Analisis saya

Melayu, Teknologi Dan Hantu

Thursday, October 22, 2015

Cerita 1

Pada suatu malam bulan mengambang, aku duduk dianjung rumah sambil memerhatikan bulan yang tampak dekat. Boleh nampak kawah dengan mata kasar. Jadi dengan perasaan ingin tahu, aku pun berlari ke dalam untuk mencapai binocular dan berlari keluar semula untuk meneropong bulan tersebut dengan lebih dekat. Entah macam mana, belum sempat aku nak halakan teropong ke bulan, terdengar suara mak aku yang bertanya apa yang sedang aku lakukan. Dengan tulus aku pun menerangkan nawaitu aku yang hendak menerokai bulan. Cewah.. 

Lalu mak aku bersuara "jangan..jangan..mai masuk..tak payah duduk main kat luaq teropong bulan tuh..satgi hang nampak muka setan kat bulan tuh..buat laa~~".

Aku yang masih mentah terus melompat masuk dalam rumah dan membatalkan niat sebab takut. Gila apa nak tengok wajah Syaitoonn~. Akhirnya sampai ke sekarang aku tak pernah teropong bulan.

Cerita 2

Waktu kecil dulu, bapa aku kekadang benarkan aku duduk diatas ribanya ketika dia sedang memandu sambil aku turut memegang steering kereta dan ikut aja pusingan steering yang dia lakukan. Seronok waktu tuh sebab terasa macam aku yang memandu. Berdekatan dengan steering terdapat satu tombol yang entah apa kegunaannya. Jadi aku bertanya kepada bapa aku akan apa fungsi tombol tersebut. Lantas bapa aku dengan serius menjawab "haih..jangan tekan..nanti keluaq roket tembak kereta depan". Lepas tuh terus aku jadi takut nak mendekati tombol tersebut. Malah bila lutut bapa aku nak rapat ke tombol tuh pun aku jadi risau. Takut meletup kereta depan.

Kereta James Bond
Berdasarkan dua cerita diatas, aku bukan nak kondem didikan kedua ibubapa aku. Tanpa didikan mereka tak mungkin aku menjadi manusia seperti sekarang. Apa yang aku nak sampaikan adalah situasi dalam masyarakat Melayu kita yang gemar melarang anak melakukan sesuatu tanpa menceritakan perkara sebenar. Contohnya untuk tidak membenarkan anak keluar malam, dikisahkan tentang hantu dan sebagainya sehingga meninggalkan kesan sampai dewasa. Sesetengah kita takut bila nak bergelap sikit dek kerana terbayang pesan orang tua kita sewaktu kita berumur 5-6 tahun. 

Berbeza dengan omputih/Jepun ( hasil tengok dalam tv ), mereka akan sedaya upaya menerangkan kepada anak mereka perkara sebenar kenapa dalam jangan melakukan sesuatu perkara. Mereka menerangkan dengan cara seringkas mungkin. Walaupun kekadang bebudak masih tak capai akal untuk tangkap apa yang diterangkan, sekurang kurangnya suatu hari nanti bila mereka dah mampu berfikir, mereka akan berkata "oooo..ini yang cuba disampaikan oleh makbapak aku dulu..".

Selain dari menakutkan dan meninggalkan trauma, ia juga sedikit sebanyak membantutkan niat anak-anak dalam mempelajari ilmu sains. Macam kes aku diatas. Maklumlah zaman kanak-kanak lah segalanya kita nak tahu kenapa kenapa dan kenapa. Bila dah besar tiada masa lagi nak fikir kenapa, hanya memikirkan apa aku dapat aja....

Involving your children in subjects like astronomy will help engage
their minds in one of the many fields of science. (parenting tips - howstuffworks.com)
Sebab itu kekadang aku sesambil menyembang, aku akan berpesan (gaya orang berpengalaman) pada kekawan yang ada anak, jangan la dok ajaq bab hantu apa semua tuh kat anak-anak hampa. Cerita la cara elok. Tibai pun takpa mau tak dengar cakap. Yang penting jangan la bagi alasan dan sebab musabab merapu. 

Redah

Redah 2.0 : Indonesia ( Aceh - Medan - Jakarta - Bandung - Yogyakarta ) Day 7

Sunday, October 18, 2015


Pagi ni aku bangun agak lewat kerana tiada plan nak kemana melainkan ke Old Batavia sebelum terus ke Stesen kereta api. Semalam aku dah pesan pada Mrs Jordi yang aku nak bersarapan lewat sikit hari ni. Selepas kemas barang dan bersarapan, aku pun check out dari B&B Tomag pada pukul 1030 WIB. Mr Jordi hantar aku sampai ke pintu sebelum ambil gambar aku didepan rumah. Mungkin nak dimasukkan ke dalam profile penghuni-penghuni B&B Tomag gamaknya (beberapa hari kemudian aku dapat email gambar tersebut dari Mr Jordi buat kenangan katanya)



Selepas beberapa ketika aku dah faham sedikit sebanyak cara nak naik Transway ni tapi dalam tahu-tahu pun masih lagi aku silap duduk di koc perempuan. Haha. Jadi lagi sekali kena halau. Sampai di Old Batavia matahari dah terik atas kepala. Berada di Old Batavia tak ubah seperti di Melaka. Dan kawasan pun tak besar mana. Seolah2 satu kota bersejarah mini yang dikelilingi kota Moden. Tak banyak aktiviti disini selain bergambar. Kalau banyak masa boleh sewa basikal pusing-pusing sekitar tapi masa aku tak banyak. Mr Jordi pun ada cerita yang kalau ada masa pergi la ke area Kelapa Gading, katanya kat situ cantik, mengadap laut. Tak jauh pon dari Kota Batavia.




Selepas selesai sightseeing, aku pun menapak semula ke Stesen Jakarta Kota . Agak terkejut bila penjual tiket di Kaunter beritahu yang untuk naik bas Transway dari stesen tersebut aku kena beli kad ala2 Touch N Go instead of tiket bas pakai buang. Aku pun explain kata tuh last journey aku untuk naik bas di Jakarta since sampai aja stesen seterusnya aku dah nak amik train ke Bandung. Tapi still dia cakap tak boleh, macam mana pun kena guna kad. Mahu tak mahu terpaksa beli kad Touch N Go tuh dengan harga Rm10 beserta kredit. Katanya takda expired date, nanti datang lagi Jakarta boleh guna sambil senyum. Ya laa tuh. Serupa aku datang selalu. Huhu.

Masih ada sejam sebelum train berlepas, jadi aku melepak aja di Dunkin Donut yang dah jadi port melepak rasmi aku disana. Mahai pun mahai lah janji selesa untuk menyejukkan badan.

20 minit sebelum berlepas aku pun check in ke dalam train. Tempat duduk yang aku dapat sangat empuk dan koc nya pun grand banget. Train bergerak keluar dari Kota Jakarta pada pukul 1320 WIB dimana pemandangan banggunan kota diganti dengan pemandangan setinggan sebelum mula kelihatan pemandangan kampung dan sawah. Seronok dapat tengok suasana negara orang dari tingkap kereta api. 1610 WIB aku pun tiba di Stesen Bandung.



Time sampai stesen Bandung baru la nampak muka orang Malaysia. Ekceli muka tiada beza cuma dengar longhat KL. Tapi time ni aku malas nak beramah mesra sebab aku dah hilang rasa rindu nak jumpa orang Malaysia macam mula-mula baru sampai Indon tempoh hari. Haha. Lonely sangat memula sampai arituh.

Memandangkan tempat penginapan aku, Chez Bon Hostel lebih kurang 1 Km dari stesen Kereta Api Bandung maka aku menggunakan mode transportation paling murah iaitu menapak. Menapak ni best sebab kita dapat lihat lebih dekat jalan-jalan sekitar. Siap boleh skodeng kedai-kedai sekitar jual apa. Time ni aku dah lapar banget dah tapi aku gagah jugak nak check in untuk letak beg yang gedabak ni.



Setiba di Chez Bon aku terasa sedikit tamparan selepas dimaklumkan oleh petugas hotel hanya 4 orang termasuk aku yang menginap untuk hari itu. Hari ni sahaja 10 orang check out. Seolah-olah semua lari bila tahu aku sampai. Bertambah lonely lagi aku. Aku pilih hostel ni sebab bajet nak bergaul dengan traveler lain. Takpa lah , takda rezeki. Oh ya, sepanjang travel trip ni aku booking peningapan last minute, tiada tempahan awal sebab aku jenis tiada plan. Nama pun redah kan. Rasa nak berlabuh baru aku booking.


Selepas Maghrib aku pun keluar melilau melihat pemandangan malam Kota jolokan nama Paris Van Java ni. Sebenarnya aku pernah ke sini satu masa dahulu bersama family time tuh form 2 kira jalan memana pun ikut bontot tour guide.Haha. Malam ni hala tuju aku nak pekena shisha. Bukan apa, fikir dalam melepak menung2 dapat hembus perasap sikit pun best.



Aku menapak hampir 2 Km semata mata nak ke cafe yang ada shisha ni. Memula aku ingat port bebudak muda lepak tapi ghupanya Restoran Arab yang Kerlas. Sahih-sahih la budak-budak indie Bandung tak lepak. Huhu. Maka berlepak lah aku dengan geng-geng ada Kerlas.

Lepas puas berasap aku pun menapak pulang. Dingin malam di Bandung amat menyenangkan. Untung la sapa ada bini nak peluk. Tapi taklah sesejuk di Cameron. Menapak di malam hari agak menyeramkan tapi ghupa gue pun takda lah jambu sangat. Jadi kurang risau. Ada sekali ni ada sorang mamat galas gitar gaya seperti dalam filem Rock Ooo karya Mamat Khalid menghampiri aku. Cuak gak aku. Dah la jalan gelap dan sunyi. Sekali datang tanya jalan. Hampeh...indon tanya jalan kat orang Kangaq di bumi Bandung. Ada ka patut. Aku menapak pulang ke Chez Bon untuk terus tidur. 



Aku Punya Pasal

Sehari yang malang

Monday, September 14, 2015

Perasan tak akan ada satu hari dimana jika permulaannya tidak kena, sampai ke sudah hari tersebut akan menjadi serba tak menjadi. Kalau tak pernah, bagus lah sebab dalam hidup aku akan ada hari-hari yang sedemikian.

Malang pertama bermula dimana aku menaiki teksi untuk ke Stesen Lrt Kelana Jaya dari rumah aku. Drebar teksi aku pagi ni sorang pak cik melayu yang agak lanjut usia. Aku agak dah 60 lebih usia pakcik ni. Dari gaya sembang pun macam slow aja orangnya. Setiba didestinasi, aku baru sedar yang dalam wallet aku ada RM4 ja. Adeh. So aku pun cerita dekat pak cik teksi dan dia pun dalam percaya tak percaya merelakan aku turun ke stesen untuk cucuk duit di ATM. Aku tanya nak cagar apa2 tak dia cakap tak payah.

Nak dijadikan cerita, ATM hanya mengeluarkan note RM100 ja. Aku tak rasa pakcik tuh akan ada duit pecah sebanyak tuh. Jadi aku pun berusaha ke kedai serbaneka untuk pecahkan. Semua tolak bila tengok item aku tak sampai RM10. Ya lah. Apa benda sangat aku nak sambar dalam tergesa gesa tuh. Takkan nak beli shampoo lak. Aku pilih minuman aja lah. Di kedai serbaneka ketiga baru aku terfikir untuk topupkan aja kad touch n go aku.

Aku pun seluk dalam poket aku yang aku kompom aku masukkan kad TNG sebelum keluar rumah tadi. Kosong. Sudah... mana pulak pergi kad aku taktala keadaan begini. Aku dah terasa lama benar tinggal pakcik tuh. Mesti dia dah syak aku dah tuang. Haha. So entah mana datang aku teringat yang Kad pengenalan boleh di TOuch N GO kan. Alhamdulillah setel dan aku pun bayar extra RM2 dekat drebar sebab memahami. Time bukak pintu teksi aku terperasan kad aku terjatuh di dalam teksi.

-----------------------------------------

Malang ke dua adalah ketika aku nak balik ke stesen KJ dari Mid Valley. Sewaktu melepak di Mid Valley, aku ada simpan power bank dan kunci rumah dalam beg member aku. Entah macam mana aku hanya ambil semula powerbank dan terlupa soal kunci tuh. Lagi 2 stesen nak sampai baru member aku call kata jumpa kunci aku dalam beg. Tak pasal aku kena patah balik ke KL Sentral untuk berjumpa member aku disana.

-------------------------------------------

Malang ketiga, seperti malang pertama, melibatkan drebar teksi. Kali ni drebar teksi takda duit pecah untuk pulangkan balance. Aku kebetulan ada paling kecik not RM50 sedangkan tambang ke Airport hanyalah RM16. Nak tak nak aku pusing beberapa kedai serbaneka gak lah untuk pecahkan. Masing-masing tolak sampailah satu kedai tuh pecahkan. Tapi not paling kecik RM20. Masih drebar teksi tuh cakap takda langsung duit pecah. Taktik atau apa aku tak pasti, last2 aku halalkan aja lah balance RM4 tuh.
------------------------------------------

Malang keempat, aku sampai awal ke airport sebab nak check in beg. Flight dijadualkan 6.50PM tapi 5.30 PM aku dah sampai. Melepak sana, melepak sini, jam pun menunjukkan pukul 6.30 PM. Tidak semena pengumuman dibuat yang penerbangan aku lewat sejam kerana faktor teknikal. Fine...tunggu jalah...Bukan ada pilihan.

-------------------------------------------

Malang kelima, naik saja flight, aku perasan yang aku dapat seat belakang sekali. Pertama kali aku dapat seat belakang sejak bertahun-tahun naik flight. Bagi aku takda masalah sangat sebab aku tak sabar nak pejamkan mata sebab dah kepenatan seharian ke sana ke mari. Selepas lampu isyarat pasangkan tali pinggang kaledar terpadam (skrip pramugari), aku pun terkedek cari butang nak turunkan seat kebelakang sebelum sedar yang seat paling belakang memang takda fungsi tersebut. Maka tegaklah 90 darjah aku sepanjang perjalanan pulang.

-------------------------------------------

Untuk melepaskan kesedihan untuk hari malang ini, aku pun belasah makan XXL western plate di Jitra. Apa nama kedai dah lupa. RM25 siap ada lamb chop, steak dan chicken chop dalam satu pinggan. Begitulah bebelan aku untuk hari ini. Sekian.

Aku Punya Pasal

Doktor Google

Monday, August 24, 2015

Hari ini aku cuba untuk menjadi doktor segera. Aku pasti ramai doktor bertauliah diluar sana menyampah dengan doktor segera macam aku ni. Ya lah, diaorang mengaji bertahun mengerah kepala otak yang aku dengan beberapa klik di internet dah pepandai pilih ubat yang patut diambil. Hahaha.

Sakit aku ni tak tahu nak kata berpunca dari selalu main gym ataupun memang dah makin dimamah usia, namun sebelum ni aku rasa aku jarang sakit belakang. Namun sejak peristiwa hitam beberapa tahun lepas, kekadang tuh sakit belakang tuh datang dan pergi. Ada masa sekejap ada masa boleh sampai seminggu lebih.

Sebenarnya aku pun tahu risiko silap ambil ubat ni, cuma kekadang fikir jumpa banyak doktor pun dapat jawapan dan ubat pun berbeza. Pelik jugak. Macam selepas aku alami sakit belakang kes *meletup* memula dulu, aku jumpa dua doktor berbeza, sorang pakar sorang doktor klinik, jawapan yang diberi berbeza dan ubat pun berbeza. Aku paham part ni banyak point orang nak argue, tapi selepas tuh aku pun terfikir yang doktor pun macam mekanik mahupun bomoh, mereka pun kekadang main teka berdasarkan simpton yang kita cerita. Lainlah kalau buat Xray, MRI atau rawatan etensif apa bagai.

Sebagai rakyat marhaen yang biasa-biasa ni, tak mampu lah aku nak terus suruh doktor pakar buat rawatan etensif macam Chong Wei jadi buat masa sekarang aku try berdasarkan ubat yang di recommend oleh Netizen. Memang lah duit tak boleh membeli kesihatan, tapi aku tak rasa cukup kritikal lagi nak guna insurans.

Ceritanya lepas google dan research pelbagai sources, baca sedikit tentang perubatan (part ni aku memang aku respek student medical yang boleh tahan study bidang ni) aku buat conclusion nak try amik naproxen aja sebagai painkiller. Sebenarnya dulu pun aku pernah guna naproxen time sakit bahu dahulu dan waktu beli kali pertama arituh baru aku tahu yang naproxen nama ubat tapi brandnya panggil lain. Haha.. macam kopi lah, benda tuh kopi tapi ada kopi starbucks ada kopi che nah. 

So kali kedua ni aku konfiden sikit masuk farmasi sambil terus sebut bagi saya safrosyn iaitu brand naproxen yang aku beli ari lepas. Tapi kali ni tetiba akak kat kaunter farmasi tuh tanya balik dengan gaya seolah dia rasa aku ni pro bab2 farmaseutikal "nak 500 ka 275"... aku yang tak prepare dan tahu apa jadah yang 500 dan 275 tuh terus blurr.. "errr..saya nak yang naproxen" Akak kaunter jawab " ya laa...dua-dua naproxen, satu 275 satu 500" aku lak "errr..apa beza" Akak kaunter jawab " 500 tuh 500mg, lagi kuat dari 275mg" ..aku pun dengan merendah diri pun pilih 275mg. Keluar farmasi terus aku tergelak dalam hati kalau setakat baca kat internet 30 minit tak payah mimpi nak sembang macam doktor.



P/s : sangat tak digalakkan jadi Doktor Google melainkan sakit kecik2 macam aku ni. Lagipun Naproxen ni kategori ubat common macam panadol ja. Kalau sakit kritikal pergi la jumpa doktor nuh.

Redah

Redah Pahang : Leg 1 Cameron Highland

Thursday, August 13, 2015

Taktala keadaan tak mengizinkan untuk aku meneruskan misi Redah 3.0 dalam masa terdekat, tugasan luar yang ditugaskan syarikat sedikit sebanyak mengubat ketagihan untuk kaki ini berjalan.

Misi kali ini adalah lawatan tapak sekolah sekitar Pahang dimana terdapat lebih kurang 80 buah sekolah yang perlu dilawati iaitu di kawasan Cameron Highland dan Kuantan.

Leg 1 : Cameron

Misi dimulakan dengan mendaki Cameron. Last sekali aku ke Cameron adalah beberapa tahun lepas, tuh pun balik hari. Ini kali pertama aku naik Cameron melalui Simpang Pulai seingat aku, selalunya melalui Tapah.


Aku tak pasti samada aku tak perasan ketika trip lepas atau keadaan bertukar secara mendadak disini dimana Cameron yang aku kenal telah bertukar menjadi pusat komersil. Terlalu komersil. Ladang sayur, bunga, pusat jualan, malah shopping kompleks telah menggantikan landskap hutan yang menghijau. Tiada lagi ketenangan seperti kenangan terakhir aku disini.



Jalan dikawasan pekan memang teruk, nasib baik kali ini kami datang dengan 4x4 kerana tak mahu pisang berbuah dua kali. Ketika lawatan tapak sekolah Perak dahulu kami terpaksa berpatah balik disesetengah tempat kerana jalan terlalu lasak untuk kenderaan sedan.



Selepas selesai tugasan untuk hari ini, kami berhenti menginap disini. Puas hati. Cuma parking agak susah.
View dari tingkap bilik
Suasana disiang hari tak lah sesejuk mana namun taktala siang melabuh tirai, kedinginan mula membaluti tulang sumsum. Ewahh ayat. Sastera sangat.

Malam agak suram kerana bukan malam minggu, tiada aktiviti melainkan melepak minum di Old Town White Coffee
Keesokan pagi kami bersarapan di medan selera berhadapan dengan hotel.

Kerja disini taklah sesukar mana melainkan nak ke sekolah SK Tenalok dimana agak 'dalam'. Tapi jalan elok banyak berbanding gambaran yang aku dapat di internet. Even kereta pun lepas nak lalu sini tapi dengan 4X4 lebih mudah banyak lah.


SK Tenalok


Part paling aku suka adalah melawat SK Ladang Boh 1 & 2. Pemandangan ladang teh yang terbentang memang mengasyikkan. Tapi sayang masa tak mengizinkan langsung untuk kami lepak minum di Boh Tea Centre maklumlah perlu melawat sebanyak mungkin sekolah sebelum tamat waktu bekerja.

Dah macam di New Zealand
Banyak betul pelancong asing kat sini tapi yang aku respek mereka ni semua menapak nak ke sana sini. Jauh gak aku tengok diaorang menapak. Siap ada yang hitchhiking tapi tak dapek nak nolong sebab kami ada misi.

Kalaulah dapat layan view cenggini hari-hari
2hari 1 malam kami kerja pun selesai maka kami terus cabut balik Perlis. Adalah beberapa karenah birokrasi terpaksa kami tempuhi dengan PPD ni. Setakat kena 'tolak' ke sana ke mari biasalah. Yang hangin time aku di PPD Cameron tak maklum, bila aku dah sampai Perlis baru diaorang nak call cakap "Encik kena datang sini untuk dapatkan cop pengesahan..wtf"

Aku Punya Pasal

Beraya Sebagai Dewasa

Monday, July 20, 2015

Pertama kali aku sedar yang aku sudah "remaja" adalah apabila mak aku mula menukar cara amarah dari pukul dengan rotan kepada marah dengan mulut. Lama jugak aku ambil masa untuk sedar yang "eh..dah lama ya tak kena rotan.." . Kemudian, aku sedar yang aku sudah "dewasa" apabila sudah mula diberi ruang memberi pendapat taktala makcik - makcik dan pakcik - pakcik bersidang. Tiada lagi "halau-an" yang diterima. Lagi makin sedar bila dah mula boleh jeling pak cik-pakcik yang jenis buat perangai potong que etc. Haha..

Banyak benda yang seronok bila sudah mula boleh mencorak perjalanan hidup namun dalam banyak-banyak keseronokan, ada nikmat lain yang mula ditarik sedikit demi sedikit. Salah satunya adalah Hari Raya. Tahun demi tahun, Hari Raya mula terasa hambar. Tiada lagi kegirangan nak pakai baju raya baru, tiada lagi congakan ramalan kutipan hari raya tahun ini, tiada lagi nafsu berbelanja shopping raya dan macam-macam lagi.

Tahun ni merupakan tahun pertama beraya dengan baju melayu beli sendiri dan tahun pertama tak dapat duit raya langsung. (haha..serius ni) Ini menambahkan lagi tahap perasaan kedewasaan aku yang makin melanjut. Raya tahun ni pun harap baju melayu saja yang baru, yang lain aku pakai saja baju harian. Nafsu shopping dah makin hilang. Kalau zaman budak-budak dulu hari raya ke-2 dan ke-3 masih pakai baju baru yang sudah di"set" awal-awal jadual pemakaianannya.


Yang hairan bila zaman budak-budak teringin macam-macam tapi takda duit, bila dewasa dah punya duit, nafsu berbelanja pulak hilang. Itu lah kehidupan.....

Aku Punya Pasal

Ramadhan Ini 2015

Thursday, July 16, 2015

Setiap kali meniti hari-hari terakhir Ramadhan mesti terasa sayu didalam diri. Selain dari sayu memikirkan lambat lagi nak bertembu bulan yang penuh Barakah ni, terasa sayu pula nak meninggalkan suasana kucar kacir dipetang hari mencari juadah berbuka. 

Ramadhan tahun ni menyajikan suasana yang baru bagi aku memandangkan Ramadhan pertama bersama Cik Dee sebagai fulltime husband&wife. Alhamdulillah tahun ni tiada sahur yang ter'miss' memandangkan Cik Dee kejut aku sentiasa dan untuk terawih pula aku rasa tahun ni merupakan rekod attendance paling cemerlang bagi aku setakat ni. Berbeza dengan zaman dulu .....haha 

Ramadhan tahun lepas aku dapat belajar yang jika kita berbuka ala kadar dan terus ke masjid untuk maghrib, balik dari Maghrib kita takkan makan dengan kuantiti yang banyak. Ini kerana makanan yang ala kadar tadi sebenarnya dah cukup untuk mengeyangkan perut namun yang selalu jadi makan sehingga kenyang sampai tak boleh nak bangun tuh adalah dek kerana nafsu semata. Tapi tahun ni aku tak berkesempatan nak praktikan sebab kesian pulak aku nak tinggal Cik Dee berbuka sorang-sorang kat rumah. Jadi terlajak makan adalah perkara biasa.

Tapi pengajaran yang aku dapat bagi tahun ni pula adalah time sahur tak perlu makan banyak pun sebenarnya. Kalau dulu mindset aku adalah time sahur kena makan kenyang2 sebab esok nak guna tenaga. Namun sebenarnya aku dapati bila lagi banyak makan, lagi lapar aku keesokan hari. So tahun ni aku sahur banyak makan biskut aja. Lagipun tak elok lepas makan kenyang2 pergi sambung tidur. 

Tahun ni tak feeling sangat bila dengar lagu raya sebab "beraya tanpa balik kampung". Itulah sedikit kekurangan bila bekerja pun di kampung. Ni membuatkan aku terkenang kembali zaman balik kampung dari Melaka dan Cyberjaya dulu. Rindu pulak zaman muda mudi naik bas sehari sebelum raya.Time tuh baru syahdu dengar lagu dendang perantau. Tapi sempat la ambik sedikit feeling sewaktu outstation ke Kuantan minggu lepas.

Bazar Ramadhan Bukit Ubi Kuantan, berdekatan Hotel UB Inn tempat aku menginap time REDAH 1.0 lepas.

Jauh beli barang raya tahun ni, Stadium Darul Makmur Kuantan.
 p/s: Bila baca balik post  Catatan Ramadhan 2009 boleh nampak beza penulisan aku dulu dan sekarang. Sekarang semua nak serius2.. hidup pun serius.. makan tidur semua serius... boring jadi orang dewasa. Haha.


Analisis saya

Pandu uju Proton Iriz

Monday, June 29, 2015

Dah lama aku kata nak tulis sikit review tentang kereta Proton Iriz1.6 Premium yang sudah dimiliki lebih kurang 1bulan lebih ni. Kalau ikutkan dah banyak review komprehensif dilaman web permotoran tapi paham2 lah, mereka tuh pandu uji selama beberapa jam aja pon + kang kritik teruk2 terus tak dijemput untuk pandu uji model seterusnya pulak kan. So disini aku nak bagi review dari sudut pemilik. 

Tak payah lah aku nak cerita satu persatu bab spesifikasi dan features yang ada pada kereta ni, yang tuh boleh tengok dilaman web permotoran seperti paultan. Aku akan simplekan aja review berdasarkan The good & The Bad

THE GOOD

1. Rekabentuk
Soal rekabentuk merupakan satu soal subjektif sebenanrnya bak kata pepatah yang hampir ada kena mengena 'rambut sama hitam, hati lain' kan. Bagi aku rekabentuk Proton Iriz ni memang cun. Setanding rekabentuk jenama besar yang lain. Lagi satu Proton Iriz ni kalau tengok nampak kecil tapi bila parking sebelah kereta sedan baru nampak saiznya yang sebenarnya agak lebar. 

2. Features
Bagi spec Premium, features yang ditawarkan memang banyak setaraf kereta Honda CRV full spec orang tua aku. Apa yang aku suka dan nampak berguna adalah lampu DRL, auto flip side mirror, reverse camera, keyless entry, kerusi kulit, charger USB dan GPS. Berbanding GPS kereta myvi 1.5 SE adik aku, GPS Proton lebih banyak fungsi dan nama2 tempat. Masih kureng berbanding Garmin atau Papago tapi memuaskan. Selain dari itu adalah 6 airbags, Abs, ESP sekian2 yang aku rasa orang tak amik kisah sangat pun.

3.Harga
Dengan pelbagai features bagi aku harga yang ditawarkan amat berpatutan. Cuba compare tengok kenderaan yang ada features sebegitu berapa harga dipasaran berbanding Proton Iriz ni.

The Bad

1. Kualiti pemasangan
Sebelum aku nak komen bab ni, anggap lah saja yang mungkin aku tak bernasib baik gamaknya. Apabila pandu keluar sahaja kereta dari showroom, aku dah perasan yang dashboard kereta ni mengeluarkan bunyi akibat vibration. Dibahagian belakang ruang tayar kiri pun turut mengeluarkan bunyi berdecit seolah bunyi batu dari jalan yang baru ditar. Pada mulanya aku ingat plastik balut seat puncanya, namun selepas siasat bunyi tuh berpunca dari ruang yang aku cakap tadi. Aku salahkan department pemasangan Proton yang bagi punca masalah diatas. Mungkin unit kereta aku ni dipasang sejam sebelum waktu rehat tuh yang pasang skru longgar sana sini.

Sewaktu servis 1000km yang pertama aku hantar kereta ni ke Pusat Servis Proton (agen) Kangar dan melaporkan masalah-masalah tersebut. Tindakan mereka adalah ketatkan skru dashboard manakala bunyi dibahagian belakang mereka tak tahu punca dan suruh hantar ke Proton Edar Alor Setar. Walaupun dah ketat skru, tiada beza langsung. Beberapa minggu kemudian aku bawa pulak ke Proton Edar Alor Setar. Memula ok kejap. Tiada lagi bunyi didashboard dan belakang tapi hampir nak sampai rumah terus bunyi tersebut datang balik. Adoi.. Tunggu masa nak bawak pulak. (Update 18/10/2015 - Problem setel rujuk Kesimpulan dibawah)

2. Power Engine
Walaupun didatangkan dengan enjin 1.6, terasa Kelisa 1.0 lagi power in term of pick up. Aku rasa semuanya berpunca dari gearbox CVT yang kurang memberangsangkan. Lagi satu bila nak memotong kena pepandai main minyak, bukan apa, pernah waktu memula beli tuh bila nak memotong kenderaan aku tekan minyak kuat sikit macam selalu bila drive lain2 kereta, tapi dekat IRIZ ni, hanya RPM aja naik mencanak tapi kereta tak pick up pun. Bahaya betul. Lama-lama baru faham nak potong kena bajet tekan minyak slow2. Bagi aku leceh gila. Lagi best bawak kereta auto 4speed biasa macam di MYVI.

