada pukul 1 pagi.

Maksiat .


Day 2
Semua bangun pada pukul 8.30 pagi dan chef chef mengambil tempat didapur.First time aku makan maggi kari sebagai sarapan.Upacara mandi manda bermula kira kira sejam kemudian.Air disungai Sedim memang sangat deras,badak pun boleh hanyut.3 patung ujian cedera dalam misi mencari port mandi terbaik sebelum kami terpaksa hanya mandi dikawasan tenang demi keselamatan peserta.Setelah puas mandi,peserta dihidangkan pula dengan roti telur bakar ala ala Itali disajikan dengan sos mananinara .Bajet nak turun 2-3 kg ,rasanya makin naik ada la.Rombongan berkemas pada pukul 12 tengah hari sebelum pulang ke tanah air


Journey To The North : Cuti Cuti Semesta

Friday, December 25, 2009

Cuti Cuti Semesta menyajikan seribu satu keriangan kepada umat MMU.Bukan sahaja dapat merehatkan minda yang dah memang selalu berehat ni,tetapi juga masa untuk pulang ke tanah tumpah.Kali ni aku pulang seorang diri menyusuri liku liku lebuhraya untuk sampai ke utara .Memula nak balik dengan flight,tapi memandangkan kereta aku tiada hantu raya mahupun toyol jaga untuk panaskan enjin,maka big boss memberi arahan agar pulang dengan kereta.Aku memang suka sangat drive jauh jauh ni.Bak kata pepatah,jauh perjalanan,luas pemandangan.

Memandangkan bertembung dengan musim perayaan,aku mengambil langkah pintar dengan merancang untuk bertolak pada pukul 3 pagi.Bak kata pepatah,kalau dah melayu itu,melayu juga,pukul 4.3o am baru aku bangun.Dah rugi 100KM dari perancangan namun aku kentalkan semangat.Lepas mandi dan siap cincai cincai,aku bertolak pada pukul 6 am.Perjalanan lancar sekali,cuma sekali sekala lori lori celaka tukar lorong time orang tengah laju.

Perjalanan amat lancar,tiada kesan kesan kamera perangkap had laju.Sungguh indah melihat matahari terbit di celah celah bukit .Tapi keindahan itu semua tidak berkekalan kata ustaz.Ya.Memang benar.10.10am,lokasi Jitra.Bak kata pepatah,sepandai pandai rusyidi whillie,akhirnya jatuh ke tanah jua.

"Encik boleh jelaskan di mana mana balai ok "
"ok (sayup sayup )


Pengajaran yang aku dapat hari ni ,kalau aku jadi menteri fasola di Malaysia,aku akan arahkan pihak polis menyaman semua pemandu tanpa mengira kesalahan dilakukan atau tidak, kerana ia secara automatik memperlahankan pemanduan pemandu yang tiada mood.

Tanda Tanda Orang Masuk Neraka ?

Wednesday, December 23, 2009

Situasi 1:

"dari mati tanam organ,baik kita derma kan..."

"kalau derma,nanti kat neraka tadak organ pulak,ehhh..apsai neraka plak..akhirat.."

----------------------------------------------------------------------
Situasi 2 :

"ehh..panaskan.."

"tak pon..sejuk aja " ...

Berita Char

Sesuatu Bernama Char

Tuesday, December 22, 2009



Bagi sesetengah orang , Char kway teow tidak membawa sebarang erti didalam hidup mereka ,tapi bila disebut Char kway teow kepada aku ,ia merupakan satu soal yang serius.Sanggup aku bergadai nyawa ke Indonesia jikalau mereka menuntut hak keatas penciptaan Char kway teow yang diketahui umum tahap kenikmatannya.Char kway teow yang wujud diatas muka bumi ini terbahagi kepada 2 spesies , basah atau kering . Char kway teow spesis kering ni orang kata berasal dari Penang tapi kalau tak silap Char itu sendiri jika ditafsirkan dalam bahasa Greek membawa maksud gorengan yang tidak berkuah .

Soal macam mana boleh terevolusi sebuah Char kway teow itu menjadi berkuah juga agak kurang jelas. Ada mengatakan selain teori evolusi manusia,Darwin turut mengeluarkan teori bagi Char kway teow yang mengatakan ia berkuah akibat satu peristiwa bersejarah dimana Yang Peng Hok dari Selatan China yang amat lapar telah bersusah payah menggoreng kway teow didapur sebelum tertumpahkan air teh nya ke dalam kuali.Akibat tidak sanggup memulakan aktiviti penggorengannya semula,maka dia pun terus makan dalam keadaan basah.

Tapi bagi aku,mungkin ia telah diubah suai oleh orang Melayu yang terkenal dgn kehebatan mengubah suai segala jenis menda untuk menyesuaikan dengan ciri ciri tradisional serta cuaca tempatan.Bagi aku,pantang sahaja tulisan Char kway teow menghiasi sesebuah gerai,kompom aku akan cuba.Char kway teow ni sebelah utara memang habitat dia.Mana saja boleh jumpa.Tapi kalau dah jejak makin selatan,makin susah pulak nak jumpa.Mungkin soal budaya atau geografi menjadi punca.

Kalau ditanya soal mana Char kway teow terbaik penah wujud,aku tak pasti.Namun berdasarkan penilaian aku selama ni,ada beberapa tempat yang memang King! soal soal bersangkut paut dengan Char kway teow ni.Antara Top 5 yang penah aku try,

5. Char kway teow Batu 2 , Perlis
Char kway teow Batu 2 ni terletak di batu 2 kangar.Jalan menghala ke beseri/padang besar.Dulu memang antara terbaik.Nak makan rasanya kena wat persediaan awal dari segi mental dan fizikal.Soal pengurusan masa pun amat penting memandangkan kedai ni lepas pukul 8 aja terus full .Nak parking pun susah dan nak cari tempat pun suspen macam main russian roulette . Tapi dia agak berminyak kuahnya dan terbaru aku cuba test,rasanya sudah bertukar macam cilaka.

4. Char kway teow Terminal Rapid ,Cyberjaya
Char kway teow kat terminal ni aku tak pasti samada mendapat kelulusan jemaah Majlis Char kway teow Nusantara atau tidak memandangkan kesahihan nya agak meragukan namun memandangkan ada iras iras Char kway teow ,aku masukkan aja dalam ranking.Dia berat nak masuk spesis Kway Teow basah namun ada rasa sipi sipi Char.Aku selalu makan kalau dah tahap ketagihan tidak dapat dibendung.Terletak di Kedai huruf N.

3. Char kway teow Sungai 2 ,Penang
Char kway teow sungai dua ni agak top. Aku boleh cuba pun kes dia masuk surat khabar.Muka owner bukan main bangga lagi bersama pekerja pekerjanya.Katanya menggunakan resipi sulit yang dikunci di Bank Swiss.Rasanya memang sedap ,sesedap Char kway teow KWSP .Ditangga ke 3 kerana aku expect sedap sangat .

2. Char kway teow Kampung Melayu Subang ,Selangor
Kedai ni jumpa secara kebetulan dalam misi pencarian satu kedai western .Entah macam mana misi gagal , maka singgah sahaja di satu open food court berdekatan taman perumahan apa ntah.Ada banyak kedai,namun aku ternampak satu kedai ni tulis Char kway teow Utara .Kedai tak lawa .Nampak macam hidup segan mati tak mahu , chef pun tak hensem,hanya duduk bermain susun menyusun tin susu untuk menghilangkan bosan.Tapi sekali dia ketuk kuali ,Perghh!!! Macam makanan turun dari Syurga except waitress dia tak berapa nak serupa bidadari la.Memang setaraf dengan Char sungai dua dan KWSP.

1.Char kway teow KWSP , Perlis
Terletak dibanggunan KWSP,Kangar,Char kway teow ni memang dah zaman berzaman.Manusia pun selalu ada.Yang melayakkan dia mendapat gelaran champion ialah kadar kelazatannya yang sekata turun temurun walaupun silih bertukar tukang masak.Cuma yang kurangnya kedai dia tiada limau untuk dibuat tea o ais limau.

banyak lagi tempat yang aku dah try dan belum try..Sekian buat masa sekarang.

P/s :Sok ada exam final kot,tetiba dapat idea nak menulis pulak.

Update:


Ni yang ekstrim..aku terjumpa kat google.Punya aku tak sabar nak tahu dimana gerangan kedai yang sungguh dare dengan idea puak pelampau ni,rupa rupanya di Taman Kemajuan,Perlis..Kompom aku sampai sana 5hari lagik

Drama King

Sunday, December 20, 2009

Layan jugak single Meet Uncle Hussain yang latest ni...



Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat

Mahkotamu Raja Drama

Kau Masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yg pernah ku kenal dulu

Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yg terhebat
Memukau mata melihat

Berita Hari Ini

Mentega milik pengembara Antartika pada 1910 ditemui

Thursday, December 17, 2009




WELLINGTON 16 Dis. - Dua ketul mentega telah dijumpai dalam keadaan baik selepas hampir sedekad ditinggalkan di sebuah pondok di Antartika yang digunakan oleh pengembara Britain, Robert Falcon Scott dalam ekspedisinya pada 1910 hingga 1912.

Televisyen New Zealand melaporkan, mentega itu ditemui di dalam beg yang tertera gambar ekspedisi 'Hut at Cape Evans in Antarctica'.

Keadaan sejuk yang terlampau di rantau kutub ini telah memelihara pondok dan peralatan ekspedisi yang ada di dalamnya, tetapi tanda-tanda kemusnahan baru-baru ini telah mendorong Antarctic Heritage Trust melancarkan projek pengawetan.

Lizzie Meek dari pertubuhan tersebut berkata, ini adalah satu 'penemuan berharga'.

"Ia sangat menakjubkan, bagaimana baunya yang kuat boleh bertahan sehingga hampir 100 tahun," katanya.

Scott menggunakan pondok Cape Evans sebagai pangkalannya ketika ekspedisinya ke Kutub Selatan bersama empat lagi pengembara lain pada 1912.

Bagaimanapun kesemua mereka terbunuh ketika dalam perjalanan pulang ke Cape Evans.

Bulan lalu, dua tong wiski Scotland turut ditemui di bawah pondok yang digunakan oleh seorang lagi pengembara Britain, Ernest Shackleton ketika ekspedisi pada 1907 hingga 1909 ke Antartika. - AFP


Agak agak sedap lagik tak mentega tuh ?

Aku Punya Pasal

AL-Islam

Monday, December 14, 2009



Tadi aku ada baca sedikit majalah Al-Islam,kes budak budak belia remaja Islam Melayu tidak percaya tuhan atau istilah lain ,Atheist.Antara alasan alasan mereka:-

1.Time susah berdoa tuhan tak tolong
-Susah la beb mau time susah aja nak berdoa,time senang joli.Lagipun apa guna hidup ni mau senang sentiasa.Nabi Ayub sendiri pun kena uji penyakit kulit 7tahun pun rilek aja.Tuh Nabi antara manusia paling dekat dengan tuhan.Tambahan la kita kita ni.

2.Kalau tuhan wujud,kenapa tak nampak?Agama lain tuhan boleh nampak di tempat ibadat,boleh ngadu
-Tuhan mereka tuh siapa yang cipta beb?Yang len takmo komen,aku bukan ilmuan Islam.Al-Islam jawab,angin pun kita tak nampak,just dapat rasa.Tapi kita tahu wujud.

3.Tuhan tak makbulkan doa.Al-Islam tanya apa doa kamu."nak jadi pom paling cantik".
- .Nak komen pun malas.Camtuh baik tak payah kerja."Ya Tuhanku,mintak rm100 nak beli baju 2helai *Plop muncul rm100.."

4.Kalau Tuhan hebat,Maha Berkuasa,kenapa tak bagi mati semua setan,tak bagi orang Islam menang di Iraq,Palestin,kenapa tak bagi hidup aman damai?
-Kalau tiada setan,tiada bala,tiada ujian,tiada dugaan,apa guna kehidupan.Sunyi pulak setan setan di neraka.Mau happy memanjang,bila nak ingat tuhan??

Aku pun malas komen panjang.Hampa pun tau aku nih pun apa kurangnya.Cuma apapun jangan la sampai tak percaya agama.Parah tuh.




Aku Punya Pasal

Hidup ( Versi:Serius+Islamik )

Sunday, December 13, 2009



Sejak menjadi OKU sementara,banyak perkara aku belajar terutamanya kehidupan orang tanpa sebelah tangan.Tangan kanan aku tak boleh bergerak aktif sangat dan nak bengkok pun tak boleh 90darjah lagi sebab siku aku luka dan berjahit.Aku baru perasan kata kena jahit.Kalau tak tengok betul betul kompom ingat bulu roma .Sejak eksiden ni baru aku sedar tentang kebolehan tangan kiri aku yang jarang digunakan.Pengalaman aku kali ini agak ok kalau dibandingkan dengan lepas lepas.Atleast aku masih mempunyai 2kaki yang mampu berjalan.Seksa benar kalau sakit melibatkan kaki.

Aku pernah eksiden dan kaki berlubang kes sagat jalan.Lebih kurang sebulan tak dapat jalan dengan sempurna.Seksa,nak pakai selipar pun sakit sakit.Jalan memang makan jam.Saing saing aja dengan kertas surat khabar ditiup angin.Nak tunggu lega pun lambat.Sampai sekarang kaki aku dah normal balik,lubang pun dah cover dengan isi balik.Namun tak sesempurna original.Kalau tersentuh apa apa dengan kuat,still sakit.

Tips aku kalau eksiden,perkara pertama cabut ke tepi jalan.Lepas tuh baru kira selipar yang bersepah tengah jalan mahupun motor anda.Second,check keadaan anda,tengok semua berfungsi tak.Check luka,check dalaman.Kalau luka agak teruk,pergilah ke klinik atau hospital.Aku penah eksiden tak pergi hospital.Aku lah doktor,aku lah Nurse,last last luka ada infection.Kes batu,kuman semua masih ada diluka.Kalau eksiden motor dan anda masih muda belia,aku rekemenkan ke klinik aja.Sebab kalau hospital,kompom2 anda dicop mat rempit.Cucian dia double dasat.Cuci luka macam cuci kain.Pedih beb.Aku sampai 4orang atendan lelaki pegang sebab meronta.Kalau Klinik mereka lebih bertolenrasi namun dikaunter pembayaran paham paham sendiri.

Apapun bawak motor jangan macam dalam games.Sebab bila apa apa jadi,tidak akan muncul perkataan "please insert (1) Token ' didepan mata.Ingat ingat lah orang tersayang.Time time macam ni baru lah nampak sapa yang sayang kita.Apapun dalam piramid kehidupan kita macam mana sekalipun perlulah setkan mengikut kedudukan yang :-
  1. Tuhan
  2. Family
  3. Member-Member/girlpren/boipren
Berkawan berpada pada.Cuba tengok sesetengah kes,eksiden dengan member2,bila sakit masuk hospital,sapa yang jaga kita 24jam melainkan makpak kita,adik beradik kita.Member2 boleh la melawat sekali sekala.Bukan nak kata member2 tak penting,cuma kena lah gaya.Kubur masing masing beb.

P/s:Pergh!aku ka yang tulis ni..sat nak baca balik.Aku pun tak paham sebenarnya.

Aku Punya Pasal

Ubat Relax

Wednesday, December 09, 2009

Semalam aku ada dapat 3jenis ubat dari doktor Maniam,iaitu antibotik,apa menda ntah dan ubat relax.Ubat relax ni dia bagi satu aja dan nurse cakap makan pukul 8 malam.Aku pun amik tanpa banyak soal.Pada pukul 8 malam aku ada exam midterm,nyaris nak makan tapi atas nasihat orang lama,aku pun fikir ya gak.Buat mengantuk tak ka naya.


Lanjut punya panjut pukul 12malam aku makan ubat tuh lepas cuci luka semua.10minit kemudian..

"menda kiri kanan jadi slow motion"
"jalan pun tak berapa stabil"
"mata dah berat"

12jam tidur yang indah,sampai nak buka mata pun susah.Mak aku dah bising bising suruh bangun,aku hanya mampu bangun dan duduk di sofa dan sambung tidur.

Aku Punya Pasal

Pagi Yang Gelap

Tuesday, December 08, 2009

Pukul 6.30am tetiba terjaga,termenung seketika dan lelap semula.

Pukul 8.30 bangun ,Presentation bermula pada pukul 9,gelabah2,mandi dan amik keputusan naik moto untuk elak jam.

On the way teringat dompet tak bawak,minyak motor dah merah,dalam hati dah tak berapa sedap.Rasanya macam hari yang malang.

1km dari MMU,aku bawak dikiri jalan rileks2 takut minyak habis,sampai satu simpang proton saga depa aku terus bagi signal dan belok ke kiri 1saat kemudian,aku hon dan....takda suspen sangat,berdasarkan pengalaman 7kali lepas(serius dah 7kali aku jatuh motor),macam biasa dalam hati "nak jatuh dah ni" dan seterusnya melayang dan terseret ditengah jalan kira kira 5meter.

Perghh..sebijik macam motogp.Bezanya motogp pakai suit tebal tapi aku pakai tshirt.Kereta saga yang dinaiki 3orang lelaki cina bekerja kontrak berhenti.Lepas sembang sembang sikit,mereka pun membawa aku ke klinik berdekatan.Sumpah ni rekod pencucian paling sedap aku penah rasa sepanjang bergelumang dengan bidang ini.Nurse india dan doktor india tuh agak lembut rawatannya sehingga aku hampir terlena.Berbeza sama sekali dengan hospital kerajaan.Macam neraka.

Cina langgar aku seorang Melayu dan dirawat Doktor India.Memang eksiden ini berciri cirikan 1Malaysia.Lepas dapat MC ,aku suh brader2 tuh antar aku balik rumah.Mana boleh nak present dengan tangan terkulai dan baju rabak.Dapat la pampasan rm170 termasuk kos ubat ubatan.Aku takda la nak marah sangat,menda nak jadi.Lagipun hari hari malang aku dah lama bermula.Dalam hidup kita kekadang akan dihidangkan dengan pelbagai masalah dan kita harus jalan kedepan melaluinya dan bukan mengelak darinya.

1st time taip menggunakan tangan kiri sepenuhnya.

Aku Punya Pasal

Ciptaan Yang Sempurna

Sunday, December 06, 2009


Some said it was a gift from heaven,some said it was a best thing that happen in this millenium but untuk aku,ia adalah salah satu gabungan atom atom yang paling sempurna yang pernah terhasil dalam dunia.Molekul molekul yang terkumpul mengeluarkan rasa yang padu dan menusuk jiwa sehingga menggerakkan saraf saraf bibir untuk mengeluarkan bunyi "pergghhh!!" .Kalau ia disama tarafkan sebagai manusia,gelaran TUN sudah tentu terpalit padanya.

Sesungguhnya penciptannya segenius Albert Enstain serta layak menerima hadiah Nobel Keamanan diatas sumbangan yang tidak ternilai ke atas kedamaian rohani seseorang manusia.Jikalau mampu ditukar ganti,sesungguhnya hanya berlian sebesar bumi pun masik tidak mampu menandingi nilainya.Sesetengah orang berpendapat ia tidak sebati dengan sardin ,namun ramai yang bersetuju ia akan lebih baik bersamanya.Mungkin ayam juga kelihatan tidak sesuai digabungkan bersamanya namun bagi aku , selain batu dan kayu,ia dapat diserasikan dengan mana mana elemen yang ada.

Betapa Agung Ciptaan Maha Esa ~










Aku Punya Pasal

Celcom Berukben

Sunday, December 06, 2009

Testing..testing...

cilaka 1 cilaka 2 cilaka 3...

Sesiapa yang mahu mendapatkan celcom berukben terutamanya pakej rm68 silalah bersedia menghadapi fenomena fenomena :-
1. memandang kiri dan kanan sambil menguap
2. kenipisan permukaan lubang hidung
3. kehabisan bateri laptop sebelum sempat terpapar page google
4. kemurungan berpanjangan


Aku Punya Pasal

Internet

Saturday, December 05, 2009




Sejak Selasa lepas aku telah terputus hubungan dengan dunia luar.Banyak benda benda yang tak update angkara internet kena potong.Boleh dikatakan antara rekod terlama aku hidup tanpa internet sejak zaman fetus sehingga berusia 14tahun.Ni bila dapat aja connection terus sawan.Habis 'hang' pc ni kes banyak sangat tab dibuka.

Hidup tanpa internet bak hidup tanpa pedoman.Hiburan yang ada dirumah aku selain menyanyi sambil menggendangkan perut ialah menonton tv.Nasib baik aku ada bawak TV,nak harap TV bebudak rumah baru aku tuh,pergh! sofikated gila.Butang butang saja dah 1/4 daripada Tv tuh sendiri.Boleh dikatakan setiap butang yang ada di remote tersedia disitu.Aku rasa muka Tengku Abdul Rahman isytihar merdeka pun pernah keluar kat Tv tuh.Tv bilik aku simple tapi hanya dapat jelas siaran TV3 sahaja.Tak pasal aku layan NurKasih dan Jelita.

Papun esok nak kena ke PcFair usha usha modem broadband.Dengar kata Celcom ada buat promosi .



P/s : dalam usaha menyaman TMnet angkara kerugian teruk keatas hasil tanaman aku.

Aku Punya Pasal

Journey To The North-South : Hari Raya Haji

Monday, November 30, 2009

aku bertolak dari Subang kira kira pukul 8.30 Pm. Jam mula membelenggu aku setelah masuk aja highway PLUS.Orang ramai berasak asak untuk pulang.Entah apa yang best Raya Haji ntah.Duduk rumah sudah.Kan mudah perjalanan aku.Jam lebih kurang hampir sejam angkara kemalangan melibatkan 4buah kereta.Tuh la orang Malaysia.Eksiden pun nak tengok.Tapi aku tengok teruk betul MyVi tuh,kereta yang dia langgar takda teruk mana.Perjalanan kembali lancar setelah kemalangan tersebut namun bersambung kembali kira kira 20KM kemudian angkara satu lagi kemalangan melibatkan 2buah kereta.Jem berlarutan sehinggakan nak naik bukit ke terowong memang gerak perlahan lahan.Bayangkan aku drive kereta manual.Selepas melepasi Ipoh ,suasana reda sehinggalah ke destinasi aku,Pendang,Kedah.Aku sampai pukul 3.30am.


Aku bergerak ke Kuala Lumpur pada pukul 9.00 Pm hari ahad.Perjalanan lancar sehinggalah lepas Bukit Merah.Jem memanjang sehinggalah ke RnR Sungai Perak dan jem tersebut hanya kerana orang nak ke RnR Sungai Perak.Kenapa Sungai Perak?????ada apa yang best disana?? Aku terperangkap lebih kurang 2jam setengah dalam jam.Ramai yang menggunakan lorong kecemasan dan aku tak tahu apa hukumnya dalam Islam.Selepas RnR sungai Perak jalan mula agak lapang.Dan perjalanan diteruskan agak lancar walaupun banyak jugak kereta yang nak bawak slow berada di lorong tengah.Bengap sungguh makhluk spesis ini.AKu tiba diKelana Jaya pada pukul 6.30am dengan perjalanan 9jam setengah daripada normal yang memakan masa 5jam lebih sahaja.

Antara kesimpulan yang dapat aku buat
- Negeri Perak merupakan punca Perlis tidak membangun
- Kereta Automatic best dari kereta Manual walaupun dikeji sesetengan rakan rakan
- Subaru tak laju dalam jam


P/S:aku nak usulkan kepada Najib agar memotong perak dari semenanjung Malaysia agar perjalanan ke Perlis lebih mudah.

Proton VS Kia / Hyundai

Saturday, November 28, 2009

x
Jika dilihat,sejarah hyundai/kia dan proton hampir sama.Masing masing bermula dengan menjenamakan semula kereta kereta jepun atau amerika dan semakin lama semakin berdikari untuk membina sesebuah kenderaan dari asas.Jika dinilai semula dari segi rekaan kereta itu sendiri,Kia/hyundai bermula dari rekaan rekaan yang buruk,teruk,huduh dan belengas.Mereka juga cuba meniru rekaan rekaan kereta dari barat/jepun yang boleh dikatakan nampak terang terangan.


tiru merc
tiru toyota camry


Namun berkat keazaman mereka,mereka mula muncul dengan rekaan rekaan yang bukan setakat mampu bersaing malah lebih baik dari sesetengah kereta eropah mahupun jepun.Tetambah sejak mereka mengambil ex-designer audi, Peter Schreyer .Kini mereka muncul dengan rekaan rekaan yang menarik dan turut dilengkapi teknologi terkini.Bagi aku proton perlu meniru cara mereka yang telah di iktiraf sebagai jenama paling pesat berkembang.Proton perlu mengeluarkan sebuah kereta yang menjadi ikon beserta teknologi unik seperti yang dilakukan Kia pada model soul nya.


Hyundai Equus
Kia Forte Koup
Kia Soul
Hyundai Sonata
Kia Forte
Hyundai Genesis Coupe
Hyundai Genesis
KIA k7

Respek sama hyundai/Kia

Projekt Kunang Kunang: Servis Kereta

Wednesday, November 25, 2009



Setahun sudah berlalu,Hari Raya Haji pun muncul kembali.Takziah kepada para lembu dan kambing yang akan dikorbankan,sesungguhnya kalau nampak owner tetiba manja semacam dengan anda,boleh boleh lah buat plan prison break.hari Raya Haji tahun ini aku akan beraya di kampung halaman,Sempering Jaya ,Perlis yang terletak kira kira lebih kurang 5 marhalah dari kelumpo.Memandangkan esok jentera kuning aku akan bergerak jauh,maka aku pun menghantarnya untuk servis sikit sikit supaya perjalanan lancar keesokan harinya.

Kepada mereka mereka yang ingin mengservis kereta,tentu sentiasa bimbang dan ragu ragu dengan kewibawaan bengkel serta tokei kedai yang menyedut poket anda.Sebenarnya aku pun begitu,sepanjang menggunakan kereta,aku pernah servis dibeberapa kedai dan Alhamdulillah belum pernah kena harga potong kepala lagi.Tetapi hati hati lah kerana sesetengah kedai ada menipu pelanggan dengan berpura pura sini rosak sana rosak. Kepada mereka yang tidak arif tentang soal kenderaan seperti aku memang mudah la terpedaya.Kalo enjin tak boleh start and dia cakap kena tambah air wiper pun barangkali aku percaya.

Jadi aku memula tadi pening jugak nak cari bengkel yang sesuai di area rumah baru aku .Nak servis kat Proton atau EON,labour charge saja dah rm70.Fikir punya fikir aku pun teringat satu bengkel berlogo Petronas di Equine Park ni.Maka aku cuba lah nasib ke sana.Kedainya Nama 6th Gear Auto kalau tak silap.Memula memang aku rasa suspen jugak la sebab nampak yang servis pun ada Audi A4 sebiji.Mindset melayu aku mula memain peranan.Mata aku yang meliar hanya terpandang alat alat canggih dan kedai yang bersih.Lepas tuh ternampak sign WiFi siap waiting room untuk tengok tv buat aku rasa aku dah silap masuk kedai.Aku nak servis Satria buruk aja kot.

Berbeza sekali dengan bengkel Ah Seng Dengkil yang kotor,berminyak dan tempat menunggu hanyalah kerusi plastik tanpa tempat sandar yang memang sipi sipi saja mampu tampung beban badan aku.Kedai Ah Seng memang membuat poket aku rasa secure. Ketibaan aku di kedai 6th Gear Auto disambut oleh seorang mekanik melayu dan macam biasa aku hanya tinggalkan kunci dan melepak didalam kedai.Sambil melepak,aku disapa pula oleh owner Audi A4 tersebut yang juga rupa rupanya merupakan owner kedai.Kedai Melayu rupanya.Owner pun muda lagi.Dari hasil sembang sembang,owner nih orang kelantan dan dulu dia pernah pakai satria GTi namun hilang dicuri.



Hasil servis aku di bengkel 6th Gear ni,aku beri komen yang kedai ni memang cantik,bersih,lengkap dengan alatan alatan serta ruang menunggu.Mekanik dan Owner kedai sangat peramah dan baik orangnya.Servis pun dapat jugak free gift minyak enjin yang kadang kadang sesetengah kedai buat buat senyap sahaja.Dan yang paling penting,harga servis kat sini sama sahaja dengan bengkel Ah Seng.Jadi kepada mereka mereka yang tinggal di Cyberjaya,Putrajaya dan Seri Kembangan,aku memang rekemen kan bengkel ni untuk servis kenderaan anda.InsyAllah puas hati.Bukan senang nak jumpa bengkel bumiputera yang maju dan profesional.Sama sama lah kita support.Jangan risau,brader Kelantan ni bukan jenis bakar bakar punya.



Sixth Gear Auto Sdn. Bhd.
No 20, Jalan Equine 9B,
Taman Equine, Bandar Putra Permai,
43300, Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.

PEJABAT : 03 8938 1060
WAN : 019 6699 070
EMAIL : sixth_gear_auto@yahoo.com.my

dia sebelah pancamas jadi sdn bhd.

Berdekatan McD Equine,jumpa roundabout McD dari Jusco amik Jam 3 dan kedai dia dideretan kedua terbelakang.

Pung Pang Pung Pang

Surat Khabar Itu Tulus ???

Wednesday, November 25, 2009

Membaca surat khabar merupakan ibadah rutin pertama aku setiap hari dan sebagai seorang pelajar,jarang sangat aku nak beli surat khabar memandangkan bajet seorang pelajar itu lebih terarah kepada industri hiburan tanah air.Kalau ditanya mengenai harga surat surat khabar,kompom aku tak boleh jawab memandangkan aku lebih membaca berita di internet melalui Utusan Online dan sebagainya.Surat khabar sejak zaman berzaman merupakan satu bahan yang penting untuk masyarakat tak kira sebagai bahan berita,pembalut nasik lemak,pembalut hadiah mahupun sebagai tanglung dimusim perayaan.


Selalunya kita digembar gemburkan surat khabar dan tidak kiralah berita di televisyen sekalipun sebagai tulus ,ikhlas,neutral,suci dan nurani.Namun tuluskah mereka? Aku bukan nak memihak kepada mana mana pihak,namun sepanjang menjadi pelanggan percuma di Utusan Online,aku dapati dan aku rasa budak sekolah pun dapat menilai yang surat khabar Utusan secara terang terangan memanipulasikan berita untuk memberi gambaran positif mengenai kerajaan.Secara jujur aku bukanlah penyokong pembangkang , namun aku dapat melihat propaganda propaganda yang dimainkan kerajaan untuk mempengaruhi rakyat.

