07 March 2013

Siem Reap,Cambodia - Bangkok,Thai Travelog; Part 7

Kami bangun tak berapa nak awal pagi tuh memandangkan sedap betul aircond Asok Montri Hostel ni. Memula terasa sungguh tak beraspirasi traveler bila bangun lewat time melancong begini, tapi rupa-rupanya roomate kami yang lagi 5 orang pun semua masih enak diulit mimpi tetambah budak Jepun di bawah katil AJ yang tidur dengan senyum lebar. Mimpi Maria ozawa barangkali. Asok Montri turut menyediakan sarapan simple iaitu roti jem dan kopi 3in1. Memandangkan roti aku ada sikit lagi, maka aku bersarapan aja roti yang ada. Boleh tahan jugak roti Malaysia ni berjalan. Setelah siap wangi-wangi, kami pun bergerak ke BTS stesen untuk menaiki train ke stesen BTS Chit Lom memandangkan aku bercadang nak usha-usha baju ka seluar sehelai dua di Platinium Mall. Lagipun tengahari nanti AJ dah nak balik ke Malaysia sebab esok Jumaat dia kerja.   So bagi la dia peluang shopping jugak sebelum balik. Aku pun tak pernah lagi sampai Platinium mall ni tapi berdasarkan bacaan di internet orang cakap sini kedai pakaian ibarat Jatujak Market tapi versi Mall.


Sebelum pergi Platinium Mall, kami singgah dulu ke Pratnum Market. Pratnum market ni adalah market macam pekan rabu cuma satu tingkat sahaja. Tak besar sangat dan sungguh tak awesome untuk anak-anak muda macam kami. Fesyen pakaian di sini pun nampak tak uptodate tapi mungkin heaven bagi makcik-makcik. 


Fesyen anak muda yang paling uptodate pun barangkali hanyalah tshirt  gangnam style.
Selepas 15 minit pusing dalam Pratnum Mall, aku pun ajak AJ chow pergi Platinium Fashion Mall yang terletak kira-kira 100 meter di seberang jalan. 

Aku tak tahu samada isu ini telah dibangkitkan atau belum di Parlimen Thailand, cuma ternyata Platinium Fashion Mall mengamalkan diskirimasi gender secara terang - terangan. Cuba tengok sendiri direktori area pakaian lelaki dan wanita di dalam Platinium Fashion Mall ni. Dalam banyak-banyak tingkat, bahagian lelaki separuh level 4 ja beb dari Mall yang besar gedabak ni. Tak patut ....
Kalau aku adalah perempuan, mesti aku akan berlari - lari dengan ketawa riang sambil medepakan tangan di lorong ini. Kepada kaum lelaki pula,Aku nasihatkan, sila drop sahaja bini anda di sini dan blah balik sambung tidur di hotel. Sehari pun belum tentu habis mereka tawaf. Tapi disini banyak kedai berkonsep borong macam GM Klang. Sehelai pun jual cuma lagi banyak kuantiti yang di beli lebih murah harga per pakaian. See, aku tak pandai bab nak menerang macam cikgu ni. Muka-muka Malaysia pun ramai di sini. Aku cam pun sebab cara pemakaian tudung wanita Thailand, Malaysia dan Indonesia menampakkan perbezaan yang agak ketara.
In the end aku dan AJ hanya masing-masing membeli sehelai t shirt seorang sebelum kami naik lunch di foodcourt level 6 yang ada satu kedai makanan Halal. Aku tau pun sebab tanya seorang akak penjaga kedai bertudung litup ni.  Aku order nasik beriani ayam yang beharga 110bhat untuk mendapatkan tenaga yang jitu manakala AJ hanya cukup dengan 2biji Tika dan puree yang berharga 180bhat.
Selepas makan merupakan detik sedikit menyedihkan sebab AJ dah nak blah dan tinggal lah aku sorang - sorang meneruskan adventure ini. Apakan daya, dia kena kerja hari Jumaat yang tak berapa jam aja tuh. Selepas bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal, AJ pun blah pulang mengambil barang perkakasnya di Asok Montri sebelum ke Airport manakala aku pula bercadang nak ke next mall pula memandangkan jam baru pukul 1.00 tengah hari.

Aku pun berjalan sorang- sorang ke Central World yang terletak tak jauh dari Platinium Mall. Area ni shopping mall memang dekat antara satu sama lain. Nak tau sila tengok google map. Jam di Bangkok tak jauh beza dari Kuala Lumpur.
Sampai di Central world, kelihatan ada satu event yang meriah di luar sebab aku tengok ada pentas dan muzik dah macam konsert sure heboh. Orang pun ramai situ. Maka aku dengan segak bergaya bawak kamera DSLR pun buat-buat gaya wartawan terjah tengok event yang berlangsung. Benda pertama aku jumpa adalah brader-brader kat bawah ni tengah bertanding acara memandu ikut trek kon ni..kira autokhana versi motor la..

Kemudian aku pun berjalan menuju ke pentas tempat pengacara berpung-pang2 cakap Thai yang sudah semestinya aku tak paham. Lepas tengok motor Honda merata-rata aku pun assume Honda buat pelancaran model baru motosikal mereka la kot. Siap ada model tuh, dan dari situ baru lah aku tahu yang bila anda bawak DSLR, automatik para model akan posing untuk anda. Hahaha. Aku pun apa lagi, berlakon la gaya wartawan konon tekan amik gambar padahal setting apa semua berterabur. Maklum lah, semua dah tak stabil time ni.Kahkah.
Dah puas pusing kat luar tengok show dari Honda ni, aku pun masuk ke dalam Central World Mall untuk meneruskan niat sebenar iaitu nak usha barang sikit - sikit.

Masuk aja dalam Central World, dah terasa macam masuk muzium motor, Rupa-rupanya, sedang berlangsung Bangkok 5th Bike Festival 2013 yang bermula dari 30 Januari sehingga 5 Januari. kira time aku pergi ni baru hari ke-3 festival berlangsung.


Selain motosikal berkuasa tinggi, segala macam aksesori turut di jual. Sebagai bekas mat rempit yang telah kembali ke pangkal jalan, memang perasaan teruja tuh ada tapi ya lah, nak usha lebih - lebih pun serupa duit aku banyak sangat. Hahaha. Tapi sempat jugak aku beli merchandise dari booth organizer. 

Waktu ni juga aku mula mencungkil minat baru dalam seni fotografi. Kehkeh. Patut la ada sorang member aku ni, sejak start amik gambar model di autoshow terus sampai sekarang tak berhenti memburu gambar model. Maklumlah, yang jadi model rupa dah macam Miss World, pastu muka senyum sokmo sambil posing seksi. Time ni bila aku renung-renung aku rasa ada hikmah juga AJ dah blah, satu, aku tau dia memang tak minat motor, lagi satu aku pun tak pasti samada dia minat perempuan. Tapi Alhamdulillah sepanjang duduk dengan aku takda perkara buruk menimpa. Lagipun aku dah prepare pepper spray. Hahaha.

Selesai sudah dengan soal duniawi, aku pun bergerak ke Masjid Darul Aman untuk menunaikan solat jamak. Untuk ke sana kena naik train di stesen BTS Siam yang terletak kira - kira 200 meter dari Central World dan perlu turun di stesen BTS Ratchathewi. Ala..1 stesen ja beza, tapi nak jalan mengah jugak la dengan kaki aku dah mula sakit sebab melecet. Dari stesen BTS Ratchathewi, aku pun menapak kira - kira 500 meter sebelum mula nampak beberapa restoran makanan Islam. Dari situ aku dah pasti yang Masjid Darul Aman sudah pasti tak jauh . Masjid Darul Aman ni terletak di Soi 7 Phetchaburi. Segan-segan jugak aku nak masuk masjid ni memula sebab aku pakai seluar pendek tiga suku. Pakcik janggut atas motor di gambar bawah jeling semacam ja bila aku masuk. Mungkinkah dia ada ternampak kegiatan sumbang aku di Cental World tadi? Huh

Soi 7 ni bagi aku lebih pada lorong daripada jalan sebab jalan dia kecil aja. Di sepanjang jalan ini terdapat warung - warung serta gerai menjual makanan halal. Terasa aman sikit hati bila di kelilingi saudara seagama .
Sempat jugak aku pekena hot dog bakar di sini. Komunikasi agak mudah memandangkan sesetengah mereka boleh bertutur bahasa Melayu seperti Mak Cik jual hot dog bakar ni. Boleh pulak aku pi tanya Halal ka tak walhal mak cik tuh pakai tudung. Dalam keadaan tersengih dan mungkin sedang mengata " apa bangang sangat budak....." dalam hati, mak cik tuh pun menjawab "Halal2"... Hahaha.
Disebabkan tiada meja atau kerusi di sediakan, aku pun duduklah bertenggek di tangga 7E bersebelahan. Berdekatan aku ada beberapa orang makcik-makcik yang tengah sibuk bergosip barang kali. Anak-anak kecil mereka pula sedang aktif bermain kejar sana sini. Sesekali mereka di hon motor yang lalu lalang. Terasa meriah suasana di sini. 

Kenyang sudah, aku pun menuju ke stesen train BTS Ratchathewi semula untuk ke Stesen BTS Jatujak pulak. Niat aku hanya sekadar nak melepak ambil feel di Jatujak park. Petang - petang ramai orang lepak bersantai tepi tasik di Jatujak Park sambil ada peniaga datang menjual makanan burung dan ikan selain tikar yang turut boleh di sewa.

Bila dah mahgrib aku pun pulang ke Asok Montri Hostel untuk membersihkan diri dan berehat. Traveler yang menginap di sini kebanyakan belum balik lagi. Sempat juga aku bersembang dengan sorang roomate aku dari Jepun. Lupa pulak apa nama dia yang pasti bukan Sunio. Muda lagi orangnya. Dia cakap dia datang dengan 3 orang lagi rakan dan menghabiskan masa selama sebulan untuk tour satu Thailand dan mereka bercadang singgah di Bangkok selama seminggu. Jeles aku tengok semangat mengembara mereka.

Agak kekeringan idea untuk aku menjalankan aktiviti malam secara solo. Nak sewa escort girl pun tak mampu plak. Haha. Maka menapak aja aku ke area Nana yang semalam aku dah pergi dengan AJ. Demi sebiji kebab.

Kalau ikutkan badan ni dah letih sebab menapak sana sini hari ni tapi aku perlu menyiapkan plan dan research serba sedikit untuk esok. Masa ni lah nak mengasah balik bakat membaca map macam zaman pengakap dulu-dulu.

Share:

2 Rangsangan:

Dr.Haji Ex's said...

taliban kayuh gerek .. hahaha..

Anep said...

Bom dalam beg tuh..