09 May 2015

Redah 2.0 : Indonesia ( Aceh - Medan - Jakarta - Bandung - Yogyakarta ) Day 3

Jam dah menunjukkan pukul 8 WIB waktu aku tersedar. Jadi rasa malas pula nak keluar breakfast diluar. Bagi aku breakfast yang feeling adalah makan sewaktu oang lain bertebaran keluar kerja atau mencari makanan macam aku. Akhirnya aku breakfast percuma yang hotel sediakan. Breakfast yang disediakan oleh pihak Hotel memadai lah. Yang penting ada kopi atau teh panas dah cukup bagi aku.

Plan pada hari ini adalah hanya nak melawat Muzium Tsunami. Kalau diikutkan ada lagi tempat yang dikatakan wisata, tapi bagi aku setakat taman atau rumah lama macam tuh tak rasa rajin la nak pergi. Cuma agak teruja bila dapat tahu ada taman bernama Taman Putroe Phang yang dinamakan sempena permaisuri Sultan Aceh yang berasal dari Kesultanan Pahang.

Oleh kerana aku perlu check out pada pukul 12 WIB, maka lebih afdal aku sambung guling atas katil sebab selepas dah check out, aku ada 9 jam tanpa tempat berteduh sementara menanti bas ke Medan. Padahal hanya Muzium Tsunami yang aku nak pergi dalam jangka masa tuh.

Pukul 12 WIB aku pun check out. Nasib baik backpack aku yang 7kg tuh boleh ditinggalkan di lobi hotel. Jadi aku pun keluar lenggang. Nasib tak baik, kat luar hujan. Kalau ikutkan dekat aja Muzium tuh, disebabkan tiada pilihan, aku terpaksa naik becak dengan tambang rp20,000. Waktu ni aku masih tak tahu rate sebenar. Maka naik saja.

Muzium Tsunami yang dibina hasil sumbangan masyarakat Antarabangsa
Agak terkejut bila dapat tahu dari petugas kaunter yang masuk adalah percuma. Aku siap tanya sekali lagi betul kah percuma sampai staff disitu cakap ” iya.. kok kamu suka yang percuma atau bayar ?” dengan nada jenaka. Beg tidak dibenarkan masuk, tetapi disediakan bilik penyimpanan beg dimana kadar bayaran adalah seikhlas hati. Serius aku tak tahu nak cakap betapa mereka tak mendesak bab duit dari pelancong. Yang mendesak adalah penjual cenderamata diluar perkarangan muzium. Tapi ngak papa, hanya bagi isyarat tak nak mereka takkan ganggu.

Masuk – masuk dah terdengar layunan ayat-ayat suci Al-Quran sewaktu melalui lorong gelap enterance dimana pada bahagian dinding terdapat air mengalir turun.Syahdu. Baru 20minit aku mutar di ruang pameran yang paling awal, pengumuman pun dibuat yang muzium akan ditutup selama 2jam sebagai menghormati solat Zuhur. Adeh.


Nasib baik cafe tak tutup, dapat lah jugak melepak makan minum sambil baca buku tentang Indonesia yang aku beli di MPH


Melepak pula dikolam sambil rakam video underwater guna kamera SJ4000. Waktu ni dapat kawan baru, saudara Aidil yang datang tegur aku tanya2 pasal kamera SJ ni.


Selepas muzium dibuka, aku pun cepat- cepat explore. Takut kang masuk waktu Asar tutup pula sekali lagi. ( yang ni aku tak pasti).

Gambaran Tsunami


Gambaran kesan tsunami di Masjid Baiturrahman



Gambaran keadaan diatas kapal Apung atas bumbung


Komposisi bahan pameran di Muzium Tsunami lebih kurang gini kayaknya, 50 % terdiri dari foto-foto bencana, 25% adalah barang asli kesan tsunami manakala lagi 25% adalah objek berunsur interaktif. Objek berumsur interaktifnya memang nampak menarik namun sayangnya tidak diselenggara dengan baik jadi banyak yang sepatutnya interaktif menjadi statik. Rosak gitu. Bagi aku mereka sepatutnya charge sedikit harga tiket yang boleh digunakan bagi tujuan maintenance.

Oleh kerana cuaca pun dah tak hujan, aku menapak sahaja ke Masjid Baiturrahman untuk solat sebelum meronda di Pasar Atjeh yang terletak bersebelahan masjid. Sewaktu aku solat, aku perasan yang ada seorang remaja lelaki ni solat berdekatan aku. Yang mana agak pelik sebab dalam masjid yang luas dan besar tuh dekat-dekat aku jugak dia nak solat. Selesai bagi salam, dia pun bagi salam sebelum bangun mendekati aku sebelum meminta sedikit uang nak makan bla… bla... Patut la. Apa yang aku nampak di Aceh ni tak ramai pengemis yang berkeliaran, boleh dikira dengan jari. Yang ramai pun ketika sembahyang Jumaat. Tapi mereka tak ganggu orang. Jadi tak la rasa rimas macam di Cambodia sana nuh.