3. Bunyi gearbox CVT
Bunyi gearbox merupakan masalah awal yang diperkatakan sewaktu pelancaran model ini. Bagi aku memang tak dapat dinafikan. Memula aku fikir ok la kot, bunyi tera mana lah sangat. Kuatkan aja volume speaker dan setel. Tapi sebenarnya tak semudah tu. Lelama rasa annoying sebab bunyi gearbox sama naik dengan bunyi radio. 

Kesimpulan (update 18/10/2015 - selepas 5 bulan memandu)

Bagi aku kereta Proton Iriz merupakan kereta yang berbaloi untuk dimiliki. Cuma kalau kena masalah pemasangan yang kurang kemas macam aku, kena bersabar sikit la turun Pusat Servis. Alhamdulillah berkat kesabaran dan selepas aku suruh pomen sendiri bawak kereta aku sambil duduk ditepi dan point satu per satu bunyi, diaorang dah solvekan apa yang patut.

Bab features yang datang untuk premium specs ni, dari sehari ke sehari aku dapat rasa mudahnya kerja bila ada kemudahan ni terutama keyless entry dan reverse camera. Headunit aku kekadang tuh jadi hang@sangkut tapi selepas 5 bulan aku drive baru 3-4 kali jadi, so pejam mata dulu.

Dari segi kuasa enjin atau lebih spesifik gearbox, aku rasa menyesal tak angkat variasi manual seperti kebanyakan suggestion/review dari internet. Sebenarnya enjin 1.6 ni ada potensi, cuma tersangkut di gearbox. Kalau aku beli manual, kompom tiap bulan aku bayar installment dengan senyuman.

Bagi mereka yang ada plan nak angkat Proton Iriz, aku cadangkan angkat varian Manual. Kalau nak auto, cuba sabar kejap dengar kata Proton tengah nak tukar supplier gearbox baru. Apapun pandu uji lah sendiri dan alaminya. Lain orang lain toleransinya.

(update 17/9/2016 - selepas 1tahun 5 bulan memandu)

Seperti aku pernah sebut sebelum ni, kereta ni bini aku yang bawak aku kekadang ja bawak so kali ni aku nak tambah review sikit bab pendapat aku setelah memilikinya selama 1 tahun 6 bulan. Bunyi di dashboard muncul balik cuma yang hairan dia kekejap ada kekejap tiada. Time aku bawak servis terus hilang lepas servis kekadang muncul..maka disebabkan jarang2 muncul maka aku pon malas nak layan.

Lain-lain masih mantap. Bab gearbox CVT yang aku komen dulu aku rasa sejak aku ada anak kecik ni aku dah tak kisah dah bab ni. Sebab aku dah jarang merembat. Bawak pon slow2 ja. Haha. Maka bukan isu besar dah sekarang kecuali sekali sekala nak memotong ja aku rasa 'annoyed'. Bab bunyi gearbox kuat tuh aku rasa mungkin dah sebati dalam telinga aku. Tak rasa apa dah.

Baru-baru ni aku bawak kereta ni dari Perlis ke Kuala Lumpur. Kali ke -3 bawak kereta ni jalan jauh. Perjalanan rasa selesa dan baru aku sedar NVH kereta ni (tolak bunyi CVT) agak mantap. Kesimpulannya kereta PROTON yang terkini ni memang sedap bawak cuma sayang bab kualiti pemasangan PROTON tak tekankan. Tapi aku malas nak komen lebih sebab mungkin unit aku aja kot yang kena kes begini. Allahualam.

Jalan Jalan Cari Makan Perlis

Restoran Al Aqsa, Beseri

Thursday, June 11, 2015

Sejak kewujudan Universiti Malaysia Perlis ( UNIMAP ), banyak perubahan dari segi demografi dapat aku perhatikan. Sebelum ni nak berjumpa rupa arab atau omputih pun hanya di sekitar Jeti Kuala Perlis (untuk ke Langkawi) namun sekarang dah ramai pun diantara mereka yang menjadi 'penduduk sementara' dimana ada yang sebagai pelajar ada yang sebagai pengajar.

Bila mula masuk warga arab, timur tengah dan sebagainya maka munculah beberapa Restoran Arab dan seangkatan bagi menampung selera makan mereka-mereka ini. Selain untuk mereka, restoran - restoran ini juga turut membolehkan orang Perlis sekali sekala mengubah selera tekak masing-masing yang asyik dengan nasi lemak, nasi ganja, mee goreng dan seangkatan.

Setahun dua lepas ada muncul satu restoran yang diusahakan orang Uzbek/Kazakh namun mungkin dek kurang sambutan dah pun ditutup. Sempat la aku merasa makan beberapa kali. Selepas itu muncul satu gerai Arab siap dengan shisha di medan selera berhadapan Stesen Bas Ekspress Kangar. Aku respek jugak kedai ni sebab boleh nampak dalam masa beberapa bulan menu makin bertambah dan dapur pun makin besar namun tak lama kemudian dengar kata kena 'rush' dengan Majlis Perbandaran Kangar (MPK).

Baru tak baru aku ada perasan satu Restoran Arab bernama Al-Aqsa dibuka di Beseri. Banyak kali aku plan nak pergi namun setiap kali lalu mesti tutup dan lama kelamaan lupa macam tuh saja. Kelmarin nak jadi cerita entah macam mana aku teringat akan restoran ni dan terus mengajak Cik Dee kesana untuk proses menge-test.

Pada mulanya aku sangka kedai ini milik sepenuhnya orang Arab namun dari pemerhatian aku tengok dari rupa pelayan semua dah macam restoran Thai kecuali Chef atau sorang brader ni saja yang aku perasan orang Arab. So aku agak Chef ni berkahwin dengan orang Thai dan membuka perniagaan Restoran Makanan Arab ni.

Aku agak hairan kenapa dalam banyak - banyak lokasi Restoran ini dibuka disini ( Beseri) sedangkan ia
agak jauh dari tempat tumpuan pelajar warga Arab atau Timur Tengah.

Aku order Chicken Akdah
....didatangkan dengan Roti Nan
Mandy Chicken Rice


 Aku bukanlah pengkritik makanan yang hebat ditambah pulak masakan Arab jadi bagi lidah aku yang biasa-biasa ni. Jadi disini aku nak compare dengan pengalaman aku makan di restoran Arab 'pure' seperti Saba Cyberjaya atau Marakesh Kg. Baru aja lah. Dari segi rasa, agak kurang sedikit dari restoran-restoran arab 'pure' mungkin kerana kekangan mendapat bahan-bahan masakan tersebut namun rasa tuh ada.

 Selain tuh, setahu aku Chicken Akdah ni ayam dia carik-carik seperti rendang dan bukannya besar seperti nak taruk dalam Tom Yam. Hehe. Dan untuk ayam mandy tuh pulak agak kering mungkin kerana terlebih masak. Dari segi harga aku betul-betul lupa harga tepat kalau tak silap Chicken Mandy berharga RM10~12 manakalah Chicken Akdah RM8~RM10.

Overall, restoran ni bolehlah menjadi tempat mengubah citarasa lidah melayu atau sebagai melepas rindu kepada masakan Arab seperti di Ibu kota dan sebenarnya aku sendiri dah terliuar nak pekena Chiken akdah sedas lagi bila menaip post ni.

Lenggang, semoga restoran ini mampu bertahan


Redah 2.0

Redah 2.0 : Indonesia ( Aceh - Medan - Jakarta - Bandung - Yogyakarta ) Day 5

Saturday, May 09, 2015


Kalau diikutkan aku ada perancangan untuk melawat Istana Maimoon yang beberapa langkah dari Hotel * hotel laaa sangat* yang aku inap dan Rahmat Animal Wildlife namun kerana flight awal dan perlu berkejaran ke Airport, jadi terpaksa lupakan niat tersebut.

Untuk ke Airport, aku menaiki train. Pada mulanya aku bayang train airport ni macam train buruk biasa2 tuh rupanya macam ERL di Kelompo dan Airportnya pun baru setahun dibuka menggantikan Airport lama yang telah dijadikan pangkalan udara TNI-AU. Fasiliti train yang baik siap ada stewardess cun mengalah stewardess Airasia dan airport yang cantik membuatkan aku terasa seolah berada di KLIA versi mini. 

Kat indo makan memana pun sedap, tepi jalan sampai ke airport semua menjilat jari
Time di train station, aku nampak 2 orang perempuan yang bertudung gaya orang Malaysia, kebetulan mereka duduk belakang aku, aku dengan excited terus tanya asali mana, sekali tengok dari daerah Semarang. Minah indo rupanya. Baru aku tahu yang fesyen yuna tudung gulung2 bukan sekadar di Malaysia. Nasib baik aku sempat cover buat-buat tanya proses nak naik flight. Mesti aku nampak jakun dimata mereka.Haha. Waktu ni aku punya teringin nak sembang dalam bahasa Malaysia punya pasal. Walhal baru 3 hari diperantauan.

Terbang meninggalkan Medan terasa seperti meninggalkan kawasan gelap dalam movie thriller. Lega tak terkata. Aku tak tahu kenapa terasa nightmare ja berada di Medan but Grand Citra Hotel should be the blame. Men-yepoilkan mood aku but ini kan satu pengembaraan. Entah apa2 aku ni kan. 

Lega dapat berambus dari Medan
Dalam penerbangan aku duduk sebelah sorang brader indo yang lebih kurang sebaya. Dia orang Medan yang bekerja di Jakarta. Sepanjang perjalanan aku berborak borak dengan dia aja jadi 2 jam perjalanan tak terasa. Kebetulan minah Semarang yang aku tegur di stesen duduk disebelah brader tuh tapi dia diam aja.

Dari Airport Jakarta CGK aku mendapatkan bas DAMRI untuk ke Jakarta Central. Kota Jakarta dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Central, west, east etc. Memula cuak jugak aku sebab tak nak tuju mana. Aku nak ke Tomang tapi berdasarkan list stesen bas takda pun dan aku syak ia berada dalam laluan salah satu stesen tersenarai. Lepas tanya penjual tiket, dia pun suruh naik bas no sekian2. Aku dah lupa. Katanya sejam lagi nak gerak. Dalam menunggu tak sampai sejam tiba-tiba penjual tiket tuh panggil aku dan suruh aku naik satu bas ni katanya pun lalu Tomang.

Dalam bas aku dah suspen macam mana nak tahu tempat nak turun dan aku pun tak tahu system bas mereka samada boleh main tekan nak turun memana atau akan berhenti disetiap stesen ataupun hanya berhenti distesen tersedia kalau direquest. Macam-macam guessing main dalam pala otak last2 aku tanya minah di seat sebelah, senang. Minah tuh pun dengan baik hati panggil konduktor dan cakap aku nak berhenti di Stesen Sipli. Lega. Tapi aku still standy by on GPS google Map.

Di Jakarta aku akan menginap di B&B Tomang. Tempatnya strategik, hanya 4km dari MONAS, pusat kota Jakarta. Jarak stesen Sipli dengan tempat penginapan aku kira – kira 2km. Dekat ja tuh untuk jalan kaki kalau kira dengan mood berbackpacking ni. Walhal kalau kat Malaysia tobat tak sanggup. Sebenarnya aku pun tak tahu betul ke idak ini stesennya tapi aku tengok stesen ni yang paling dekat dalam GPS yang ter-ON tuh maka aku lompat keluar.Ok. Memula aku memang plan nak jalan kaki, tapi baru melangkah 15 tapak aku disapa pemandu ojek ( motosikal ) yang aku syak ada ilmu pukau. Ntah kenapa aku pun mendekatinya yang melepak di stesen ojek bersama temern-temern. Alasan malas nak jalan sebab cuaca panas banget. 

Merempit ke B&B Tomang
Entah kenapa terasa jauh pulak bila naik ojek ni sedangkan dalam GPS tadi tampak dekat. Mungkin brader ni nak cover sebab tadi memula dia cakap B&B Tomang ni jauh dan mintak rp25,000 tapi lepas aku tunjuk GPS tulis 2km saja air muka dia terus berubah. Zaman dah canggih mas. Jadi tambang turun jadi rp15,000.Yang aku panas dengan brader supir ni, dia tahu jalan takat masuk area taman aja (B&B TOmang terletak dalam kawasan kejiranan) tapi tak tahu jalan dalam taman tuh. Dah tak tahu, malu nak bertanya orang setempat pulak tuh. At last lepas aku desak suruh tanya orang baru dia pun berhenti. Tapi kuis aku suruh tanya. Pon boleh. Jumpa jugak lokasi tempat penginapan selepas melilau macam peragut.

B&B Tomang ni merupakan Homestay iaitu sebuah rumah yang disewakan ikut bilik. Tapi decoration rumah ni memang cantik dan bersih. Sedih aku bila ownernya inform yang aku sorang ja akan stay situ selama 2 malam ni sebab sekarang low season katanya. Padahal aku pilih tempat cenggini dengan harapan dapat buat kawan. Dah bosan duduk sesorang. Kang jadi moody macam di Medan pulok. Owner B&B ni tinggal dirumah sebelah yang berkembar dengan rumahnya tapi disambung dari laman belakang.

Jam dah pukul 5 WIB waktu aku check in. Walaupun takda benda sangat aku buat hari ni tapi letih serupa meredah sana sini. Sedar tak sedar aku terlelap diatas katil bilik yang empuk. Pukul 10 WIB aku terjaga. Terus segar bugar. Lapar pun lapar tapi nak keluar aku tengok gaya jalan nak masuk taman ni agak rumit. Macam dalam maze pun ada. Lagipun gate porch berkunci, kena tekan loceng suruh buka, jadi bertambah malas aku nak keluar. In the end aku melepak dalam bilik sambil research untuk aktiviti esok. 

Map tradisional amat berguna bila travel


Redah 2.0

Redah 2.0 : Indonesia ( Aceh - Medan - Jakarta - Bandung - Yogyakarta ) Day 4

Saturday, May 09, 2015


Bila dapat duduk atas kerusi empuk Sempati Star, aku terus rasa nyaman, aman dan tenang. Empuk sungguh kerusi bas ni. Even lebih empuk dari katil Hotel 61 yang aku tinggal. Hati aku berbisik “ apa lagi yang aku nak, this should be a good night”. Nak melihat pemandangan luar pun gelap gelita, jadi aku pasang mp3 player dan menyandarkan badan cuba untuk tidur.

Ku sangka enak hingga ke malam, rupanya asap ditengah perjalanan. Keenakan aku tidur tiba-tiba terganggu dengan bau asap rokok. Seriously, brader seat belakang aku dengan slumber isap rokok dengan layannya. ( Aku baca dalam blog indo kemudian hari,rupanya merokok dalam bas aircond adalah perkara biasa disini). Aku waktu ni dah pening dan sakit hidung terpaksa menyedut asap berkepul. Bayangkan asap berkumpul dalam bas aircond yang tertutup. Redha aja.

Aku ingatkan tuh the worst case for the night, tak lama kemudian aku dapati bas mula melalui kawasan berbukit. Pernah tengok cerita InitialD atau try search video “touge” di Youtube, macam tuh la sebijik drebar bas ni bawak. Laju ya ampun. Aku waktu ni dah mula loya mana dengan bau asap rokok masih menusuk hidung. Muntah dah naik sampai pangkal leher. Sekarang aku dah paham kenapa diselitkan plastik kecil dalam poket depan seat. Aku tak risau sangat bab muntah, sebab dalam bas ada toilet. Tak lama kemudian terdengar bunyi orang muntah dari seat depan. Aku try bertahan selagi termampu.

Sedar tak sedar aku terlelap lebih kurang dua jam. Bangun dari kelelapan, rasa loya dah hilang. Bas dah tak lalu jalan berbukit tapi melalui jalan kecil seperti jalan-jalan kampung di Malaysia. Kelajuan? Aku dah terasa macam naik ERL waktu ni. Serius. Bersimpang siur bunyi pokok-pokok dan kenderaan dari arah bertentangan. Dalam melalui kampung, ada juga lalu pekan-pekan kecil. Yang aku hairan, pukul 3-4am pekan masih meriah dengan orang ramai. Warung dan kedai makan masih dipenuhi pelanggan dan yang paling pelik kedai Handphone pun masih banyak yang buka.

DAY 4

Lebih kurang pukul 7 pagi WIB, bas pun tiba di Terminal Bas Medan. Sepanjang perjalanan selepas aku bangun dari lelap aku dah tak tidur-tidur sebab risau melihat bas dipandu laju seolah sempat pula aku nak get ready kalau nak accident pun. Walaupun aku seram naik bas ni, tapi aku tetap berdoa agar lewat sampai kerana masa untuk check in hotel lambat lagi.

Sebenarnya terminal ni bukan terminal bus Bandar Medan tapi terminal bas milik syarikat Sempati. Ala-ala Terminal Sani Ekspress di Klang.

Oleh kerana masih ada 6 jam sebelum waktu check in, aku ambil keputusan untuk menapak aja ke hotel bagi membuang masa. Jarak hotel dari terminal adalah 8 KM. Kalau kat Malaysia kompom aku tak buat macam ni, tapi aku jadikan ini sebagai latihan untuk Viper Challenge nanti.

Orang Medan pun tak bangun tidur lagi

Pada mulanya aku ingat papan tanda bunga-bunga ni sebagai ucapan takziah tapi rupanya ucapan Tahniah kepada pengantin baru. Hampir sepanjang 1km terdapat papan tanda mengucapkan tahniah pada mempelai sehingga ke Hotel tempat upacara.


Berehat sebentar lepas 5km menapak, waktu ni pingggang aku dah mula sakit galas beg berat.

Pukul 1 pm aku pun dah berada di Hotel Garuda Citra Medan. Pada mulanya terdapat sedikit masalah kerana pihak hotel tak boleh mengesahkan tempahan aku kerana internet down namun akhirnya brader service desk ni benarkan aja aku check in.

Waktu ni aku dah memang letih dek kerana hanya tidur 2jam semalam, dah 24 jam tak baring betul-betul dan dengan menapak 8km mengusung backpack 12 kg. Masuk saja bilik, aku terus down. Sebagai backpacker aku tak kisah sangat bab tempat-tempat nak berlabuh ni, tapi hotel 2 bintang yang aku tinggal ni memang teruk. Tak patut dapat bintang. Segala macam usang. Bilik pun berbau perabot lama. Tahu kan bau perabot lama? Cadar bertompok dengan kesan apa aku pun tak tahu, aircond season dan shower pun barai. Mungkin dek kerana tak cukup tidur, aku rasa down dengan suasana begini. Kalau diikutkan hati aku nak terus check out, tapi memandangkan aku dah betul-betul penat, jadi baring dan lelap dulu. Aku tidur berlapikkan towel.

Bau hapak perabot lama menusuk kalbu

Bangun dari tidur aku terasa ok sikit walaupun hanya dapat memejamkan mata selama 2 jam. Lepas bangun aku terus bersiap dan keluar untuk makan. Hujan renyai membasahi bumi medan. Jadi aku mengambil becak untuk ke Sun Plaza, mall terbesar di Medan.

Sebenarnya aku pilih mall besar kerana selepas 4 hari travel sendirian, kesunyian mula terasa. Tapi menyesal juga pilih mall ni sebab orang ramai banget. Restoran dan café semua dipenuhi pelanggan. Kalau ada meja kosong pun, kena duduk rapat dengan meja sebelah. Pusing dan pusing, aku terjumpa hanya satu restoran yang tak ramai orang iaitu Ayam Penyet Ria. Alaa.. Ayam Penyet Ria yang bersepah di KL tuh.



Lepas makan, aku try cari café untuk melepak minum sambil nak research perjalanan aku lepas ni. Oleh kerana tak surut-surut juga pengungung di café-café dalam mall ni, aku ambil keputusan untuk menapak ke mall berdekatan.

Aku lepak di Coffee Bean pekena ice blended RM 22. Erk. AKu rasa macam kat Malaysia tak semahal ni. But apa yang aku rasa kelakornya, dek kerana nak berjimat ambil hotel murah, aku terpaksa melabur separuh dari harga bilik untuk melepak di Café sebab tak tahan nak duduk bilik.

Untuk halatuju selepas ni, aku ambil keputusan untuk skip Bukit Tinggi kerana untuk kesana dari Medan, aku perlu menaiki bas dengan melalui laluan berbukit yang memakan masa selama 22 jam. Ouch! Aku dah serik nak naik bas waktu ni. Kalau nak naik flight ke sana, kos pula meningkat dan macam tak berbaloi bila baca yang Bukit Tinggi ni ala-ala Cameron aja. Takkan aku nak menung tengok view sorang-sorang disana kan. Dan oleh kerana time ni aku dah betul-betul rasa “benci” dengan kota Medan, maka aku terus beli tiket flight ke Jakarta keesokan pagi. Sebenarnya bukan MEDAN tak best, tapi mungkin dek kerana letih, tak cukup tidur,frust dengan hotel, rindu bini, rasa sunyi dan ditambah cuaca medan yang suram (kerja hujan/mendung memanjang), maka aku ter-“period” sorang-sorang kat sini…haha.

Redah 2.0

Redah 2.0 : Indonesia ( Aceh - Medan - Jakarta - Bandung - Yogyakarta ) Day 3

Saturday, May 09, 2015

Jam dah menunjukkan pukul 8 WIB waktu aku tersedar. Jadi rasa malas pula nak keluar breakfast diluar. Bagi aku breakfast yang feeling adalah makan sewaktu oang lain bertebaran keluar kerja atau mencari makanan macam aku. Akhirnya aku breakfast percuma yang hotel sediakan. Breakfast yang disediakan oleh pihak Hotel memadai lah. Yang penting ada kopi atau teh panas dah cukup bagi aku.

Plan pada hari ini adalah hanya nak melawat Muzium Tsunami. Kalau diikutkan ada lagi tempat yang dikatakan wisata, tapi bagi aku setakat taman atau rumah lama macam tuh tak rasa rajin la nak pergi. Cuma agak teruja bila dapat tahu ada taman bernama Taman Putroe Phang yang dinamakan sempena permaisuri Sultan Aceh yang berasal dari Kesultanan Pahang.

Oleh kerana aku perlu check out pada pukul 12 WIB, maka lebih afdal aku sambung guling atas katil sebab selepas dah check out, aku ada 9 jam tanpa tempat berteduh sementara menanti bas ke Medan. Padahal hanya Muzium Tsunami yang aku nak pergi dalam jangka masa tuh.

Pukul 12 WIB aku pun check out. Nasib baik backpack aku yang 7kg tuh boleh ditinggalkan di lobi hotel. Jadi aku pun keluar lenggang. Nasib tak baik, kat luar hujan. Kalau ikutkan dekat aja Muzium tuh, disebabkan tiada pilihan, aku terpaksa naik becak dengan tambang rp20,000. Waktu ni aku masih tak tahu rate sebenar. Maka naik saja.

Muzium Tsunami yang dibina hasil sumbangan masyarakat Antarabangsa
Agak terkejut bila dapat tahu dari petugas kaunter yang masuk adalah percuma. Aku siap tanya sekali lagi betul kah percuma sampai staff disitu cakap ” iya.. kok kamu suka yang percuma atau bayar ?” dengan nada jenaka. Beg tidak dibenarkan masuk, tetapi disediakan bilik penyimpanan beg dimana kadar bayaran adalah seikhlas hati. Serius aku tak tahu nak cakap betapa mereka tak mendesak bab duit dari pelancong. Yang mendesak adalah penjual cenderamata diluar perkarangan muzium. Tapi ngak papa, hanya bagi isyarat tak nak mereka takkan ganggu.

Masuk – masuk dah terdengar layunan ayat-ayat suci Al-Quran sewaktu melalui lorong gelap enterance dimana pada bahagian dinding terdapat air mengalir turun.Syahdu. Baru 20minit aku mutar di ruang pameran yang paling awal, pengumuman pun dibuat yang muzium akan ditutup selama 2jam sebagai menghormati solat Zuhur. Adeh.


Nasib baik cafe tak tutup, dapat lah jugak melepak makan minum sambil baca buku tentang Indonesia yang aku beli di MPH


Melepak pula dikolam sambil rakam video underwater guna kamera SJ4000. Waktu ni dapat kawan baru, saudara Aidil yang datang tegur aku tanya2 pasal kamera SJ ni.


Selepas muzium dibuka, aku pun cepat- cepat explore. Takut kang masuk waktu Asar tutup pula sekali lagi. ( yang ni aku tak pasti).

Gambaran Tsunami


Gambaran kesan tsunami di Masjid Baiturrahman



Gambaran keadaan diatas kapal Apung atas bumbung


Komposisi bahan pameran di Muzium Tsunami lebih kurang gini kayaknya, 50 % terdiri dari foto-foto bencana, 25% adalah barang asli kesan tsunami manakala lagi 25% adalah objek berunsur interaktif. Objek berumsur interaktifnya memang nampak menarik namun sayangnya tidak diselenggara dengan baik jadi banyak yang sepatutnya interaktif menjadi statik. Rosak gitu. Bagi aku mereka sepatutnya charge sedikit harga tiket yang boleh digunakan bagi tujuan maintenance.

Oleh kerana cuaca pun dah tak hujan, aku menapak sahaja ke Masjid Baiturrahman untuk solat sebelum meronda di Pasar Atjeh yang terletak bersebelahan masjid. Sewaktu aku solat, aku perasan yang ada seorang remaja lelaki ni solat berdekatan aku. Yang mana agak pelik sebab dalam masjid yang luas dan besar tuh dekat-dekat aku jugak dia nak solat. Selesai bagi salam, dia pun bagi salam sebelum bangun mendekati aku sebelum meminta sedikit uang nak makan bla… bla... Patut la. Apa yang aku nampak di Aceh ni tak ramai pengemis yang berkeliaran, boleh dikira dengan jari. Yang ramai pun ketika sembahyang Jumaat. Tapi mereka tak ganggu orang. Jadi tak la rasa rimas macam di Cambodia sana nuh.

Pasar Atjeh
Yang aku perasan banyak jual kain tudung, baju kurung, telekung etc. Memang port makcik-makcik shopping. Nasib baik gue tak bawak orang pompuan.





Lepas ke Pasar Atjeh aku dah tak tahu nak kemana, jadi terus ke hotel ambil backpack aku dan melepak di King O Donut sambil menanti nak ke Terminal Penumpang Banda Aceh. Bas aku malam ni pukul 9.30 WIB. Sekarang baru pukul 7.00 WIB.



Di kota Aceh setiap kawasan parking kenderaan dijaga lelaki memakai vest seperti brader ni.


Pukul 7.30 WIB aku yang dah letih dan bosan menganga di King O Donut pun mendapatkan becak untuk ke Terminal Penumpang Aceh.


Cuak juga memula tuh sebab GPS tunjuk arah lain tapi drebar becak bawak arah berlawanan. Banyak kali aku tanya supir dan abang supir pun dah penin mana sebenarnya aku nak pergi. Atlast aku cakap bawak aja ke stesen bas yang boleh ke Medan. Rupanya dia pusing jalan jauh sikit tak lalu jalan dalam kota. Mungkin nak elak trafik.
Sebenarnya dari hasil bacaan aku, aku bayangkan yang terminal bas Aceh ni baru dan moden. Rupanya macam stesen bas Shahab Perdana selepas dibadai Tsunami. Serius. Aku difahamkan banggunan tuh dah lama tapi rupanya macam banggunan tak siap. Gerun tengok. Dah la aku sampai waktu Maghrib. Nyamuk pun tengah sedap hurung aku yang menenggek tepi Musollah. Waktu ni aku dah memang letih dengan badan rasa tak selesa sebab peluh menapak siang tadi. Tak sabar nak naik bas dan tidur.

Disebabkan banyak lagi masa selepas selesai jamak, maka aku pun ke toilet untuk mandi-mandi ayam. Rasa tak sanggup aku nak tidur masam-masam gini. Agak pelik penjaga toilet sebab aku bayar dulu sebelum masuk tanda aka kamar kecil. Orang lain masuk dulu baru bayar. Masuk aja toiletnya, aku macam nak lari keluar dan samak.

Aku ni bukan jenis orang yang hygiene sangat. Kiranya takat jumpa “bendaasing” dalam makanan aku boleh jek keluarkan dan sambung makan. Even anak lipas sekalipun. Lagipun kecik-kecik dulu, dah jadi tugas aku kutip tahi fresh adik kecil aku yang tak reti berak dimangkuk jamban dan terpaksa berak dilantai. Jadi aku ni dilahirkan boleh tolerate kotor2 ni. Tapi tidak dengan tandas Aceh.

Bayangkan dengan lantia basah, dinding berlumut, berdaki dan segala bagai, siling penuh sawang dan segala macam. Kebetulan aku masuk toilet ada kolah mandi, dalam kolah jangan cakap. Sehinggakan tempat paling bersih untuk aku letak backpak adalah atas tong sampah yang penuh sampah. So disini aku nobatkan tandas stesen bas Aceh sebagai tandas ke 2 paling jijik aku pernah masuk. Tempat pertama masih pada tandas stesen bas Padang Besar Thai. Dek kerana nak segar punya pasal, aku mandi jugak laju guna air paip. Berus gigi kumur air mineral.

Bahagian terminal yang paling selesa
Sewaktu menanti bas Sempati Star aku jalan, aku sempat berborak dengan staff syarikat Sempati yang kebetulan pernah bekerja sebagai buruh di KL. Bukan main brader tuh cakap KL dengan aku. Dengan nada Eeee…Eeee… Tapi paham la bila lidah indon nak buat cakap KL. Yang member sorang lagi pun buat mengajuk. Haha. Gamaknya gitu la kot orang Indon dengar bila aku buat-buat cakap Indo.

Bas sini besar-besar macam double decker tapi hanya setingkat. Aku ada terbaca yang orang Aceh memilih sikit bab bas. Jadi kalau servis tak baik memang tak boleh survive sesuatu kompeni tuh.

Bas Aceh merupakan bas terbaik aku pernah naik. Dengan dalaman yang luas, dapat selimut, dapat mineral, dapat roti. Dah macam seat business class Boeing. Bagasi yang diletakkan dibawah bas ditagkan sama macam time check in bagasi kapalterbang. Selain tuh ada toilet. Tapi nasib la sapa yang dapat kerusi sebelah toilet.



Flickr Images