Pagi ini aku bertemankan Cik Dee bertolak seawal 8 pagi ke sempadan Padang Besar memandangkan aku nak balik awal sikit sebab assignment banyak lagi yang perlu disiapkan. Sejak sambung belajar ni masa aku untuk melepak dan berfoya-foya menjadi makin terhad. Apa kan daya. Kami singgah dahulu di Pejabat Insurans untuk membeli Insurans ke Thailand dan kali ni aku mengambil keputusan untuk membeli insurans bagi setahun terus yang mana memberikan lebih penjimatan untuk jangka masa panjang. Pertukaran mata wang turut dilakukan di Pejabat Insurans ini dengan kadar tukaran 9.3. Aku tanya la tauke ni samada ekonomi kita jatuh ka macam mana yang nilai ringgit jadi rendah daripada bhat sebab zaman dulu rm1 = 12bhat macam tuh dan time tuh memang orang siam semua nak trade dalam ringgit tapi sekarang nilai rm1=9.4bhat sahaja. Menurut tauke tuh bukan ekonomi kita down tapi ekonomi Thai yang makin naik. Sebenarnya aku pun tak mahir sangat bab ekonomi dan kewangan ni so gambaran dia lebih kurang macam tuh la.
Tamat berbicara soal ekonomi, aku dan Cik Dee trus shoot ke sempadan dan selepas selesai segala prosedur imigresen, kami pun menyambung perjalan ke Hatyai. Salah satu sebab aku suka ke Hatyai berbanding Alor Setar yang terletak dalam jarak yang lebih kurang sama adalah kerana keadaaan jalan raya disini yang luas dan tidak sibuk. Sedap ja cruise kereta berenjin v enam berbanding jalan lama Kangar-Alor Setar yang sempit dan sesak.
|
Kalau di Malaysia dah lama kena hon gila babeng tapi sini perkara biasa.
|
Memandangkan masing - masing lapar, kami terus mencari restoran untuk brunch sebelum bertemukan restoran chekkar hasil suggestion dari satu blog ni. Waktu kami sampai, ada satu van dinaiki 6-7 orang berhenti di Chekkar ni. Pada ketika itu hanya kami lah yang berada di restoren tersebut sebelum rombongan van tersebut beredar kira-kira 20 minit kemudian tanpa makan dengan air yang sampai pun lebih banyak. Aku pun tak tahu kenapa.
|
Bil Rm35 untuk ini ..... !!!? |
Sebelum order memang aku dah perasan harga di menu rate dah macam taraf kelompo tapi mungkin kena lah dengan taraf restoren.Ok lah tapi yang aku bengang adalah harga di bil dan resit tidak sama. Tuh pun perasan selepas kami blah. Sebagai maklumat bil kami harituh tomyam putih bhat110, air nenas cordial bhat35, telur bungkus bhat120. Serius aku tak suggest ke sini. Rasa makanan pun tak sedap macam yang digembar gemburkan dalam blog.
|
Chekkar with one unsatisfied customer |
Selesai makan kami menuju ke tempat tujuan....
|
Siri Racing, kedai alat gantian pretasi motosikal |
Haaaa..Niat sebenar aku ke sini adalah nak cari aksesori motosikal dan berdasarkan carian di internet ramai bercakap tentang kedai ni. Namun hampa sebenarnya sebab kedai ni banyak jual barangan pretasi berbanding aksesori. Boleh check laman web mereka untuk maklumat lanjut. << SIRI RACING >> .
|
Siri Racing ni takda besar sangat pun tapi banyak barang racing |
Seorang pekerja yang boleh berbahasa inggeris mengesyorkan aku try tengok di satu kedai berhampiran memandangkan barang yang aku cari sudah sold out.
|
Kedai kedua yang kami lawati |
Kedai yang di beritahu oleh pekerja Siri terletak kira-kira 300 meter jaraknya, berjalan sudah! Berpeluh gak la ketiak berjalan time panas ni tapi berbaloi sebab akhirnya dapat juga barang yang dihajati.
|
Suasana dalam kedai |
Next stop, Kedai Menjual Helmet, yang juga terletak di Jalan sivunphart iaitu sebelum Diana Shopping Mall. Kedai ni pun aku terperasan time nak cari Siri Racing memula tadi. Siri Racing turut menjual helmet tapi tak sebanyak kedai ni dan harga disini pun lebih murah. Selain helmet, aksesori penunggang juga turut dijual disini.
|
Sampai melimpah baq hang... |
|
Pakai time mesin rumput pun style .... |
|
Dari fullface sampai helmet kura semua ada boh.... |
|
Dalam banyak2, helmet tengah tuh paling style..boleh buat masuk bank tanpa disound brader guard |
Selesai sudah membeli segala barang keperluan permotoran, aku pun bawak lah Cik Dee pekena kopi dekat Black Canyon di Tesco Lotus Hatyai. Kat Hatyai ni nak cari kedai makan Halal mudah, even lotus tesco pun menyediakan surau untuk ibadah solat. KFC aku tak pasti Halal atau tidak sebab ada ja orang Islam makan tapi yang pasti Mcd sini haram sebab ada jual burger Pork.
On the way nak balik kami sempat lagi singgah pekena somtam tepi jalan sebelum meneruskan perjalan pulang dan call it a day bak kata omputih.
Kepada mereka yang rasa nak maki aku sebab tak bagitau di mana lokasi kedai motor dan helmet tersebut dengan jelas, keep calm & klik map.Dah buat siap bagi hampa semua tengok .Peace!. << Map >>
15 Rangsangan:
salam,helmet tu jual murah dari malaysia ke sama je harga?
Murah dari Malaysia... tapi banyak brand local..
Ade helmet simpson tak bro area situ.
helmet brand simpson ka pattern simpson mcm the stig tuh..? kalo brand tuh memang xda kat kedai yang aku p tuh sebab depa jual brand index dan seangkatan. Tapi mau pattern the stig tuh membe aku kata ada jual tapi aku xjumpa pon.
Bro bawak balik malaysia kena tax x?
tak kena kalau beli sebiji dua, tapi kalau 6-7 biji mungkin kena soal dengan kastam
bro,siri racing tu ade jual barang aksesori skuter x?
Bos... Nak tnya, barang coverset motosikal kawasaki z250 ada jual x kat sana
Cover set yamaha x1r ada jual tak
Salam, kalau nak borong barang ada cara nak bawa masuk malaysia tanpa kastam tak?
Seludup boleh la...
Salam bro. Helmet arc situ harga brp ?
Boleh
saper nk kirim? thaipusam ni aq masuk sana naik keta..
Kirim
Post a Comment