28 May 2010

Berita Char


Pada malam semalam , Junita bt Harun telah menyahut cabaran untuk menghasilkan char koteaw buatan sendiri yang pertama menggunakan kicap sos char segera.Untuk 1st round beliau telah berjaya menghasilkan char namun dalam condition kering dengan hasilnya amat memberangsangkan yang jika diukur untuk skala koteaw goreng dimana jika diambil kira boleh berada di top 3.Namun untuk memasuki ranking char,beliau perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan syarak iaitu char mesti lah dalam keadaan banjir atau basah.Makan cuba ke-2 dilakukan dan hasilnya.

proses peng'char'an

chef bersama beruk belaannya , Linda
char gemok

Char Koteaw yang dihasilkan agak kurang berasa dalam erti kata lain agak tawar dan 'cheroi' kuahnya tidak seperti char round 1 yang lebih padu rasanya.Selain daripada itu , ia benar benar mematuhi rukun rukun char koteaw.Apapaun,nice try kakak gemuk.

Ranking Terkini Char (update 28/5/10)
1. Char Kampung Melayu Subang
2. Char Aimar ,TTDI Jaya
3. Char Sany,Kelana Jaya
4. Char kwsp,Kangar
5. Char Sungai dua,Penang
6. Char Berasmana,Kuala Perlis
7. Char Gani,Jitra
8. Char Ketam ,Taman Kemajuan
9. Char Terminal, Cyber
10. Char Batu Dua,Kangar
11. Char Chalos
12. Char Uptown Kota Damansara Gerai No 5
13. Char SOHO
14. Char UM
15. Char Junita Harun
16. Char Shah's Corner,DP,Melaka
17. Char Uptown Kota Damansara gerai No7

Share:

23 May 2010

18 May 2010

C Mart Boleh Tahan Semat


Seperti orang orang Perlis yang lain,sifat ingin mencuba benda baru itu sentiasa berada didalam jiwa .On the way balik dari KMC Alor Star kelmarin aku berkesempatan singgah di C Mart kebanggan warga Bandar DiRaja Arau.C Mart akhirnya mampu memecah monopoli The Store yang menjadi simbol kebebasan melepak dan bersosial para remaja dari segala pelusuk negeri.

kegembiraan jelas terpancar di wajah penduduk Arau

gaya yang sungguh kosmopolitan

Troli versi terbaru yang serba canggih mengalahkan troli alignment lari the store
Share:

Ortopedik

Selesai sudah repair mesin mesin aku ,sekarang tibalah pula giliran tuan mesin pula kena repair.Dah hampir seminggu pinggang aku sakit,bangun saja dari tidur terus dilanda masalah ni.Entah hantu gemuk mana tindih aku malam tu barangkali.Tak pasal kena jumpa ortopedik .Yang menunggu untuk jumpa doktor pun set set iron man belaka.Bersyukurlah kita yang sihat ni.Doktor kata urat lari atau disc ada problem.Ingatkan mesin aja ada disc.Nak kena tukar brembo barangkali.


Share:

14 May 2010

Workshopholic


Kisah Motor Ku
Motor masuk workshop,Sebab handle lari,cuba kejar tak dapat dapat.Lepas tuh , kalau naik jauh jauh ,bila nak start balik ,kena pakai engko.Memang tak kena tetambah bila parking betul betul depan meja dipenuhi para gadis.Pernah sekali dia buat melawak time tunggu lampu hijau di traffic light.Memang aku hangin dengan guraun kasar brader ni.Kalau boleh dah lama aku humban dalam lopak jalan di Equine Park yang boleh tahan cilaka dalamnya.Last last tak tahan aku hantar untuk rawatan segera.



Kisah Kereta Ku
Bertolak ke Kelana Jaya.Time start aku dah perasan bunyi macam ada burung pipit dalam bonet.Tapi ingat runcit runcit aja. Bila dah sampai kelana jaya,dah bunyi macam enjin kereta api arang.Check kat kedai ah beng , tensioner ka apa kejadah lari.Jugak tak dapat kejar.Terus sangkut,makan belting.Bawak ke EON servis sebab enjin baru overhauled lebih kurang 2bulan lepas,habis dekat rm5.5K .Layanan boleh tahan birokrasi jugak EON ni.Dah macam government.Passing sana..passing sini..macam bola.Nasib baik perlu claim warranty,tu pun macam dah lepas limit millage dia.Mau tak Rm700lebih pulak.


menatang tensioner ni yang buat aku tension

Kisah Aku
Baru tau cemana rasa ane ane berjalan jauh ke masjid nak Jumaat .Patut berbau.
Share:

09 May 2010

Trend


Dekat dekat exam ni payah sikit nak update blog,namun sempat jugak aku baca baca paper dan bukak FB tukar shift pekerja hotel.

Apa yang aku perasan kebelakangan ni dalam paper :-

1. Laki bini lawan tikam

2. Musim menembak bebudak oleh PDRM
- alasan untuk ditembak ialah kelihatan mencurigakan.Lepas ni kalau Aj yang muka blur tuh kena tembak memang aku tak heran.

3.Buang bayi
- aku nak buang sampah merata pun takut kena saman.Rileks depa..Kesian la masa depan budak budak tuh.

Top 3 Status Update Facebook orang Perlis

1. "Bemain boling di Perlis Bowl"


2. "Sedapnyeee makan kat secret recipe"


3. "gua lepak c-mart beb!"
- baru the store ada persaingan sikit.Ni asyik bersaing dengan bazar cina ,mana fight.

*kepada member member yang aku pinjam gambar,harap halal la na..hehehe..gua sensored kot!

Share: