21 March 2013

Ubat Kuat Memori Katanya....

Pagi ni aku bangun dengan perut yang lapar memandangkan semalam makan sebelum maghrib. Sebulan dua ni, aku cuba menjalani gaya pemakanan yang sihat di mana pengambilan makan malam dilakukan sebelum pukul 7 atau 8 malam kalau boleh memandangkan badan kita mengambil masa dalam 2-3 jam untuk mencerna makanan yang kita makan. Dan proses pencernaan ini tidak elok kalau berjalan time kita tidur memandangkan boleh mengakibatkan saluran jantung tersumbat. So bayangkan kalau anda makan malam pada pukul 9pm atau 10pm dan kemudian masuk tidur. Lagipun malam tidak perlu makan - makanan berat memandangkan kita tak akan menggunakan tenaga yang banyak sebab just nak tidur. Kalau nak cerita bab pemakanan memang tak cukup satu post hahaha... Selalunya aku akan makan malam pada waktu petang memandangkan lepas Isyak aku selalu ke gym, maka akan ada masa untuk badan mencerna makanan sebelum senaman dilakukan. Makan kemudian bersenam juga tidak elok ya tuan2 dan puan2.

Orang Melayu ni bagus dari segi agama sebenarnya, kalau dikaitkan sedikit produk dengan agama,
maka mereka mudah berminat.


Berbalik soal sarapan, sebelum ke pejabat aku pun singgah beli bihun goreng sebungkus di warung berhampiran rumah. Memandangkan bihun goreng jenis longgok, makan dapat ajalah lauk secebis fishcake dan seekor ikan bilis tapi Alhamdulillah, dapat juga makan berbanding mereka yang tak bernasib baik di luar sana. So sambil makan sarapan, sempat juga lah aku membaca iklan di pembalut surat khabar bihun tersebut yang bertajuk " Kini penghafazan Al-Quran menjadi mudah dengan M*** Plus Gold" sambil menunjukkan gambar pengguna yang berpuas hati beserta lampiran keputusan SPM mereka. Sebenarnya banyak lagi produk sedemikian di pasaran dan setiap kali meilhat iklan produk-produk tersebut, pelbagai persoalan akan bermain di minda aku.

Persoalannya, bagaimanakah mereka mengukur keberkesanan ubat mereka memandangkan daya ingatan, IQ dan segala macam yang menjerumus kearah kejayaan seseorang adalah satu pemboleh ubah variable yang boleh berlaku atas bermacam faktor.Contoh Kalau makan produk IQ ni tapi study cincai boleh cerdik? dan macam mana kalau pengguna memang jenis IQ tinggi dan dalam masa sama mengambil ubat ini adakah mereka sememangnya berjaya kerana ubat ini ini? Selain itu ada juga ubat yang menjerumus kepada penggunaan ayat Al-Quran kononnya ditulis atas  pinggan menggunakan dakwat tertentu dan dilarutkan dalam air untuk diminum dan menjamin kekuatan minda dan menerangkan hati. Bagaimana kita nak jamin yang setiap botol air yang di jual telah melalui proses seperti di gembar-gemburkan?

Teringat pula aku pada dialog Arwah Din Beramboi dalam rancangan Sawancara Pagi Di ERA satu ketika dahulu, ( Boleh dengar di sini )

" Ayat penerang hati katanya, tulis atas pinggan...tulis atas gayung......gayung tuh taknak pulak dia makan....." 
Hahaha... Seboleh - bolehnya kita nilai dahulu betul - betul setiap produk sebelum kita beli agar tak tertipu. Mungkin penggunaan kismis dan omega segala macam yang telah terbukti oleh kajian sains di samping mengamalkan ayat - ayat Al-Quran adalah lebih baik berbanding produk yang tidak mampu dibuktikan dengan tepat keberkesanannya.


Share:

0 Rangsangan: