Beraya Sebagai Dewasa

Monday, July 20, 2015

Pertama kali aku sedar yang aku sudah "remaja" adalah apabila mak aku mula menukar cara amarah dari pukul dengan rotan kepada marah dengan mulut. Lama jugak aku ambil masa untuk sedar yang "eh..dah lama ya tak kena rotan.." . Kemudian, aku sedar yang aku sudah "dewasa" apabila sudah mula diberi ruang memberi pendapat taktala makcik - makcik dan pakcik - pakcik bersidang. Tiada lagi "halau-an" yang diterima. Lagi makin sedar bila dah mula boleh jeling pak cik-pakcik yang jenis buat perangai potong que etc. Haha..

Banyak benda yang seronok bila sudah mula boleh mencorak perjalanan hidup namun dalam banyak-banyak keseronokan, ada nikmat lain yang mula ditarik sedikit demi sedikit. Salah satunya adalah Hari Raya. Tahun demi tahun, Hari Raya mula terasa hambar. Tiada lagi kegirangan nak pakai baju raya baru, tiada lagi congakan ramalan kutipan hari raya tahun ini, tiada lagi nafsu berbelanja shopping raya dan macam-macam lagi.

Tahun ni merupakan tahun pertama beraya dengan baju melayu beli sendiri dan tahun pertama tak dapat duit raya langsung. (haha..serius ni) Ini menambahkan lagi tahap perasaan kedewasaan aku yang makin melanjut. Raya tahun ni pun harap baju melayu saja yang baru, yang lain aku pakai saja baju harian. Nafsu shopping dah makin hilang. Kalau zaman budak-budak dulu hari raya ke-2 dan ke-3 masih pakai baju baru yang sudah di"set" awal-awal jadual pemakaianannya.


Yang hairan bila zaman budak-budak teringin macam-macam tapi takda duit, bila dewasa dah punya duit, nafsu berbelanja pulak hilang. Itu lah kehidupan.....

You Might Also Like

0 Rangsangan

Flickr Images