The Beginning
Bagi aku, trip ke Siem Reap dan Bangkok ini terjadi agak spontaneous. Bermula dari cakap - cakap kosong dengan AJ (riwayat hidupnya pernah aku tulis di sini), bekas housemate aku di MMU Melaka dahulu sehinggalah terus beli tiket sebulan sebelum berlepas dengan masing - masing masih belum apply cuti. Secara kasarnya, kami merancang untuk ke Siem Reap pada Isnin (28 Jan) dan berada disana selama dua malam sebelum bergerak ke border Cambodia-Thai, Aranyaprathet pada hari Rabu dengan menaiki bas dan ke Bangkok dengan menaiki kereta api. Di Bangkok pula kami merancang untuk berada selama empat malam sehingga Ahad.
Peta perjalanan.Masa untuk ber-geografi. |
Namun disebalik ke- spontneous perancangan ini, hampir - hampir jugaklah secara mengejutnya AJ terpaksa tarik diri disebabkan cuti yang tak diluluskan majikan. Aku yang dah agak frust dah pasang tekad akan meneruskan juga jika perlu berseorangan pun namun dengan izinNya plan kami kembali semula ke landasan dengan sedikit perubahan iaitu AJ akan pulang pada hari Khamis petang ke Kuala Lumpur dari Bangkok kerana perlu masuk kerja pada hari Jumaat. Aku pula akan stay di Bangkok sehingga hari Sabtu sebelum ambil flight ke Hatyai, Thailand dan menaiki van ke border Padang Besar. Kenapa aku memilih jalan ini adalah kerana tiket domestik AirAsia Thai lebih murah berbanding antarabangsa dan Hatyai pula terletak lebih kurang 1jam perjalanan dari rumah aku. Memandangkan kami akan berlepas dari LCCT Sepang, maka aku pun memulakan adventure ini dengan menaiki bas ke Kuala Lumpur.
Day 1 : Kuala Lumpur - Siem Reap
Pada malam Ahad (27 Jan 2013) aku pun tiba di LCCT dengan terkedek - kedek menggalas beg Deuter cap ayam bersaiz 55liter menuju ke Starbucks memandangkan AJ dah tiba lebih awal. Ekceli Aj baru sahaja tiba dari Singapore atas urusan kerja dan akan terus ke Siem Reap keesokan paginya.Respek dude!. Sebaik berjumpa AJ, aku agak terkejut memandangkan dia hanya menggalas beg laptop dan satu beg silang. Pa jadahnya nak travel tapi berkeadaan serupa nak pergi library study aja. Namun mungkin ada logiknya memandangkan AJ ni kurus orangnya. So tak hairanlah kalau dia boleh packing satu almari pakaiannya dalam satu beg laptop sahaja. Lagipun aku suspek dia tak pernah pakai spender. Selesai minum dan menggalas perut, kami pun mencari satu sudut untuk dibuat port baring. Maklumlah baru pukul 1am dan flight kami akan berlepas pada pukul 6.45am. LCCT waktu tuh dah macam pusat mangsa banjir pun ada memandangkan ramai penumpang bergelimpangan tidur sana sini sambil menanti waktu pagi.
Pukul 6.45pagi, kedengaran ayam jantan sayup sayup berkokok memecah keheningan pagi di utara Ghana. Di LCCT pula, aku dan AJ sudah berada di dalam pesawat sambil khusyuk meneliti pramugari menerangkan cara memakai tali pinggang seolah olah mampu menyelamatkan nyawa jika terhempas di Laut China Selatan. Walaupun nampak tak penting, kami tetap khusyuk melihat di sebalik segala penerangan itu.Hehehe. Selepas penerangan itu, sedar tak sedar kami dah landing di Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap. Mengantuk punya pasai.
Siem Reap International Airport |
YES TUN! You're a TRUE MALAYSIAN. May Allah Bless u! Bangga naik pesawat ni. |
Keluar sahaja pintu Arrival, kelihatan seorang lelaki Khmer memegang kertas tertulis nama AJ. Lelaki khmer ini adalah drebar tuktuk yang diupah khas oleh pihak tempat kami menginap, Tanei Guesthouse ,yang menyediakan free airport pick up untuk tetamunya. Ekceli kami buat email cakap perlukan airport pick up pada pukul 12 malam time melepak di Starbucks LCCT dan tak sangka mereka menerima email kami dan dengan pantas menghantar drebar.
Tuk tuk Cambodia tak sama macam Thai.Sini tuk tuk moto tarik pedati. |
Perjalanan dari Airport ke Guesthouse dalam 20 minit cenggitu aja. Dalam perjalanan singkat tuh boleh lah nampak kehidupan rakyat Cambodia di sini.Not bad actually. Mungkin kerana Siem Reap adalah bandar kedua terbesar dan pusat perlancongan dimana Angkor Wat menjadi daya tarikan.Selepas masuk pekan Siem Reap dan masuk pula ke jalan kecil yang kiri
kanannya banggunan rumah dan segala macam, kami pun tiba di Tanei
Guesthouse. Cantik. Takdalah nampak gaya macam rumah tumpangan di
Malaysia.
Tanei Guesthouse. Hak cekak pinggang tuh aku suspek owner dia. |
Laman Guesthouse |
Tempat guest bersidai sap kok |
Swimming pool pun ada |
Bilik kami. Satu katil single dan satu katil Queen size.Sudah semestinya AJ menghuni katil single sesuai dengan status dirinya.Hahaha |
Aku pilih Tanei Guesthouse sebagai tempat menginap berdasarkan reviews yang baik di TripAdvisor dan harga yang berpatutan di Agoda.com .Selain daripada tuh, Tanei ni dekat dengan masjid, kedai-kedai makan Halal dan walking distance jugak lah ke pekan Siem Reap. Kedai dobi dan runcit pun ada berdekatan.
Bersambung......
P/s : Walaupun banyak kali jugak post aku jenis ber-part part ni tak berjaya di sambung, kali ni aku bagi jadi sambung jugak.Hahaha. Hak war museum pun on the way.
0 Rangsangan:
Post a Comment