Workshopholic

Friday, May 14, 2010


Kisah Motor Ku
Motor masuk workshop,Sebab handle lari,cuba kejar tak dapat dapat.Lepas tuh , kalau naik jauh jauh ,bila nak start balik ,kena pakai engko.Memang tak kena tetambah bila parking betul betul depan meja dipenuhi para gadis.Pernah sekali dia buat melawak time tunggu lampu hijau di traffic light.Memang aku hangin dengan guraun kasar brader ni.Kalau boleh dah lama aku humban dalam lopak jalan di Equine Park yang boleh tahan cilaka dalamnya.Last last tak tahan aku hantar untuk rawatan segera.



Kisah Kereta Ku
Bertolak ke Kelana Jaya.Time start aku dah perasan bunyi macam ada burung pipit dalam bonet.Tapi ingat runcit runcit aja. Bila dah sampai kelana jaya,dah bunyi macam enjin kereta api arang.Check kat kedai ah beng , tensioner ka apa kejadah lari.Jugak tak dapat kejar.Terus sangkut,makan belting.Bawak ke EON servis sebab enjin baru overhauled lebih kurang 2bulan lepas,habis dekat rm5.5K .Layanan boleh tahan birokrasi jugak EON ni.Dah macam government.Passing sana..passing sini..macam bola.Nasib baik perlu claim warranty,tu pun macam dah lepas limit millage dia.Mau tak Rm700lebih pulak.


menatang tensioner ni yang buat aku tension

Kisah Aku
Baru tau cemana rasa ane ane berjalan jauh ke masjid nak Jumaat .Patut berbau.

You Might Also Like

3 Rangsangan

Flickr Images