Pasar Atjeh
Yang aku perasan banyak jual kain tudung, baju kurung, telekung etc. Memang port makcik-makcik shopping. Nasib baik gue tak bawak orang pompuan.





Lepas ke Pasar Atjeh aku dah tak tahu nak kemana, jadi terus ke hotel ambil backpack aku dan melepak di King O Donut sambil menanti nak ke Terminal Penumpang Banda Aceh. Bas aku malam ni pukul 9.30 WIB. Sekarang baru pukul 7.00 WIB.



Di kota Aceh setiap kawasan parking kenderaan dijaga lelaki memakai vest seperti brader ni.


Pukul 7.30 WIB aku yang dah letih dan bosan menganga di King O Donut pun mendapatkan becak untuk ke Terminal Penumpang Aceh.


Cuak juga memula tuh sebab GPS tunjuk arah lain tapi drebar becak bawak arah berlawanan. Banyak kali aku tanya supir dan abang supir pun dah penin mana sebenarnya aku nak pergi. Atlast aku cakap bawak aja ke stesen bas yang boleh ke Medan. Rupanya dia pusing jalan jauh sikit tak lalu jalan dalam kota. Mungkin nak elak trafik.
Sebenarnya dari hasil bacaan aku, aku bayangkan yang terminal bas Aceh ni baru dan moden. Rupanya macam stesen bas Shahab Perdana selepas dibadai Tsunami. Serius. Aku difahamkan banggunan tuh dah lama tapi rupanya macam banggunan tak siap. Gerun tengok. Dah la aku sampai waktu Maghrib. Nyamuk pun tengah sedap hurung aku yang menenggek tepi Musollah. Waktu ni aku dah memang letih dengan badan rasa tak selesa sebab peluh menapak siang tadi. Tak sabar nak naik bas dan tidur.

Disebabkan banyak lagi masa selepas selesai jamak, maka aku pun ke toilet untuk mandi-mandi ayam. Rasa tak sanggup aku nak tidur masam-masam gini. Agak pelik penjaga toilet sebab aku bayar dulu sebelum masuk tanda aka kamar kecil. Orang lain masuk dulu baru bayar. Masuk aja toiletnya, aku macam nak lari keluar dan samak.

Aku ni bukan jenis orang yang hygiene sangat. Kiranya takat jumpa “bendaasing” dalam makanan aku boleh jek keluarkan dan sambung makan. Even anak lipas sekalipun. Lagipun kecik-kecik dulu, dah jadi tugas aku kutip tahi fresh adik kecil aku yang tak reti berak dimangkuk jamban dan terpaksa berak dilantai. Jadi aku ni dilahirkan boleh tolerate kotor2 ni. Tapi tidak dengan tandas Aceh.

Bayangkan dengan lantia basah, dinding berlumut, berdaki dan segala bagai, siling penuh sawang dan segala macam. Kebetulan aku masuk toilet ada kolah mandi, dalam kolah jangan cakap. Sehinggakan tempat paling bersih untuk aku letak backpak adalah atas tong sampah yang penuh sampah. So disini aku nobatkan tandas stesen bas Aceh sebagai tandas ke 2 paling jijik aku pernah masuk. Tempat pertama masih pada tandas stesen bas Padang Besar Thai. Dek kerana nak segar punya pasal, aku mandi jugak laju guna air paip. Berus gigi kumur air mineral.

Bahagian terminal yang paling selesa
Sewaktu menanti bas Sempati Star aku jalan, aku sempat berborak dengan staff syarikat Sempati yang kebetulan pernah bekerja sebagai buruh di KL. Bukan main brader tuh cakap KL dengan aku. Dengan nada Eeee…Eeee… Tapi paham la bila lidah indon nak buat cakap KL. Yang member sorang lagi pun buat mengajuk. Haha. Gamaknya gitu la kot orang Indon dengar bila aku buat-buat cakap Indo.

Bas sini besar-besar macam double decker tapi hanya setingkat. Aku ada terbaca yang orang Aceh memilih sikit bab bas. Jadi kalau servis tak baik memang tak boleh survive sesuatu kompeni tuh.

Bas Aceh merupakan bas terbaik aku pernah naik. Dengan dalaman yang luas, dapat selimut, dapat mineral, dapat roti. Dah macam seat business class Boeing. Bagasi yang diletakkan dibawah bas ditagkan sama macam time check in bagasi kapalterbang. Selain tuh ada toilet. Tapi nasib la sapa yang dapat kerusi sebelah toilet.



Share:

0 Rangsangan: