25 May 2009

RIWAYAT HIDUP SEORANG KEREPEK

Hi,nama saya mohamad hanif b harun,panggil saya joe.Saya ialah seorang penganalisis separa pro.Saya tiada kaitan dengan mana mana gadis mongolia ataupun VVIP.Yang saya analisis hanyalah rakan rakan yang kesunyian.Suspek hari ni ialah En Kerepek.Saya mengenali En kerepek sejak 2007 sewaktu di Melaka.Encik kerepek suka berjaga di malam hari dan tidur berselebung selimut disiang hari.Desah desus mengatakan beliau adalah batman tetapi tidak mungkin sebab batman sebenar terbukti ialah ialah kuyu (http://betmen.wordpress.com), Mungkinkah beliau vampire?tidak juga kerana beliau lebih suka minum air apel dan takut melihat darah serta cupcake.Kadang beliau akan mengikut rakan rakan serumah keluar makan,kekadang beliau lebih suka mengunci diri di bilik dan akan mengambil masa untuk membuka pintu dengan muka separa cemas.Maklumlah orang share bilik,sukar mempunyai privacy.

so mari kita merungkai masalah abang kerepek kita satu persatu

Sila baca luahan hati en kerepek dahulu di

Analisis saya:
1. En kerepek tidak boleh menyalahkan perempuan melayu berisi sebab saya rasa punca sebenarnya ialah en kerepek yang kurang isi yang menyebabkan jika perbandingan dibuat en kerepek akan kelihatan tak ubah seperti model kariktur nightmare before christmas.Saya sudah beberapa kali menawarkan lemak saya untuk didermakan kepadanya tetapi beliau menolak.
2. Bagaimana en kerepek mahu perempuan melayu bergelak ketawa dengan menutup mulut jika en kerepek sendiri pun menguap tak ubah seperti hipopotamus.Saya mengenali seseorang yang ketawa menutup mulut,beliau berumur 40-an .En kerepek boleh menghubungi saya jika berminat.
3. Apakah yang menggusarkan en kerepek kerana bagi saya en kerepek sungguh kaya raya sekarang sehinggakan mampu menggukan komputer apel.En kerepek menyebut tentang tidak suka keluar bershopping tetapi jika cha mengajak en kerepek keluar ke shopping kompleks terkemuka,en kerepek sanggup datang dari jauh.Saya meragui status kecenderungan en kerepek.
4. En kerepek menyatakan mempunyai teman wanita memakan kos yang banyak.Ini tidak benar sama sekali kecuali dalam kes cha yang terbukti memerlukan maintainance tak ubah seperti memiliki BMW 5series.Bagi saya,kos yang mahal ialah sewaktu peringkat permulaan sebagai wang investment.Ia seperti mana mana bisnes MLM yang memerlukan modal dan bila sampai masanya,en kerepek hanya perlu menuai hasilnya.
5. Encik kerepek mahu tunggu sehingga en memiliki wang yang mengcukupi terlebih dahulu,adakah ini bermakna encik kerepek akan terus menagih kasih sayang cha untuk jangkamasa 5-6tahun lagi ?
6. Encik kerepek mengatakan kawan kawan yang berteman agak sukar diajak melepak.Ini tidak benar kerana semasa awal semester lepas,saya melawat en kerepek hampir setiap malam selama seminggu sehinggakan menjejaskan pretasi semasa saya.Adakah masih tidak cukup pengorbanan ini?
7. En kerepek perlu berhenti mebandingkan cha lebih baik dari saya kerana situasi kami berbeza.Cha menjalinkan hubungan jarak jauh dan sudah tentu sentiasa kegersangan manakala encik kerepek pula sentiasa kesunyian makan sudah tentu cha lebih mampu memuaskan en kerepek.Lagipun status kecenderungan cha juga masih samar dan ada desah desus mengatakan cha bercinta hanya sebagai helah mengaburi pandangan masyarakat.

Kesimpulannya en kerepek patut berhenti menyalahlan kesemua faktor diatas dan keluar dari tempurung.Encik kerepek tidak boleh terus menanti seseorang seperti liah dezon mahupun sora aio kerana mungkin dihayat akan datang encik kerepek tidak lagi akan dijelmakan sebagai manusia lagi dan silap haribulan mungkin berakhir sebagai kacang sepat dan dimakan saya.Oleh itu encik kerepek perlu menghentikan demand demand yang tidak ubah seperi Hindraf ini.


Share:

2 Rangsangan:

Gak® said...

Bagaimana en kerepek mahu perempuan melayu bergelak ketawa dengan menutup mulut jika en kerepek sendiri pun menguap tak ubah seperti hipopotamus

aku stuuju...

Anep said...

yaa..
lagi satu jika encik kerepek menguap,bukan setakat lalat sahaja,malah burung layang layang sekalipun akan tersedut ke dalam hidung encik kerepek..hahahahah