Redah 1.0 : Peninsular Overland Day 2

Monday, April 15, 2013


Aku bangun pada pukul 6.30am pada pagi ini setelah di kejutkan oleh alarm clock. Kalau ikut hati nak aja aku sambung tidur balik tapi memandangkan pada sebelah pagi sejuk sikit nak bawak motor, maka aku pun bangun menuju ke toilet untuk mandi. Toilet untuk para camper terletak dibanggunan yang sama dengan kaunter check in dan ofis chalet,jadi setiap kali berkemban nak ke toilet kena lah lalu depan kaunter. Dari sudut kebersihan, nak kata bersih macam toilet highway PLUS pon tak juga cuma facilities awam, faham-faham lah. Nasib baik aku ni jenis masih boleh bertimbang rasa soal fear factor nih, kalau tak memang  kena jadi tourist aja.

Setelah selesai bersiap, aku pun mengemas khemah dan packing segala barang keatas skuter semula. Ekceli aku masih lagi dalam mode kurang percaya skuter yang dibuat ulang alik ke masjid ni mampu survive untuk hari pertama, tapi nak teruja sangat pun tak berani jugak sebab perjalanan masih jauh. Pada hari ini aku dah ambil pengajaran dari hari lepas dan mula mengenakan sweater dan mask muka untuk lebih protection pada kulit. Mask muka juga penting untuk menapis segala macam debu serta kotoran dijalan raya dari masuk dalam paru-paru aku yang suci ni.

Kesan sunburn hari pertama
Sepatutnya perjalanan untuk hari ke-2 ini adalah dari Lumut ke Melaka melalui Negeri Sembilan, namun semalam bila dalam keadaan tak boleh nak tidur, otak aku mula replanning semula plan untuk trip ni. Perkara menarik tentang menjadi traveler tanpa tourist guide atau secara solo ini adalah ke-flexibility schedule mengikut keadaan atau mood kita. Jadi plan aku hari ini adalah untuk ke Kelana Jaya dan bermalam di rumah kedua family aku disana. Tujuan aku kesana juga ialah untuk nak drop khemah yang aku bawa  memandangkan aku rasa berkhemah agak tidak praktikal untuk trip aku ni kerana aku perlu tergesa gesa sampai ke tapak perkhemahan sebelum hari gelap seperti kelmarin. So bila terpaksa bawak motor secara rempit maka tidak akan tercapailah tujuan utama trip overland ini iaitu untuk menikmati suasana sekitar secara jitu. Selain itu juga, soal keselamatan barang ketika khemah ditinggalkan dan juga ketika aku tidur turut menjadi faktor penyebab.

Ok, jangan bayang rupa orang bersaiz aku bawak motor ni.
Bersarapan di taman reakrasi bersebelahan sebelum bertolak

Ni lah jalan ke Chalet  yang aku cakap horror pada sebelah malam tuh. Dapat bayang ?
Menyusuri jalan Setiawan-Teluk Intan amat menyenangkan mata kerana dapat melihat suasana desa dan kehijaun sawah padi yang terbentang diselang seli dengan ladang kelapa sawit. Aku rasa agak bersyukur tinggal di utara Malaysia kerana di sana selain kawasan yang dibangunkan dan bukit bukau, sawah padi adalah landskap utama disana berbeza dengan kawasan tengah dan selatan Malaysia yang majoritinya adalah ladang Kelapa sawit yang sungguh tak panoramic dan awesome di mata aku.

Laluan Setiawan - Teluk Intan
Teringat pulak suasana sewaktu berbasikal di area Angkor wat, Cambodia tempoh hari.
Green energy - Solar power plant
Matahari dah mula meninggi ketika aku masuk ke Jalan Teluk Intan-Kuala Selangor dan bahang matahari kian terasa. Sebenarnya matahari tak terik sangat memandangkan cuaca berawan tapi tetap panas. Selain factor cuaca, factor jalan yang berdebu ditambah lori besar yang banyak lalu lalang turut menganggu perjalanan aku.  

Terkejut jugak nampak sawah padi wujud di bumi Selangor sebab sumpah aku memang tak tahu. 

Sampai aja area pekan Sekinchan, perut aku mula berkeroncong. Mungkin dek kerana ternampak banyak sangat iklan kedai ikan bakar sekinchan yang pemes tuh. Lagipun kalau hari-hari biasa waktu tengahari macam ni memang aku dah lunch pun. Banyak sebenarnya kedai makan di tepi-tepi jalan namun setiap kali nak berhenti ada aja alasan yang otak aku bagi untuk reject dan cakap jangan berhenti disitu. Orang terlalu ramai lah, terlalu sedikitlah, tiada parking elok lah dan macam macam lagi. See, bila solo kita akan banyak berkomunikasi dengan diri sendiri.Hahaha. Tapi akhirnya aku singgah juga di sebuah restoren yang agak moderate pelangganya memandangkan perut aku dah sound berkali-kali. Lucky tak lucky, dalam banyak-banyak kedai makan, aku berhenti di sebuah kedai makan bernama Warung Ibu (sila google untuk baca reviews) yang pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan cari makan. Tuh pun aku tau kes nampak gambar-gambar yang dilekatkan di dinding kedai.  Kedai makan ni menyediakan nasi berlauk dan beberapa jenis makanan berkuah tapi menu yang menarik perhatian aku tengah hari ini adalah nasi Ambeng. Sebenarnya aku pun tak tahu sangat apa tuh nasi ambeng melainkan ia berasal dari Indonesia maka terpinga-pinga lah aku kat tempat ambil lauk tuh sebelum di-guidekan oleh seorang brader waiter dengan lesson “How to eat nasi ambeng for dummies”.

Nasi Ambeng memang ada letak Mee goreng ek?
Perjalanan di teruskan dengan hati yang riang setelah perut ini kenyang. Sebenarnya aku tak prefer nak makan tengahari sepanjang trip ni memandangkan dengan makan tengahari boleh membuatkan kita mengantuk dan rasa nak hibernate aja. Tapi oleh kerana baki perjalanan aku pada hari ini tinggal hanya kira -kira 70km aja lagi maka aku balun aja makan. Tak sampai 15minit aku memulakan perjalanan dari Warung Ibu, hujan mula turun sebelum para penunggang motor mula berkecamuk mencari perlindungan selain ada yang berhenti untuk mengenakan baju hujan. Aku pula mencari tempat berteduh untuk setup kain canvas bagi menutup beg pakaian dibelakang. 

Aku berhenti berteduh di sebuah carwash tinggal di tepi jalan. Di car wash tuh dah ada sorang penunggang motor yang sudah awal-awal lagi berhenti berteduh disitu. Sempat juga aku borak dengan brader yang dalam usia lewat 30-an tuh sambil membalut beg aku. Dia dari perak dan dalam perjalanan ke rumah kakaknya di mana tempat ntah di Selangor. Dalam raga dia ada beg pakaian yang besar so aku assume maybe dia nak pergi cari kerja di KL la kot. Dalam berborak tuh terdetik juga rasa insaf dalam hati memandangkan aku travel long distance dengan motor atas pilihan sendiri tanpa sebarang paksaan tetapi bagi ramai diluar sana mereka travel long distance dengan motor kerana tiada pilihan. Selesai membalut beg aku pun meredah hujan menuju ke destinasi.

Setup mode water resistant . Nampak tak betapa susah nak bawak khemah di kaki.
Melayang motor ni beb bila kena potong dengan lori. Nasib baik aku berat.
Sedikit cerita, sewaktu aku berhenti di perhentian bas untuk ambil gambar di atas, sebuah perodua kembara tiba-tiba dengan laju berhenti disitu sebelum kelihatan dua orang lelaki cina didalamnya. Lelaki yang di kerusi penumpang kelihatan dalam keadaan cemas dengan darah mengalir di kepala. Kami masing-masing bertentang mata sebelum lelaki yang injured tuh menyuruh rakannya beredar.Apa ke he? Aku pun tak tahu.

Pukul 2 petang aku pun sampai di rumah dengan niat nak cepat-cepat baring sebab mata ni dah memang berat sangat dah lepas pekena nasi ambeng tadi tapi entah macam mana boleh pulak abang ipar aku yang tinggal di situ lupa nak tinggalkan kunci grill walhal kunci pintu dia dah tinggalkan. Boleh bayang tak perasaan mengantuk tapi ada grill berkunci yang menjadi penghalang anda dan katil.Adakah begini perasaan apabila cinta dihalang oleh orang tua? Haha..

(Laluan Day 2 - Setiawan-Teluk Intan-Kuala Selangor-Ijok-Subang-Kelana Jaya)

p/s: handphone nokia yang aku bawak untuk trip ni baru berbunyik mintak dicharge sewaktu artikel ini ditulis.

You Might Also Like

3 Rangsangan

Flickr Images