Plan untuk melawat Muzium Perang Penang ni sebenarnya tercetus selepas aku tersesat di forum yang membincangkan topik mengenai tempat - tempat haunted kat Malaysia .Melalui pembacaan di forum tuh, baru aku sedar akan kewujudan sebuah tempat bersejarah di mana telah di jadikan muzium perang untuk tatapan pelawat.Setelah membawa usul cadangan lawatan kepada Co-pilot aku,Cik Dee, maka beliau seperti biasa bersetuju dengan girang.Ekceli dia ni kalau aku ajak on the spot pun confirm dia on aja.Hehehe.
Tetapi sebelum apa-apapun, kami kena singgah ke UUM dulu untuk mengambil aku punya surat tawaran sambung Master. Haaa.. bunyi macam hebat ja aku ni nak sambung Master, dan sebenarnya, aku pun ragu-ragu jugak dengan keputusan aku nak sambung master ni.Ntah ready ntah tidak nak bergelar student semula selepas sudah satu tahun meninggalkan menda-menda ilmiah ni. Namun selepas fikir-fikir balik satu tahun yang tunggang langgang ni, aku rasa lebih sedap berstatus student apabila ditanya orangdaripada takda jawapan khusus.Sebab aku ni nak kata menganggur tak menganggur, nak kata kerja tak kerja.It's Complicated. Lagipun aku fikir tak rugi sambung belajar ni.Surat tawaran sepatutnya dah lama sampai tapi entah lombong mana brader ABX Express ni campak surat aku, maka better aku ambil sendiri daripada terus menanti.
Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi sewaktu aku dan Cik Dee sampai di UUM sebelum kami memasuki banggunan fakulti yang bakal aku join ni.Banggunan ni terletak ditepi hutan di mana udaranya sungguh nyaman sekali. Aku harap kebersihan udara disini mampu me-neutral-kan pencemaran paru-paru aku angkara shisha. Tapi yang kurang best, banggunan ni dalam proses ubah suai. Tera nak sampai ruang pejabat pengurusan tuh, kami kena redah area-area dalam proses pembinaan, dah macam scene tomb raider pun ada. Nasib baik semua proses tak memakan masa yang lama dan kami terus beredar setelah selesai urusan dalam 20 minit kemudian.
Benda pertama yang kami cari adalah tempat nak bersarapan. Maklumlah bila pukul 11 baru nak bersarapan. Kalau menurut plan nak keluar seawal pukul 8.30 pagi tapi al maklum lah, hehehe, terlajak jadi pukul 9.30. Kami singgah dulu di Pekan Changlun untuk pekana Brunch di Mapley lucky star ka apa ntah. Serius nama tak melambangkan unsur-unsur Ke-Mapley-an dan aku rasa mereka juga tidak berdaftar dengan Persatuan Mapley Malaysia (PerMaMal). Aku macam biasa kalau masuk Mapley mesti lah aku order Thosai sebab tuh specialist mereka. Kurang bernas bagi pandangan aku untuk order masakan melayu ataupun western di kedai Mapley. Cik Dee dah geram tengok Nasi Kandar tapi aku tenangkan dia sebab kami on the way menuju ke Pusat Ketamadunan Nasi Kandar dunia. Sebenarnya, selain Muzium Perang Penang, aku turut mengumpan Cik Dee dengan janji untuk membawa beliau pekena Nasi Kandar dan Starbuck. Maka beliau akur dengan brunch sekadar maggi goreng.
2 Rangsangan:
bro mane smbungan? (*_*)"
eh dah ada part 2.. http://peristiwasemalam.blogspot.com/2013/07/trip-to-penang-war-museum-part-2.html?showComment=1381627829600#c6724701585589798009
Part 3 dalam proses mendapat kelulusan LEMBAGA PENAPISAN MALAYSIA..haha
Post a Comment