Redah 2.0 : Indonesia ( Aceh - Medan - Jakarta - Bandung - Yogyakarta ) Day 7

Sunday, October 18, 2015


Pagi ni aku bangun agak lewat kerana tiada plan nak kemana melainkan ke Old Batavia sebelum terus ke Stesen kereta api. Semalam aku dah pesan pada Mrs Jordi yang aku nak bersarapan lewat sikit hari ni. Selepas kemas barang dan bersarapan, aku pun check out dari B&B Tomag pada pukul 1030 WIB. Mr Jordi hantar aku sampai ke pintu sebelum ambil gambar aku didepan rumah. Mungkin nak dimasukkan ke dalam profile penghuni-penghuni B&B Tomag gamaknya (beberapa hari kemudian aku dapat email gambar tersebut dari Mr Jordi buat kenangan katanya)



Selepas beberapa ketika aku dah faham sedikit sebanyak cara nak naik Transway ni tapi dalam tahu-tahu pun masih lagi aku silap duduk di koc perempuan. Haha. Jadi lagi sekali kena halau. Sampai di Old Batavia matahari dah terik atas kepala. Berada di Old Batavia tak ubah seperti di Melaka. Dan kawasan pun tak besar mana. Seolah2 satu kota bersejarah mini yang dikelilingi kota Moden. Tak banyak aktiviti disini selain bergambar. Kalau banyak masa boleh sewa basikal pusing-pusing sekitar tapi masa aku tak banyak. Mr Jordi pun ada cerita yang kalau ada masa pergi la ke area Kelapa Gading, katanya kat situ cantik, mengadap laut. Tak jauh pon dari Kota Batavia.




Selepas selesai sightseeing, aku pun menapak semula ke Stesen Jakarta Kota . Agak terkejut bila penjual tiket di Kaunter beritahu yang untuk naik bas Transway dari stesen tersebut aku kena beli kad ala2 Touch N Go instead of tiket bas pakai buang. Aku pun explain kata tuh last journey aku untuk naik bas di Jakarta since sampai aja stesen seterusnya aku dah nak amik train ke Bandung. Tapi still dia cakap tak boleh, macam mana pun kena guna kad. Mahu tak mahu terpaksa beli kad Touch N Go tuh dengan harga Rm10 beserta kredit. Katanya takda expired date, nanti datang lagi Jakarta boleh guna sambil senyum. Ya laa tuh. Serupa aku datang selalu. Huhu.

Masih ada sejam sebelum train berlepas, jadi aku melepak aja di Dunkin Donut yang dah jadi port melepak rasmi aku disana. Mahai pun mahai lah janji selesa untuk menyejukkan badan.

20 minit sebelum berlepas aku pun check in ke dalam train. Tempat duduk yang aku dapat sangat empuk dan koc nya pun grand banget. Train bergerak keluar dari Kota Jakarta pada pukul 1320 WIB dimana pemandangan banggunan kota diganti dengan pemandangan setinggan sebelum mula kelihatan pemandangan kampung dan sawah. Seronok dapat tengok suasana negara orang dari tingkap kereta api. 1610 WIB aku pun tiba di Stesen Bandung.



Time sampai stesen Bandung baru la nampak muka orang Malaysia. Ekceli muka tiada beza cuma dengar longhat KL. Tapi time ni aku malas nak beramah mesra sebab aku dah hilang rasa rindu nak jumpa orang Malaysia macam mula-mula baru sampai Indon tempoh hari. Haha. Lonely sangat memula sampai arituh.

Memandangkan tempat penginapan aku, Chez Bon Hostel lebih kurang 1 Km dari stesen Kereta Api Bandung maka aku menggunakan mode transportation paling murah iaitu menapak. Menapak ni best sebab kita dapat lihat lebih dekat jalan-jalan sekitar. Siap boleh skodeng kedai-kedai sekitar jual apa. Time ni aku dah lapar banget dah tapi aku gagah jugak nak check in untuk letak beg yang gedabak ni.



Setiba di Chez Bon aku terasa sedikit tamparan selepas dimaklumkan oleh petugas hotel hanya 4 orang termasuk aku yang menginap untuk hari itu. Hari ni sahaja 10 orang check out. Seolah-olah semua lari bila tahu aku sampai. Bertambah lonely lagi aku. Aku pilih hostel ni sebab bajet nak bergaul dengan traveler lain. Takpa lah , takda rezeki. Oh ya, sepanjang travel trip ni aku booking peningapan last minute, tiada tempahan awal sebab aku jenis tiada plan. Nama pun redah kan. Rasa nak berlabuh baru aku booking.


Selepas Maghrib aku pun keluar melilau melihat pemandangan malam Kota jolokan nama Paris Van Java ni. Sebenarnya aku pernah ke sini satu masa dahulu bersama family time tuh form 2 kira jalan memana pun ikut bontot tour guide.Haha. Malam ni hala tuju aku nak pekena shisha. Bukan apa, fikir dalam melepak menung2 dapat hembus perasap sikit pun best.



Aku menapak hampir 2 Km semata mata nak ke cafe yang ada shisha ni. Memula aku ingat port bebudak muda lepak tapi ghupanya Restoran Arab yang Kerlas. Sahih-sahih la budak-budak indie Bandung tak lepak. Huhu. Maka berlepak lah aku dengan geng-geng ada Kerlas.

Lepas puas berasap aku pun menapak pulang. Dingin malam di Bandung amat menyenangkan. Untung la sapa ada bini nak peluk. Tapi taklah sesejuk di Cameron. Menapak di malam hari agak menyeramkan tapi ghupa gue pun takda lah jambu sangat. Jadi kurang risau. Ada sekali ni ada sorang mamat galas gitar gaya seperti dalam filem Rock Ooo karya Mamat Khalid menghampiri aku. Cuak gak aku. Dah la jalan gelap dan sunyi. Sekali datang tanya jalan. Hampeh...indon tanya jalan kat orang Kangaq di bumi Bandung. Ada ka patut. Aku menapak pulang ke Chez Bon untuk terus tidur. 



You Might Also Like

1 Rangsangan

Flickr Images