31 December 2012

Selamat Tinggal 2012

Sedar tak sedar, masa berlalu. Bila cuba dikenang balik 2012 aku, agak tak produktif. Tamat semester terakhir di MMU November 2011 dan sekarang hampir setahun setelah habis belajar, still...nothing achieved. But dari sudut perspektif berbeza, masa mendewasakan kita.Sedikit demi sedikit pengalaman baru aku kutip.

Antara kenangan manis bagi aku untuk tahun 2012, backpacking ke Bangkok bersama ex-school aku,mate Imir dan Lan. Mereka dah plan berbulan bulan dan kebetulan satu malam kira-kira 3-4 minggu sebelum nak bertolak aku terdengar mereka berborak. Terus aku angkat tangan nak join.First time merasa naik train seumur hidup aku time trip ni dan sekali harung terus hampir 20Jam. Tapi trip 4hari 3malam ni terasa amat sekejap bagi aku. But no worry, 2013 aku plan nak revisit Bangkok dan harung siem Reap Cambodia sekali.Semoga berjalan lancar.

Selain tuh, pengalaman bermakna bagi aku adalah convocation day aku.Setelah hampir 5 tahun struggle, akhirnya mendapat segulung ijazah. Bila dikenang balik masa mula-mula masuk MMU sampai tamat, terlalu banyak pengalaman pahit manis yang aku lalui dan kalau mampu diulang masa, aku harap nak perbaiki segala kekurangan waktu period ni.Sebab aku rasa banyak benda aku tak full fill sewaktu menjalani life sebagai Student U. Dan pengalaman sepanjang period ni banyak membentuk personaliti dan cara berfikir aku sekarang dan mungkin untuk selamanya.

Banyak lagi benda nak dikenang sebenarnya, tapi memandangkan rakan shisha aku dah on the way untuk sesi NEw YEar Eve malam ni, maka banyak ni sahaja mampu nak tulis.Semoga 2013 menjanjikan kehidupan yang lebih baik untuk alam semesta.

Rumusan Pencapaian aku sepanjang 2012

  1. First time naik train
  2. Degree Convocation setelah sekian lama
  3. First time karaoke feat. Anwar "Sarip"  Mahmod 
  4. First time bancuh shisha sendiri



Share:

02 December 2012

Hatyai Revisit : Chapter 2

Kami tiba di bandar Hatyai kira kira 40 minit kemudian dengan gaya pemanduan santai .Memandangkan masing - masing hanya bersaraan ala kadar sahaja di rumah pagi tadi, kami terus ke kedai makan.Urusan pemakanan di Hatyai tak sukar memandangkan ramai Muslim Thai menetap di sini.Kalau sebut kedai makan Halal di Hatyai mesti semua akan ke Hamid berhadapan Lai Huat Garden.Kedai Hamid ni famous pun kes ia terletak di centre bandar, kira pandai lah Pak Hamid ni pilih port tapi makanannya ok ok sahaja + harga macam makan di Kolompo.Memandangkan makcik aku pernah bawak kakak dan emak aku jalan - jalan cari makan di sini ,maka kami pun pergi ke Kedai makan yang mereka pernah pergi tuh bernama Bung Bow Restaurant (Klik untuk map ) .Bung Bow Restaurant ni terletak di Hatyai Plaza dan aku tak pasti samada pemiliknya Bow Wow atau bukan.Bagi mereka yang tak boleh bertoleransi dengan keadaan sekeliling yang macam Pasar Payang, Terengganu,pergi sahaja Hamid.

Environment nak ke kedai agak slack tapi kedai makannya tak kotor

Menu & harga. 10bhat = rm1.
Koteaw Sup aku,dapat dapat terus aku lupa nak shoot gambar makanan orang lain.
Btw Telur bungkus  sini nokharom sedap,150bhat sahaja plak tuh
Aku tak pasti tuh tempat tolak troli ataupun papan longsor untuk budak - budak.
View sekitar Hatyai Plaza dari tingkat 4



Share:

Hatyai Revisit : Chapter 1

Rasa macam baru aja kat bawah tuh aku post tentang 2 HARI 1 MALAM KE HATYAI : PART 1 tapi posting kali ini bukan lah sambungan pada posting sebelum ni sebab PART 2 , 3 dan 4 semua telah gagal melepasi syarat MALAYSIA CYBER SECURITY. Al maklum lah ,pergi Thailand.Kehkehkeh.Jadi kali ni aku nak bercerita tentang trip terbaru aku ke Hatyai bersama keluarga.Sebelum ni pun kami sekeluarga penah ke Hatyai tetapi menggunakan  perkhidmatan tourist guide >> Sini <<  (WTH! orang Perlis guna tourist guide ke Hatyai..) .Kali ni kami mengambil keputusan untuk ke sana dengan memandu sendiri .

Pukul 9.30 am ,kami sudah terpacak di pekan Padang Besar yang hanya memakan masa 30 minit perjalan dari rumah.Jadi pukul berapakah kami bertolak dari rumah ? Ok,itu soalan sampingan untuk mengerakkan sikit sereberum anda.Tiba sahaja di pekan Padang Besar kami terus menuju ke Pejabat Wakil Insurans Kurnia ,Chong Aik Chang untuk melanggan pakej Insurans peribadi ke sana.Aku pon tak paham sangat bab Insurans ni ,tetapi apa yang aku paham ,semua pemandu Malaysia yang nak memandu di Thailand (kecuali area Padang Besar Thai ) perlu memiliki insurans.rm18 untuk seminggu dan Mrs Chong ni cakap ada satu lagi opsyen pakej rm63 ,Insurans itu cover eksiden sekali tetapi bukan cover kereta kita tetapi cover kereta yang akan kita langgar.Untuk tidak berfikiran negatif ,kami hanya ambil pakej rm18 itu sahaja.Selain menjual insurans, Chong Aik Chang juga menawarkan servis tukaran wang asing.


Chong Aik Chang , Wakil Insurans dan Pengurup Wang
Setelah selesai urusan Insurans, kami terus bergerak ke pintu sempadan.Sebelum sampai ke kaunter pandu lalu imegresen Malaysia, kita perlu melalui satu sekatan jalan raya oleh pihak Polis...part ni aku tak berapa gemar.Sebab Polis ni suka main psiko.Suara nak2 macam sesi soal siasat dalam tahanan pun ada.Aku yang tak bersalah ni pun pecah peluh.Selesai kena psiko,macam biasa cop di Imigresen Malaysia,cop  di sebelah Imigresen Thailand dan declare kenderaan (bawak salinan geran + surat kebenaran memandu dari pemilik jika anda bukan pemilik).Apahal yang kena cop banyak - banyak ni,bumi ni kan milik Tuhan, apahal lu nak halang - halang.Boleh tera tuh? Dah selesai, maka apa lagi,Welcome TO Thailand (nada mesti manja).Ekceli jarak Padang Besar - Hatyai dalam 60km sahaja.Lebih kurang Kangar - Alor Setar.Kalau tau awal - awal memang gua tak main area Alor Setar zaman dulu - dulu.Haha.

Traffic Light kaler sama , jangan risau.Haha.
Perjalanan sungguh smooth ,jalan empat lorong ,kenderaan pun tak banyak.Apa yang aku perasan melalui pengalaman aku, pemandu Thai ni memang suka merembat di atas jalan, tetapi beza rembatan mereka dengan kita, apabila berdepan dengan pemandu yang terhegeh hegeh di lorong kanan, mereka tidak akan mencucuk ala - ala KL Drift tapi akan terus memotong dari kiri bila ada kesempatan.Kalau tak pakai kesudah mereka duduk baik baik kat belakang.Pengalaman aku aja kot.So tak payah pi cuba pulak.Dah memandu di tempat orang tuh, jangan lah pulak buat perangai macam memandu di tempat sendiri.Lagipun banyak juga cerita tak sedap bila kenderaan Malaysia terlanggar orang tempatan ni.Maka berhati hatilah ketika memandu.
Share: