10 April 2013

Redah 1.0 : The Beginning


Persiapan sebenar berlangsung kurang dua minggu sebelum tarikh aku bertolak yang mana tarikh tepat untuk bertolak pun pada waktu itu masih samar-samar memandangkan aku ingat midterm break UUM ni bermakna cuti rehat tapi tak sangka pula banyak assignment yang di beri dan perlu disiapkan sebelum next class.Apapun aku dah perlahan - lahan cari barang yang perlu di pasang pada motor ini bermula dari box belakang sehinggalah kepada tempat meletak GPS.

Quite surprise with  amount of stuff i can load in the 27litres Givi Box.

Kalau ditanya mengapa dengan Yamaha Ego 115cc, jawapannya mungkin kerana aku tidak mempunyai yamaha r1. Hahaha.. tapi yang lebih penting sebenarnya cabaran yang bakal di tempuhi itu sendiri. Bak kata  Edward Abbey “A man on foot, on horseback or on a bicycle will see more, feel more, enjoy more in one mile than the motorized tourists can in a hundred miles.” Walaupun aku masih dalam kategori motorized tapi still a slow moving vehichle. Hehehe..


khemah...Checked!
Dalam trip ni, aku bercadang untuk berkhemah di setiap lokasi yang bakal dituju dan beberapa nama tempat tapak camping telah pun aku list down-kan tapi in case any problem aku akan tuju saja ke budget hotel berdekatan.

12v power supply...Checked!

Untuk memudahkan urusan perjalanan, aku akan menggunakan GPS agar tidak membuang masa sesat sana sini memandangkan aku mempunyai tempoh lebih kurang 5-6 hari sahaja untuk menjayakan misi ini. Kalau boleh memang la aku nak pusing se-rileks mungkin tetapi tuntutan assignment mengatasi segalanya.

Helmet.... Checked!
Route perjalanan untuk Redah 1.0 ini pada plannya adalah : -
  • Day 1 : Kangar - Alor Setar - Bukit Mertajam - Lumut
  • Day 2 : Lumut - Bukit Ampang- Rembau - Melaka.
  • Day 3 : Melaka - Mersing - Kuantan
  • Day 4 : Kuantan - K.Terengganu- Kota Bharu
  • Day 5 : Kota Bharu - Kangar


Share:

0 Rangsangan: