Redah 2.0 : Indonesia ( Aceh - Medan - Jakarta - Bandung - Yogyakarta ) Day 4

Saturday, May 09, 2015


Bila dapat duduk atas kerusi empuk Sempati Star, aku terus rasa nyaman, aman dan tenang. Empuk sungguh kerusi bas ni. Even lebih empuk dari katil Hotel 61 yang aku tinggal. Hati aku berbisik “ apa lagi yang aku nak, this should be a good night”. Nak melihat pemandangan luar pun gelap gelita, jadi aku pasang mp3 player dan menyandarkan badan cuba untuk tidur.

Ku sangka enak hingga ke malam, rupanya asap ditengah perjalanan. Keenakan aku tidur tiba-tiba terganggu dengan bau asap rokok. Seriously, brader seat belakang aku dengan slumber isap rokok dengan layannya. ( Aku baca dalam blog indo kemudian hari,rupanya merokok dalam bas aircond adalah perkara biasa disini). Aku waktu ni dah pening dan sakit hidung terpaksa menyedut asap berkepul. Bayangkan asap berkumpul dalam bas aircond yang tertutup. Redha aja.

Aku ingatkan tuh the worst case for the night, tak lama kemudian aku dapati bas mula melalui kawasan berbukit. Pernah tengok cerita InitialD atau try search video “touge” di Youtube, macam tuh la sebijik drebar bas ni bawak. Laju ya ampun. Aku waktu ni dah mula loya mana dengan bau asap rokok masih menusuk hidung. Muntah dah naik sampai pangkal leher. Sekarang aku dah paham kenapa diselitkan plastik kecil dalam poket depan seat. Aku tak risau sangat bab muntah, sebab dalam bas ada toilet. Tak lama kemudian terdengar bunyi orang muntah dari seat depan. Aku try bertahan selagi termampu.

Sedar tak sedar aku terlelap lebih kurang dua jam. Bangun dari kelelapan, rasa loya dah hilang. Bas dah tak lalu jalan berbukit tapi melalui jalan kecil seperti jalan-jalan kampung di Malaysia. Kelajuan? Aku dah terasa macam naik ERL waktu ni. Serius. Bersimpang siur bunyi pokok-pokok dan kenderaan dari arah bertentangan. Dalam melalui kampung, ada juga lalu pekan-pekan kecil. Yang aku hairan, pukul 3-4am pekan masih meriah dengan orang ramai. Warung dan kedai makan masih dipenuhi pelanggan dan yang paling pelik kedai Handphone pun masih banyak yang buka.

DAY 4

Lebih kurang pukul 7 pagi WIB, bas pun tiba di Terminal Bas Medan. Sepanjang perjalanan selepas aku bangun dari lelap aku dah tak tidur-tidur sebab risau melihat bas dipandu laju seolah sempat pula aku nak get ready kalau nak accident pun. Walaupun aku seram naik bas ni, tapi aku tetap berdoa agar lewat sampai kerana masa untuk check in hotel lambat lagi.

Sebenarnya terminal ni bukan terminal bus Bandar Medan tapi terminal bas milik syarikat Sempati. Ala-ala Terminal Sani Ekspress di Klang.

Oleh kerana masih ada 6 jam sebelum waktu check in, aku ambil keputusan untuk menapak aja ke hotel bagi membuang masa. Jarak hotel dari terminal adalah 8 KM. Kalau kat Malaysia kompom aku tak buat macam ni, tapi aku jadikan ini sebagai latihan untuk Viper Challenge nanti.

Orang Medan pun tak bangun tidur lagi

Pada mulanya aku ingat papan tanda bunga-bunga ni sebagai ucapan takziah tapi rupanya ucapan Tahniah kepada pengantin baru. Hampir sepanjang 1km terdapat papan tanda mengucapkan tahniah pada mempelai sehingga ke Hotel tempat upacara.


Berehat sebentar lepas 5km menapak, waktu ni pingggang aku dah mula sakit galas beg berat.

Pukul 1 pm aku pun dah berada di Hotel Garuda Citra Medan. Pada mulanya terdapat sedikit masalah kerana pihak hotel tak boleh mengesahkan tempahan aku kerana internet down namun akhirnya brader service desk ni benarkan aja aku check in.

Waktu ni aku dah memang letih dek kerana hanya tidur 2jam semalam, dah 24 jam tak baring betul-betul dan dengan menapak 8km mengusung backpack 12 kg. Masuk saja bilik, aku terus down. Sebagai backpacker aku tak kisah sangat bab tempat-tempat nak berlabuh ni, tapi hotel 2 bintang yang aku tinggal ni memang teruk. Tak patut dapat bintang. Segala macam usang. Bilik pun berbau perabot lama. Tahu kan bau perabot lama? Cadar bertompok dengan kesan apa aku pun tak tahu, aircond season dan shower pun barai. Mungkin dek kerana tak cukup tidur, aku rasa down dengan suasana begini. Kalau diikutkan hati aku nak terus check out, tapi memandangkan aku dah betul-betul penat, jadi baring dan lelap dulu. Aku tidur berlapikkan towel.

Bau hapak perabot lama menusuk kalbu

Bangun dari tidur aku terasa ok sikit walaupun hanya dapat memejamkan mata selama 2 jam. Lepas bangun aku terus bersiap dan keluar untuk makan. Hujan renyai membasahi bumi medan. Jadi aku mengambil becak untuk ke Sun Plaza, mall terbesar di Medan.

Sebenarnya aku pilih mall besar kerana selepas 4 hari travel sendirian, kesunyian mula terasa. Tapi menyesal juga pilih mall ni sebab orang ramai banget. Restoran dan café semua dipenuhi pelanggan. Kalau ada meja kosong pun, kena duduk rapat dengan meja sebelah. Pusing dan pusing, aku terjumpa hanya satu restoran yang tak ramai orang iaitu Ayam Penyet Ria. Alaa.. Ayam Penyet Ria yang bersepah di KL tuh.



Lepas makan, aku try cari café untuk melepak minum sambil nak research perjalanan aku lepas ni. Oleh kerana tak surut-surut juga pengungung di café-café dalam mall ni, aku ambil keputusan untuk menapak ke mall berdekatan.

Aku lepak di Coffee Bean pekena ice blended RM 22. Erk. AKu rasa macam kat Malaysia tak semahal ni. But apa yang aku rasa kelakornya, dek kerana nak berjimat ambil hotel murah, aku terpaksa melabur separuh dari harga bilik untuk melepak di Café sebab tak tahan nak duduk bilik.

Untuk halatuju selepas ni, aku ambil keputusan untuk skip Bukit Tinggi kerana untuk kesana dari Medan, aku perlu menaiki bas dengan melalui laluan berbukit yang memakan masa selama 22 jam. Ouch! Aku dah serik nak naik bas waktu ni. Kalau nak naik flight ke sana, kos pula meningkat dan macam tak berbaloi bila baca yang Bukit Tinggi ni ala-ala Cameron aja. Takkan aku nak menung tengok view sorang-sorang disana kan. Dan oleh kerana time ni aku dah betul-betul rasa “benci” dengan kota Medan, maka aku terus beli tiket flight ke Jakarta keesokan pagi. Sebenarnya bukan MEDAN tak best, tapi mungkin dek kerana letih, tak cukup tidur,frust dengan hotel, rindu bini, rasa sunyi dan ditambah cuaca medan yang suram (kerja hujan/mendung memanjang), maka aku ter-“period” sorang-sorang kat sini…haha.

You Might Also Like

0 Rangsangan

Flickr Images