19 February 2013

Cara Ke Hatyai : Pandu Sendiri

Kat sini aku nak cerita step by step kepada mereka yang nak ke Hatyai melalui Padang Besar dengan memandu kenderaan sendiri.
  1. Pastikan anda membawa salinan geran kenderaan beserta surat kebenaran memandu ( jika anda bukan pemilik nama di geran )
  2. Untuk memandu di Thailand, anda memerlukan perlindungan insurans basic. Insurans basic ni adalah peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Thai bagi kereta asing yang nak memandu di sana. Dari yang aku faham,  Insurans basic ni hanya cover kos perubatan mangsa yang kita langgar (*mintak simpang*) dan tidak cover harta benda mangsa seperti kenderaan apatah lagi kenderaan kita. Dan syarikat insurans Malaysia tak cover kenderaan Malaysia di Thai. (bunyi macam bahaya kan? banyak berdoa lah, Alhamdulillah selama dok pi ni ok aja)
  3. Di pekan Padang Besar terdapat 3 pejabat wakil Insurans yang boleh anda kunjungi iaitu Chong Aik Chang (masuk pekan padang besar memang nampak ni dulu), Pejabat Insurans no.2 terletak bersebelahan BSN Padang Besar dan no.3 iaitu cawangan pejabat No.2 ni terletak di lorong bersebelahan Maybank Padang Besar. Insurans boleh dibeli untuk tempoh masa seminggu (RM18), sebulan (Rm25) atau setahun (rm90).
  4. In case anda tidak membawa surat kebenaran memandu, anda boleh dapatkan surat yang telah di drafkan dari pejabat insurans disini secara percuma. Sign pepandai sendiri.
  5. Dah selesai beli insurans, maka boleh lah anda menuju ke pintu sempadan. Macam biasa, cop passport atau border pass anda di kaunter drive thru sebelah Malaysia sebelum masuk ke bahagian Imigresen  Thailand.
  6. Di bahagian Imigresen Thailand, parking kenderaan anda dan bawa turun passport atau border pass untuk di cop oleh pihak Imigresen Thailand. Disini ada sorang pakcik siam ni akan offer isi arrival card bagi mereka yang menggunakan passport dengan bayaran rm1. Ekceli benda tuh mudah aja nak isi. So yang mana rasa tak nak boleh skip sahaja pak cik ni, dan mintak di kaunter imigresen sendiri borang tuh dan isi sebelum di serahkan bersama passport kepada Imigresen Thailand untuk di cop. Time ni anda akan di "pow" rm1 duit kopi oleh pihak imegresen Thailand,bergantung pada mood pegawai bertugas. So ikut nasib memandangkan duit tersebut bukan syarat wajib oleh pihak berkuasa Thailand.
  7. Selesai cop dan menyumpah dalam hati, jalan pulak ke kaunter declare kenderaan berhadapan dengan kaunter cop passport. Bawa sekali salinan geran, surat kebenaran bagi bukan pemilik kenderaan dan surat insurans yang telah dibeli. Serahkan pada pak cik Imegresen Thailand berkaca mata bulat seakan profesor di kaunter.
  8. Habis part di atas, anda akan mendapat surat kebenaran memandu dari kastam Thailand dan selamat memandu

Nota : 

  1. Surat kebenaran memandu kastam Thai perlu diserahkan semula time balik nanti. Surat ini untuk menunjukkan yang kereta anda sudah keluar dari Thailand. Aku harituh boleh terlupa bagi, maka terpaksalah ke sempadan semata - mata nak serahkan semula menda alah ni. Kalau anda tak pulangkan mengikut tempoh yang ditetapkan di surat tersebut, denda adalah rm50/hari.
  2. Isi minyak penuh-penuh memandangkan minyak di Thailand bapak mahal
  3. Pandu cermat memandangkan ada dengar 2-3 kes pemandu Malaysia di pow kaw-kaw bila eksiden. Tapi jangan lah cuak pulak, pemandu sana berhemah dan kereta Malaysia bersepah.
  4. Kalau tak sempat tukar duit di Malaysia, kat Padang Besar Thai pon ada money changer. Ahad buka.
Share:

9 Rangsangan:

Unknown said...

salam..

awk sy nk tnya.. sy ke sana naik bas, bila balik naik flight. so sy ta tahu kat sana nnt time nk masuk sempadan kene isi borang kan dkt check point declare brape hari kita berada kat sana. ke ta payah? sy naik bas just bwk tiket dgn passport je. proses dia ke sana sama mcm p singapore kan?
ke lain?

Anep said...

ya..nanti bas akan berhenti di checkpoint tuh dan kena isi borang..selalunya kat sempadan thai tuh akan ada agen tlg isi dgn upah rm1..sama ja mcm nak p singapore or mana2 negara.selamat bercuti

Anep said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

kalau kita xcop keluar kt kastam thailand n kita nk masuk semula guna kereta kita yg lain tapi nama yg sama blh ke x @nama kita dh diblacklist ?

yuyu said...

Thank for your info regarding bawa kenderaan. Saya cancellah trip saya ke Thailand drive sendiri sebab tak nak kalau accident kos 40k, siapa nak tanggung..

Zarina said...

Salam..saya nak tanya, kalau pkai border pass sama dak prosedur? (isi arrival card, cop passport) @ xyah cop passport, trus ja p kaunter declare kenderaan tu?

Anep said...

sekarang border dah guna buku.. saya belum berkesempatan try masuk since that.. dengar kata sama macam passport jadinya, kena isi arrival form..

Unknown said...

Kalau kita pandu kenderaan sendiri ,boleh paking di imigresen thai x? Atau pon ada tempat paking lain???sebab sy plan nak msuk ke thai dan amik servis kereta atau van kt sna

Anep said...

Di border bukit kayu hitam ada parking untuk tinggal kereta disebelah imigresen Thai...Kalau di Padang Besar ada parking di Imigresen Malaysia cuma di padang besar untuk tinggal waktu malam tak pasti boleh atau tak.