09 May 2009

Satu Hari Dalam Sejarah

Diakhir akhir semester,memang sudah menjadi lumrah di MMU melihat kelas kelas seperti di sekolah Palestin semasa diserang Israel.Bilangan pelajar boleh dikira oleh budak berumur 3 tahun tanpa banyak masalah.Sebagai seorang pelajar yang cemerlang,sudah menjadi tugas aku menghadiri kelas tanpa mengira samada kedatangan diambil atau tidak.Semua itu tidak penting bagi aku,yang penting,ilmu yang akan dibawa sehingga ke mati.keh3.Ekceli harini aku ada kelas tutorial sejam sahaja dan memandangkan aku tiada aktiviti lain dan akan bosan melihat muka kuyu seharian dirumah,aku mengambil keputusan untuk ke kelas merasa aircond,kat rumah ni bahang semacam.

Ketika sampai ke kelas,jam menunjukkan aku telah lewat 20minit,tercungap cungap jugak walaupun naik lif.Dengan berdebar pintu dibuka,ekor mata ku pantas target tempat paling selamat dari kena tuju tuju dengan lecturer.Alih²,kelas tak start lagik sebab hanya ada 3 orang students sahaja termasuk aku.So kelas ditangguh sehingga pukul 3.30 memandangkan slot terakhir kelas untuk hari ni 3.30.So aku pon lepak la dengan lecturer,2 orang lagik dah blah.Baik punya alasan membe call lupa kunci la..Macam2.So aku lepak borak2 dengan lecturer sampai pukul 3.30,sekali sunyi sahaja.Tiada siapa yang muncul.Dalam hati aku dah memang maki2 semua orang,dah la aku tak buat langsung soalan dan tak tau apa langsung.

So nak tak nak,lecturer pun start kelas dengan aku satu satunya student.Last sekali aku berada dalam situasi sebegini ialah pada tahun 1997 ketika aku berada di darjah 3.Ketika tuh aku mengikuti kelas fardu ain dipetang hari.Entah macam dirancang,semua bebudak tuang kecuali aku pelajar tercemerlang.Sedih tengok muka lecturer,dah la sembang sembang tadik dia cerita dia ulang alik dari Seremban ke Cyberjaya setiap hari dengan travel selama hampir 50minit.So untuk menghilangkan kesedihan beliau,takkan aku nak sua bontot pulak,so aku pon menjadi pelajar terbaik.Nasib aku jugak,Entah macam mana subjek macroeconomics yang aku study semalam hampir sama sahaja dengan soalan chpater 11 kelas Statistic ni.Tanpa masalah banyak,semua soalan aku angkat tangan walaupun memang tiada orang lain yang nak angkat tangan haa..Dalam sejarah jugak kelas tamat dalam masa 15minit sahaja.Kompom A++++ dalam tangan

Share:

3 Rangsangan:

Anonymous said...

smpt lg kutuk aku.. hampeh..
wei.. hg x mau balik bkn sbb aku ada.. tp hang malu nk pakai seksi2 dgn rumet br hg kan? haha..

Anep said...

gila betmen,nak kena spray ridsect dgn chap kott

mior188 said...

kepala hotak kau pelajar cemerlang!!!
hahahahaha!!!