Dulu - dulu, aku pernah simpan impian nak jadi pelumba kereta ataupun racer omputih kata. Entah dari mana minat pada kereta boleh muncul dalam diri aku lepas meniti zaman - zaman merempit. Dan sedar tak sedar aku berubah jadi motorhead pulak. Waktu tuh, malam-malam aku akan masuk macam - macam forum kereta, baca dari satu topik ke satu topik yang lain untuk mengutip ilmu. Tapi kat Malaysia ni agak mustahil nak jadi racer sepenuh masa.Even our legend , Karamjit Singh pun struggle dengan kerjayanya. Lain la kalau ada parents aku tauke MOFAZ.So untuk lebih realistik, aku fikir tak boleh jadi racer, jadi pit crew pun jadilah.So, lepas aja SPM, aku berniat untuk menyambung pelajaran dalam bidang automotif ni, sampai orang tua aku merajuk sebab mereka nak aku sambung bidang bisnes .Mahu tak mahu, aku mengalah.
Aku pun fikir secara lebih terbuka, taknak terikut fikiran kebudakan time tuh, maka layan aja ambil bisnes.Dengan harapan, kalau berjaya dalam bidang bisnes, boleh aja aku jadi weekend racer. Lagipun keluarga aku berlatar belakangkan bisnes, maka aku pun belajar dengan penuh tekun yang tak berapa tekun kadang-kadang. Lagipun, perniagaan itukan 9/10 daripada punca rezeki. Bila cakap soal bisnes, kayu ukuran kejayaan sesebuah bisnes mestilah keuntungan syarikat. Lagi untung syarikat, lagi kaya tauke. Dan aku berharap dapat menjadi seperti itu. Membuat kekayaan dan mampu membeli apa yang aku nak selain mempunyai pengaruh. Bak kata pepatah, wang adalah segalanya.
Setelah 5 tahun belajar bisnes dan 1 tahun struggle dengan kerja selepas tamat belajar, aku mula terfikir semula. Kita menghabiskan banyak masa dalam mengejar wang dan kita akan melakukan macam - macam hanya untuk memiliki wang. Dengan harapan dapat membina hidup yang lebih baik atau memenuhi keperluan nafsu yang tak pernah cukup.Sehingga terlibat dengan rasuah, memutuskan tali persaudaraan hatta membunuh sekalipun. Kita bekerja siang malam sehingga mengabaikan masa bersama keluarga, masa beribadat dan masa berehat hanya untuk mengejar wang. Memang, tak dinafikan kita memerlukan wang ringgit untuk hidup, tetapi banyak mana keperluan itu? Apa yang aku nampak, bagi kebanyakan orang, seolah - olah keperluan mereka tak pernah mempunyai titik noktah. Atlast, untuk apa semua itu ? Bukan kah hidup di dunia ini sekadar pinjaman atau sementara? aku nak cerita Islamik sangat pun segan, sebab sedar tak kesempurnaan diri. Cuma apa yang aku rasa sekarang, hidup ini lebih dari sekadar mengejar wang semata- mata. Alangkah ruginya kalau masa yang singkat di dunia ini tak digunakan untuk menikmati keindahan dunia ciptaan Ilahi. Impian aku sekarang tak lagi macam dulu, nak menjadi racer ataupun bisnesman berjaya. Tapi cukuplah sekadar mempunyai wang yang cukup, untuk meneroka dunia sambil mengisi masa dengan mengumpul bekalan untuk hidup disana kelak. Mungkin ia sekadar impian aku, dan tak berkekalan seperti impian-impian terdahulu, tapi, itulah impian dan halatuju yang aku harapkan untuk masa sekarang.
0 Rangsangan:
Post a Comment