14 September 2015

Sehari yang malang

Perasan tak akan ada satu hari dimana jika permulaannya tidak kena, sampai ke sudah hari tersebut akan menjadi serba tak menjadi. Kalau tak pernah, bagus lah sebab dalam hidup aku akan ada hari-hari yang sedemikian.

Malang pertama bermula dimana aku menaiki teksi untuk ke Stesen Lrt Kelana Jaya dari rumah aku. Drebar teksi aku pagi ni sorang pak cik melayu yang agak lanjut usia. Aku agak dah 60 lebih usia pakcik ni. Dari gaya sembang pun macam slow aja orangnya. Setiba didestinasi, aku baru sedar yang dalam wallet aku ada RM4 ja. Adeh. So aku pun cerita dekat pak cik teksi dan dia pun dalam percaya tak percaya merelakan aku turun ke stesen untuk cucuk duit di ATM. Aku tanya nak cagar apa2 tak dia cakap tak payah.

Nak dijadikan cerita, ATM hanya mengeluarkan note RM100 ja. Aku tak rasa pakcik tuh akan ada duit pecah sebanyak tuh. Jadi aku pun berusaha ke kedai serbaneka untuk pecahkan. Semua tolak bila tengok item aku tak sampai RM10. Ya lah. Apa benda sangat aku nak sambar dalam tergesa gesa tuh. Takkan nak beli shampoo lak. Aku pilih minuman aja lah. Di kedai serbaneka ketiga baru aku terfikir untuk topupkan aja kad touch n go aku.

Aku pun seluk dalam poket aku yang aku kompom aku masukkan kad TNG sebelum keluar rumah tadi. Kosong. Sudah... mana pulak pergi kad aku taktala keadaan begini. Aku dah terasa lama benar tinggal pakcik tuh. Mesti dia dah syak aku dah tuang. Haha. So entah mana datang aku teringat yang Kad pengenalan boleh di TOuch N GO kan. Alhamdulillah setel dan aku pun bayar extra RM2 dekat drebar sebab memahami. Time bukak pintu teksi aku terperasan kad aku terjatuh di dalam teksi.

-----------------------------------------

Malang ke dua adalah ketika aku nak balik ke stesen KJ dari Mid Valley. Sewaktu melepak di Mid Valley, aku ada simpan power bank dan kunci rumah dalam beg member aku. Entah macam mana aku hanya ambil semula powerbank dan terlupa soal kunci tuh. Lagi 2 stesen nak sampai baru member aku call kata jumpa kunci aku dalam beg. Tak pasal aku kena patah balik ke KL Sentral untuk berjumpa member aku disana.

-------------------------------------------

Malang ketiga, seperti malang pertama, melibatkan drebar teksi. Kali ni drebar teksi takda duit pecah untuk pulangkan balance. Aku kebetulan ada paling kecik not RM50 sedangkan tambang ke Airport hanyalah RM16. Nak tak nak aku pusing beberapa kedai serbaneka gak lah untuk pecahkan. Masing-masing tolak sampailah satu kedai tuh pecahkan. Tapi not paling kecik RM20. Masih drebar teksi tuh cakap takda langsung duit pecah. Taktik atau apa aku tak pasti, last2 aku halalkan aja lah balance RM4 tuh.
------------------------------------------

Malang keempat, aku sampai awal ke airport sebab nak check in beg. Flight dijadualkan 6.50PM tapi 5.30 PM aku dah sampai. Melepak sana, melepak sini, jam pun menunjukkan pukul 6.30 PM. Tidak semena pengumuman dibuat yang penerbangan aku lewat sejam kerana faktor teknikal. Fine...tunggu jalah...Bukan ada pilihan.

-------------------------------------------

Malang kelima, naik saja flight, aku perasan yang aku dapat seat belakang sekali. Pertama kali aku dapat seat belakang sejak bertahun-tahun naik flight. Bagi aku takda masalah sangat sebab aku tak sabar nak pejamkan mata sebab dah kepenatan seharian ke sana ke mari. Selepas lampu isyarat pasangkan tali pinggang kaledar terpadam (skrip pramugari), aku pun terkedek cari butang nak turunkan seat kebelakang sebelum sedar yang seat paling belakang memang takda fungsi tersebut. Maka tegaklah 90 darjah aku sepanjang perjalanan pulang.

-------------------------------------------

Untuk melepaskan kesedihan untuk hari malang ini, aku pun belasah makan XXL western plate di Jitra. Apa nama kedai dah lupa. RM25 siap ada lamb chop, steak dan chicken chop dalam satu pinggan. Begitulah bebelan aku untuk hari ini. Sekian.
Share: