Setelah
selesai bersiap, aku pun mengemas khemah dan packing segala barang keatas skuter
semula. Ekceli aku masih lagi dalam mode kurang percaya skuter yang dibuat
ulang alik ke masjid ni mampu survive untuk hari pertama, tapi nak teruja
sangat pun tak berani jugak sebab perjalanan masih jauh. Pada hari ini aku dah
ambil pengajaran dari hari lepas dan mula mengenakan sweater dan mask muka untuk
lebih protection pada kulit. Mask muka juga penting untuk menapis segala macam
debu serta kotoran dijalan raya dari masuk dalam paru-paru aku yang suci ni.
Kesan sunburn hari pertama |
Sepatutnya
perjalanan untuk hari ke-2 ini adalah dari Lumut ke Melaka melalui Negeri
Sembilan, namun semalam bila dalam keadaan tak boleh nak tidur, otak aku mula
replanning semula plan untuk trip ni. Perkara menarik tentang menjadi traveler tanpa tourist
guide atau secara solo ini adalah ke-flexibility schedule mengikut keadaan atau mood kita. Jadi plan aku hari ini adalah untuk ke Kelana Jaya dan bermalam di rumah kedua family
aku disana. Tujuan aku kesana juga ialah untuk nak drop khemah yang aku bawa memandangkan aku rasa berkhemah
agak tidak praktikal untuk trip aku ni kerana aku perlu tergesa gesa sampai ke
tapak perkhemahan sebelum hari gelap seperti kelmarin. So bila terpaksa bawak
motor secara rempit maka tidak akan tercapailah tujuan utama trip overland ini
iaitu untuk menikmati suasana sekitar secara jitu. Selain itu juga, soal keselamatan barang ketika khemah ditinggalkan dan juga ketika aku tidur turut menjadi faktor penyebab.
Ok, jangan bayang rupa orang bersaiz aku bawak motor ni. Bersarapan di taman reakrasi bersebelahan sebelum bertolak
|
Menyusuri
jalan Setiawan-Teluk Intan amat menyenangkan mata kerana dapat melihat suasana
desa dan kehijaun sawah padi yang terbentang diselang seli dengan ladang kelapa
sawit. Aku rasa agak bersyukur tinggal di utara Malaysia kerana di sana selain
kawasan yang dibangunkan dan bukit bukau, sawah padi adalah landskap utama disana berbeza
dengan kawasan tengah dan selatan Malaysia yang majoritinya adalah ladang
Kelapa sawit yang sungguh tak panoramic dan awesome di mata aku.
Laluan Setiawan - Teluk Intan |
Teringat pulak suasana sewaktu berbasikal di area Angkor wat, Cambodia tempoh hari. |
Green energy - Solar power plant |
Matahari
dah mula meninggi ketika aku masuk ke Jalan Teluk Intan-Kuala Selangor dan
bahang matahari kian terasa. Sebenarnya matahari tak terik sangat memandangkan
cuaca berawan tapi tetap panas. Selain factor cuaca, factor jalan yang berdebu ditambah
lori besar yang banyak lalu lalang turut menganggu perjalanan aku.
Terkejut jugak nampak sawah padi wujud di bumi Selangor sebab sumpah aku memang tak tahu. |
Sampai aja
area pekan Sekinchan, perut aku mula berkeroncong. Mungkin dek kerana ternampak
banyak sangat iklan kedai ikan bakar sekinchan yang pemes tuh. Lagipun kalau
hari-hari biasa waktu tengahari macam ni memang aku dah lunch pun. Banyak
sebenarnya kedai makan di tepi-tepi jalan namun setiap kali nak berhenti ada
aja alasan yang otak aku bagi untuk reject dan cakap jangan berhenti disitu. Orang terlalu
ramai lah, terlalu sedikitlah, tiada parking elok lah dan macam macam lagi. See, bila solo kita akan banyak berkomunikasi dengan diri sendiri.Hahaha. Tapi akhirnya aku singgah juga di sebuah restoren yang agak moderate pelangganya
memandangkan perut aku dah sound berkali-kali. Lucky tak lucky, dalam
banyak-banyak kedai makan, aku berhenti di sebuah kedai makan bernama Warung
Ibu (sila google untuk baca reviews) yang pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan
cari makan. Tuh pun aku tau kes nampak gambar-gambar yang dilekatkan di dinding
kedai. Kedai makan ni menyediakan nasi
berlauk dan beberapa jenis makanan berkuah tapi menu yang menarik perhatian aku tengah hari ini adalah nasi Ambeng. Sebenarnya aku pun tak tahu sangat apa tuh nasi ambeng
melainkan ia berasal dari Indonesia maka terpinga-pinga lah aku kat
tempat ambil lauk tuh sebelum di-guidekan oleh seorang brader waiter dengan lesson “How
to eat nasi ambeng for dummies”.
Nasi Ambeng memang ada letak Mee goreng ek? |
Perjalanan
di teruskan dengan hati yang riang setelah perut ini kenyang. Sebenarnya aku
tak prefer nak makan tengahari sepanjang trip ni memandangkan dengan makan tengahari
boleh membuatkan kita mengantuk dan rasa nak hibernate aja. Tapi oleh kerana baki perjalanan aku pada hari ini tinggal hanya kira -kira 70km aja lagi maka aku
balun aja makan. Tak sampai 15minit aku
memulakan perjalanan dari Warung Ibu, hujan mula turun sebelum para penunggang
motor mula berkecamuk mencari perlindungan selain ada yang berhenti untuk
mengenakan baju hujan. Aku pula mencari tempat berteduh untuk setup kain canvas
bagi menutup beg pakaian dibelakang.
Aku berhenti berteduh di sebuah carwash tinggal di tepi jalan. Di car wash tuh dah ada sorang penunggang motor yang sudah awal-awal lagi berhenti berteduh disitu. Sempat juga aku borak dengan brader yang dalam usia lewat 30-an tuh sambil membalut beg aku. Dia dari perak dan dalam perjalanan ke rumah kakaknya di mana tempat ntah di Selangor. Dalam raga dia ada beg pakaian yang besar so aku assume maybe dia nak pergi cari kerja di KL la kot. Dalam berborak tuh terdetik juga rasa insaf dalam hati memandangkan aku travel long distance dengan motor atas pilihan sendiri tanpa sebarang paksaan tetapi bagi ramai diluar sana mereka travel long distance dengan motor kerana tiada pilihan. Selesai membalut beg aku pun meredah hujan menuju ke destinasi.
Aku berhenti berteduh di sebuah carwash tinggal di tepi jalan. Di car wash tuh dah ada sorang penunggang motor yang sudah awal-awal lagi berhenti berteduh disitu. Sempat juga aku borak dengan brader yang dalam usia lewat 30-an tuh sambil membalut beg aku. Dia dari perak dan dalam perjalanan ke rumah kakaknya di mana tempat ntah di Selangor. Dalam raga dia ada beg pakaian yang besar so aku assume maybe dia nak pergi cari kerja di KL la kot. Dalam berborak tuh terdetik juga rasa insaf dalam hati memandangkan aku travel long distance dengan motor atas pilihan sendiri tanpa sebarang paksaan tetapi bagi ramai diluar sana mereka travel long distance dengan motor kerana tiada pilihan. Selesai membalut beg aku pun meredah hujan menuju ke destinasi.
Setup mode water resistant . Nampak tak betapa susah nak bawak khemah di kaki. |
Melayang motor ni beb bila kena potong dengan lori. Nasib baik aku berat. |
Sedikit cerita, sewaktu aku berhenti di perhentian bas untuk ambil gambar di atas, sebuah perodua kembara tiba-tiba dengan laju berhenti disitu sebelum kelihatan dua orang lelaki cina didalamnya. Lelaki yang di kerusi penumpang kelihatan dalam keadaan cemas dengan darah mengalir di kepala. Kami masing-masing bertentang mata sebelum lelaki yang injured tuh menyuruh rakannya beredar.Apa ke he? Aku pun tak tahu.
Pukul 2 petang aku pun sampai di rumah dengan
niat nak cepat-cepat baring sebab mata ni dah memang berat sangat dah lepas pekena
nasi ambeng tadi tapi entah macam mana boleh pulak abang ipar aku yang tinggal
di situ lupa nak tinggalkan kunci grill walhal kunci pintu dia dah tinggalkan.
Boleh bayang tak perasaan mengantuk tapi ada grill berkunci yang menjadi
penghalang anda dan katil.Adakah begini perasaan apabila cinta dihalang oleh orang
tua? Haha..
(Laluan Day 2 - Setiawan-Teluk Intan-Kuala Selangor-Ijok-Subang-Kelana Jaya)
p/s: handphone nokia yang aku bawak untuk trip ni baru berbunyik mintak dicharge sewaktu artikel ini ditulis.
(Laluan Day 2 - Setiawan-Teluk Intan-Kuala Selangor-Ijok-Subang-Kelana Jaya)
p/s: handphone nokia yang aku bawak untuk trip ni baru berbunyik mintak dicharge sewaktu artikel ini ditulis.
3 Rangsangan:
Best giler naik motor pusing2 malaya...
khemah kat kaki tu okey.. :D asal boleh sumbat..
pusing europe mcm ang lg best bro...xhangat..haha
ada khemah susah nak angkat n letak kaki setiap kali berhenti trafficlight..
pusing europe biasa je .. huhuuu..
kalau aku msti bawa btg pancing sekali.. nmpk mcm ada port je nak baling umpan hahaha.. :P
Post a Comment