30 May 2009

Satu Hari Yang Cemas

Seorang pemuda leka melihat seorang kanak kanak cuba membeli air di mesin minuman.Sambil ketawa,pemuda itu mendekati budak lelaki itu.

"bukan macam ni dik... ," sambil pemuda itu memasukkan duit kedalam lubang syiling mesin.

Ke ting tang ting ting tang .. mencurah curah wang syiling keluar dan pemuda itu tergesa gesa menadah.

"WooW..macam mana abang buat ? ," tanya budak lelaki itu dengan penuh teruja.Pemuda itu hanya tersengih dengan perasaan bangga.

Tiba tiba muncul satu suara garau " Oiiiiiii.... ,"

Budak lelaki itu bertempiaran lari,manakala pemuda itu terpinga pinga dicekik kolar lehernya oleh seorang lelaki gelap tegap bertshirt biru gelap.Dalam keadaan cemas,pemuda itu pun cemas,maka dalam kecemasan tersebut ,pemuda itu melemparkan kesemua syiling itu ke muka lelaki tegap itu dan pemuda itu lari bertempiaran.Dalam usaha melarikan diri,muncul pula Rahim (bukan nama sebenar) dan Karim (bukan nama sebenar ) dalam keadaan cemas jugak.

 "apahal lu pun gelabah macam gua ?? ," getus hati pemuda itu tetapi beliau tidak ambil pusing,matlamatnya hanya hendak keluar dari pusat membeli belah itu.Rahim dan Karim mengikutnya.Mereka lari meniti setiap anak tangga dengan pantas.

"Ahhh..ada guard pulak," jerit pemuda itu.

Dalam keadaan kalam kabut,mereka sampai juga ke level G tetapi terdapat dua pintu dihadapan.

Rahim yang gelabah menjerit "pintu sanaaa...ehhh...situ ,"

Disaat genting sebegitu,pemuda itu sudah tidak mahu fikir panjang,lalu diredah pintu A manakala Rahim dan Karim tunggang langgang ke pintu B.Kelihatan seorang lelaki bengis berpistol berlari mengejar pemuda itu.Dibuka Pintu A,pemuda itu ternampak tangga lain pula dan disebalik tangga itu terdapat stor penyimpanan cleaner,tanpa berfikir panjang dibuka pintu itu dan pemuda itu menyorok.Dengan jantung berdengup kencang,pemuda itu membatukan diri sehabis mungkin.

kruuukk..kruukk..pintu stor ditolak sedikit demi sedikit,muncung pistol jelas kelihatan.Pemuda itu pucat lesi . Namun belum sampai separuh jalan,pintu ditutup kembali.Pemuda itu mengeluh lega.

Tiba tiba, *PLOP* Karim muncul disebelahnya.Dalam keadaan hairan,pemuda itu masih dalam mood malas tanya banyak .Dia pun membuka pintu stor dengan berhati hati, ehh..tetiba terdampar padang ragbi dipenuhi player player yang bersiap hendak bermain dan kelihatan kenderaan berderet diparking ditepi padang.Pemuda itu yang masih terpinga pinga melangkah keluar dengan Karim pantas menyusul.

"ehh mat,lu jaga M3 gua baik baik tau.. ," seorang player berbadan tegap tiba tiba menghulurkan kunci berkey chain BMW kepada pemuda itu.

Maka pemuda itu pun menghidupkan enjim M3 bersama Karim yang terdiam dikerusi penumpang dan memandu pergi sambil player tegap itu masih menjerit memesan " jaga elok elok , "

---------------------------

ntah hapa hapa mimpi aku 




Share:

2 Rangsangan:

Fiziy said...

ah kau, kalau dah tdo memang tanak igt pape! hoho

Adam said...

stailo kot.