Aku lebih suka kerajaan sekarang memerintah walaupun terdapat banyak penyelewengan namun mereka perlu sedar dan beragak agak lah dalam memanipulasikan berita.Zaman sekarang orang kampung pun dah makin cerdik.Maka tidak perlulah lagi cuba menipu dan memutarbelitkan fakta.Seperti yang terpampang diberita hari ini,Utusan hangat mempermainkan isu PAS yang dilihat sedang kucar kacir dan berbalah sesama sendiri seolah olah menunggu masa nak potong!potong!potong! Padahal mereka tidak pula cuba memberi liputan meluas tentang perbalahan parti komponen BN sendiri.MIC tak habis habis dengan Samy.PAP pun dah tak menentu sapa presiden.MCA berebut nak jadi ketua.Selain itu,Utusan memainkan isu pelantikan dan penarikan semula pelantikan sedara Nik Aziz sebagai mencerminkan ketidaktentuan Nik Aziz padahal sewaktu di era pemerintahan Pak Lah,tak berbunyi pun bila Pak Lah buat keputusan sorong papan tarik papan.Sudah terang lagi tersuluh.

Kalau diberi liputan sekalipun,bunyinya sungguh enak didengar seperti makan goreng pisang.Tapi macam manapun aku rasa aku masih boleh baca UTUSAN daripada HARAKAH.HARAKAH lagilah melampau putar belitnya.Sampai boleh buat aku tersenyum dengan hanya membaca surat khabar.Entah kenapa tetiba rasa nak komen bab politik.Dah2.Aku bukan pandai sangat.Untuk ulasan lanjut kita tunggu sahajalah dari orang yang lebih arif.Apa pendapat anda MH PUTEH ?ka dah masuk ISA ?

Berita Hari Ini

Berita Hari Ini : Sami cuba buka pintu pesawat

Tuesday, November 24, 2009


Sami cuba buka pintu pesawat

NEW DELHI: Tindakan seorang sami Buddha yang membuka pintu kecemasan sebuah kapal terbang semasa ia hendak berlepas kerana ingin mendapatkan udara segar mengakibatkan penerbangan itu terlewat selama hampir tujuh jam dalam satu insiden di lapangan terbang Kolkata, di sini pagi Isnin.

Perbuatan beliau itu mengakibatkan pihak berkuasa lapangan terbang terpaksa membawa keluar semua penumpang dan tidak membenarkan kapal terbang itu berlepas selama hampir tujuh jam sehingga semua langkah-langkah keselamatan standard selesai dijalankan.

Akhbar The Hindu melaporkan bahawa kejadian itu berlaku pada penerbangan IC-727 Air India yang dalam perjalanan ke Yangoon dengan 135 penumpang.

Sami dari kaum Waza Thunga, Myanmar, yang berumur 45 tahun itu dipercayai baru dua kali menaiki kapal terbang, dan beliau dikatakan agak rimas semasa berada di dalam pesawat itu yang masih berada di landasan.

Beliau dipercayai mengambil keputusan membuka laluan kecemasan di sebelah tempat duduknya selepas membelek manual keselamatan kapal terbang itu.


"Selepas beliau menarik clutch keselamatan, tingkap keselamatan terbuka dan loceng kecemasan terus berbunyi. Kejadian sebegini jarang sekali berlaku, tapi bagaimana sebenarnya kami hendak kawal sekiranya penumpang membunyikan penggera keselamatan secara tidak sengaja?" kata jurucakap syarikat penerbangan itu Pulok Mukherjee kepada akhbar berkenaan.

Laporan itu bagaimanapun tidak dapat memastikan sekiranya syarikat penerbangan berkenaan akan mengambil sebarang tindakan terhadap sami itu, yang dikatakan tidak fasih berbahasa Inggeris. - Bernama


Seb baik la sami tuh tak bukak time diatas awan.Kot buat nak tangkap gambar view dari atas tak ka naya.

Aku Punya Pasal

Selamat Datang Ke Laman Web Sabul Saya

Monday, November 23, 2009

Selamat datang.Memandangkan iklim blog yang tidak menentu,maka dengan ini aku ingin mengisytiharkan yang laman blog aku akan bertukar ke laman blog sabul yang mengandungi video video 3gp terbaru,gambar gambar seksi serata jenis kaum dan juga segala jenis bahan bahan tidak sihat yang lain.Sebagai permulaan,sila cuci mata anda dengan gambar gambar seksi terbaru sebagai pembuka selera..



....
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bukak lagik
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

credit: isuhangat.blogspot.com

Flickr Images