Pencarian Char Melayu Terakhir

Sunday, January 03, 2010

Semalam on the way balik dari kampung,aku singgah sebentar untuk pekena Char Jitra.Jitra merupakan antara kawasan habitat Char dimana menurut statistik penduduk 2007 ,1:1000 populasi penduduk Jitra ialah peniaga Char.Dalam banyak banyak kedai,aku try di Restoran Gani Char berdekatan Yawata.Restoran ni milik mak cik aku ,katanya sedap tuh menambah perasaan nak try.


Sewaktu aku sampai,kereta memang jam nak masuk area kawasan perniagaan tuh.2kali jugak kena pusing baru dapat parking.Di restoran pula,manusia pun ramai ,jadi makanan sampai lebih kurang 30min kemudian.Bagi aku,Char dia sedap tapi tiadalah sehingga mengeluarkan perasaan 'perggghhh' macam char top3.Lagipun udang dia benar benar kurang masak.Air dia memang failed.Limau ais rasa masam semacam,macam ada yang tak kena dengan limau ,air teh o ais aku pun rasa semacam teh dia.Entah mana petik.
Ranking Terkini Char
1.Char KWSP,Kangar
2.Char Kampung Melayu Subang
3.Char Sungai dua,Penang
4.Char Berasmana,Kuala Perlis
5.Char Gani,Jitra
6.Char Ketam ,Taman Kemajuan
7.Char Terminal, Cyber
8.Char Batu Dua,Kangar


You Might Also Like

0 Rangsangan

Flickr Images