Aku memang pelik dengan mainan perasaan aku ni.Bila berada di Kolumpo,aku memang rindu sangat nak balik melepak dikota metropolitan Kangar .Namun bila lelama disini,mula la pulak teringin nak balik kolumpo.Semua serba tak kena.Member member macam biasa ramai sudah bermula semester baru.MMU dari dulu memang agak celaka bab cuti ni.Hari ini aku memang dah mati kutu,lompat sana tak kena,lompat sana tak kena.Habis sangat tengok muka bobo yang ala ala bull pitt.Janji aja nak lepak,bila call haram tak dapat.Biasala,dia orang Melayu.Memang itu sifat mereka.Tengah bermain dilaman rumah,aku dapat panggilan daripada member aku katanya nak datang rumah diagnosis skuter adik aku sikit.Katanya ECU kena virus.
Lepas check sana sini,sembang punya sembang entah macam mana terkeluar topik siam.Dalam rancak berborak, datang suara perasaan semacam yang aneh.Bulu roma aku dah meremang, aku berpaling kearah member aku,dia pun dah berpeluh.Tiba tiba *Plop ,kami sudah pun berada di sempadan.Member aku ni jenis spesis mengkarung tukar warna.Bila nak sampai sekatan Polis mahupun AADK,terus bertukar menjadi tabligh,segala jenis wiridkeluar.Untuk ke Thailand macam biasa memerlukan passport namun bagi penduduk Perlis,Kedah,Perak dan Kelantan boleh menggunakan border pass sahaja.Passport aku dah lama anai anai makan,maka terpaksalah memohon pass sempadan.Untuk negeri Perlis,kita boleh memohon di banggunan persekutuan ataupun di pejabat Imigresen sempadan.Aku hanya buat di sempadan dengan kos rm10 untuk pass dan rm8 untuk gambar.Doleh digunakan selama 6bulan.Semasa aku sampai ke pejabat imigresen,hanya ada seorang saja pemohon,maka proses hanya memakan masa 10 minit sahaja.Dan untuk menyeberangi sempadan thai,kita dikhendaki membayar rm1 kepada pegawai imigresen Thai sebagai caj pemprossesan yang sememangnya ke poket mereka.
Menurut member aku,dalam situasi kemalangan,kenderaan lebih kecil sentiasa menang.Jadi nasihat kepada pemandu kereta,jikalau memotong kenderaan dan secara tiba tiba anda berada dalam situasi akab berlaku kemalangan dan diberi pilihan antara melanggar motosikal dan treler 8 tayar,lebih baik anda memilih treler 8 tayar. Niat sebenar member aku nak tengok barang barang motor.Motor motor di Thailand kebanyakan sama sahaja dengan Malaysia namun mereka lebih advance dan sesetengah barang mereka agak rare dan susah didapati di Malaysia.Harga pun murah.Aku pulak ke sana dengan satu niat aja.Memborong hot dog XXL yang banyak dijual di Kuala Perlis.Juga dikenali sebagai "lok cin"."Lok cin" ni memang layan,dimakan secara bakar .Aku sudah 5 hari berturut turut ke Kuala Perlis semata mata pekena "lok cin" ni.Untuk pengetahuan,harga sebungkus pek 12 batang hotdog di Thai hanya berharga rm6.00 lebih dan jika ditolak tambah hanya beharga 0.50sen sebatang.Tuh kira tak beli borong.Harga jualan satu pula di sini ialah rm1.50. Tak hairanlah jikalau peniaga "lok cin" memandu merc dihujung minggu.
"lok cin"
Jalan Thai tiada la kompleks mana walaupun susah nak jumpa signboard bertulisan roman dan makanan mereka disini murah murah.Mee Goreng baru rm3.oo.Duit Malaysia memang laku disini cuma kekadang dapat duit baki Thai Baht jikalau peniaga tidak cukup wang.
0 Rangsangan:
Post a Comment