18 May 2009

15 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM

Sejak sekian lama sibuk bermesyuarat di KLCC,Tan Sri Anwar Mahmod ( http://bobobuatblog.blogspot.com/ )akhirnya sempat meluangkan masa on YM! dan promote blog sabulnya.Saudara Anwar ni aku kenal sejak darjah 1 lagik time sekolah seri indra dan beliau sampai sekarang menjadi insan contoh di mata parents aku.Jikalau parents aku memerlukan contoh pelajar berjaya diantara member member aku,confirm Anwar calon tunggal.Nak harap DD, Amin,Kelvin mahupun Pak Choh tolak tepi lah,dah terang terang jahat mengajar aku tuang sekolah .Tidak dinafikan beliau amat aktif dengan segala aktiviti sekolah sehingga menjadi ketua untuk beberapa kelab dan juga mewakili sekolah dalam beberapa acara sukan.Kecemerlangan beliau diramal berterusan oleh bomoh siam yang mampu meneka jenis motor dengan menghidu asapnya,.Tetapi mampukah beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya dengan segala pencapaian beliau? ikuti kupasan saya selaku penganalisis politik member member didalam '15 Dalil Mengapa Anwar Mahmod Tidak Boleh Jadi PM' .

15 Dalil Mengapa Anwar Mahmod Tidak Boleh Jadi PM

1. Beliau mudah cemas
ini tidak baik dikala situasi Malaysia di ambang kemelut atau krisis kerana beliau akan menjadi orang pertama terbang ke Hong Kong untuk suaka politik.
2.Beliau masih tidak mampu berdikari diusia 7 tahun
ini menunjukkan beliau memerlukan bantuan luar sekiranya masalah melanda
3. Beliau sungguh pantas beredar
Ini tidak elok dikala parlimen membentangkan bajet 2024 ,beliau akan mencapai kunci dalam masa 2milisaat dan terus beredar sambil berkata 'aku balik dulu'.
4. Beliau pantang dikutuk keturunan
Ini boleh menimbulkan kekecohan seperti membaling pasu ke kepala ketua pembangkang di parlimen jika pihak pembangkang mengutuk keturunannya.
5. Beliau akan berdengus sekira dikutuk
Ini sudah pasti sesuatu yang tidak sihat untuk mikrofon di parlimen dan akan memerlukan wang pembayar cukai untuk membaikinya.
6 Beliau tidak dapat melupakan cerita lama
Masalah dalaman akan menganggu tugasnya maka tak hairanlah jikalau Pulau Langkawi pun akan menjadi milik Singapura jika kes dibawa ke ICJ.
7. Beliau kuat makan nasi kandar , air berkabonat dan tidak makan sayur
ini dijangka memendekkan jangka hayat beliau akibat segala penyakit angkara obesiti maka rakyat perlu membayar untuk kos istiadat perlantikan Perdana Menteri seterusnya
8. Beliau memandu lagenda tanpa stripe
Ini menunjukkan beliau seorang yang tidak berjiwa seni maka tidak hairanlah jikalau semua banggunan di Malaysia hanya dibenarkan dalam bentuk petak petak
9. Beliau anggota geng ikan ganas
Ini bercanggah daripada undang undang tubuh negeri yang melarang perdana menteri dari menganggotai mana mana persatuan termasuk persatuan ikan (bukti:rujuk dibelakang kereta kelisanya )
10. Beliau mempunyai tulisan bak kaligrafi
Ini menyukarkan proses memeterai perjanjian perniagaan dianatara negara negara dan tidak mustahil tulisan beliau perlu dkaji ahli kaji mesir purba terlebih dahulu
11. Beliau memuja band A.C.A.B (all cop are bastard )
Sudah tentu Jabatan Polis akan ditutup dan digantikan oleh home guard
12. Beliau susah dipanggil keluar ketika di rumah
Ini dijangka merumitkan segala urusan rasmi seperti lawatan delegasi luar negara dan pelabur untuk berjumpanya
13. Beliau suka ayam ayam ayam
Sumber ayam Malaysia akan dikawal beliau dan rakyat malaysia hanya dibenarkan makan mee maggi perisa ayam sahaja
14. Beliau sudah terbiasa memandu porshe
Semua kenderaan rasmi kerajaan ,Proton Perdana dijangka ditukar kepada porshe panamera dengan menggunakan duit hasil penat lelah rakyat
15. Segala rahsia animal instinct beliau didalam genggaman aku
Ini merupakan point utama mengapa anwar mahmod tidak boleh menjadi PM kerana beliau perlu memberi segala projek mega dan tender tender kepada aku dahulu demi menutup rahsia rahsia ini.


Share:

4 Rangsangan:

iman said...

nice story........ lucu la korg ni..........drp situ nampak sgt korg mmg rapat kn.......tp boley ker anip jd pm:-?

wana said...

hahahahahahaha

Kalam Hitam said...

hahaha! cool~

blog yg best. simple tapi 'dalam'...

bro, gua nk add link blog lu kat blog gua bleh?

Anep said...

@iman
mmg rapat tapi takda la sampai macam sukma dermawan..hehe

@wana
selamat datang

@kersani
sila2..wat macam blog sendiri..