26 May 2009

AKU SEBUAH SATRIA

Nama saya satria.Saya bukan berketurunan jawa.Saya dilahirkan diMalaysia hampir 10tahun lepas.Bapa saya melayu,ibu saya pula berasal dari jepun tetapi 90% darah yang mengalir dalam diri saya ialah darah jepun tetapi kualiti saya kualiti Malaysia.Saya mempunyai 2orang abang.Abang pertama bernama 1.8 GTi,beliau paling kacak dan perkasa antara semua,abang kedua saya pula ialah 1.6,rupanya biasa biasa seperti saya tapi berkemampuan lebih dari saya dan beliau agak sukar dijumpai.Dalam ketiga tiga orang adik beradik,sayalah yang paling lemah tetapi jika dibandingkan dengan abang abang saya,saya mampu pergi lebih jauh daripada mereka walaupun memakan masa.

Suatu hari saya menyusuri lebuhraya dengan kelajuan biasa biasa sahaja memandangkan jantung saya tidak mampu mengepam darah seperti abang sulung saya.Ketika saya berada dilorong kanan,saya dapat mendegar deruan bunyi yang kuat dari belakang,merdu sungguh bunyinya. Makin lama makin dekat.Tak lama kemudian,kelihatan silauan cahaya,saya ke tepi,Wow,abang ferrari,beliau amat populor berasal dari Itali.Sungguh pantas.Kalau lah saya abg ferrari."Ahhh,tak mungkin"kataku dalam hati sambil mengambil semula lorong kanan.Dalam fikiran tak sabar nak sampai destinasi.Lamunan saya terhenti apabila satu cahaya lagi kelihatan,oh,abg golf gti,beliau orang Jerman,patut la kencang sungguh larinya dan saya kekiri.Selepas itu,saya ke kanan semula.Tak sampai seminit,lampu bersinar lagi dari belakang,oh!,abang skyline rupanya,beliau orang jepun asli,pantas dan garang,saya ke tepi memberi laluan tanda hormat.Tak lama kemudian saya mengambil posisi asal,terkejut saya belum sempat panas tar,satu lagi kilauan cahaya,ahh,abg sulungku rupanya,1.8 GTi,beliau kebanggan keluarga.Saya memberi laluan tanda bersaudara.Sungguh mantap dan kacak,bila besar saya mahu jadi seperti dia lah getus hati saya.

Sambil tersengih sengih memikirkan masa depan,saya masuk semula ke lorong asal.Tenang menikmati pemandangan,angin sepoi sepoi bahasa,burung berkicaun.saya termengelamun sejenak dibuai angan angan.Bayangan bermain lari lari dengan abang ferrari melayang dalam fikiran"ahh,mustahil,setakat adik adik kecil boleh la aku buat buli..hihihi," ketawa saya membayangkan adik adik kecil menangis ditinggalkan saya jauh jauh.Tanpa disedari satu kilauan putih yang menyilaukan mata saya ,apa jenis makhluk yang menyilaukan ni.Saya cuba memerhatikan ke belakang dalam keadaan pening pening,tak berapa nampak,saya pun memberi laluan,mungkin ini Mercedes,orang kaya Jarman. Brruu..Brruu..bruu..sayup sayup hilang dari pandangan.Errk..adik kancil ?

Share:

1 Rangsangan:

BaWaNg_mErAh_jAmBu said...

ko ni cakap mengarut lah