Kisah Teladan Seorang Pemuda Separa Warak

Sunday, May 24, 2009

Disini aku ingin bercerita sedikit tentang kisah seorang pemuda.Disebuah kampung yang aman damai,terdapat seorang pemuda yang agak kacak.Pemuda tersebut bukan tak alim,alim,cuma kurang rajin untuk menunaikan sembahyang berjemaah dimasjid .Tetapi memandangkan setiap pukul 7.00pm beliau menerima mesej pesanan ringkas yang  tak pernah suscribed pun berbunyi seperti "dah boleh2 balik kot" , "ingat tuhan sama la " , " esok sambung lepak " dan sabagainya.Maka pemuda itu terpaksalah merajin rajinkan diri ke masjid menyertai bapa dan adiknya.Tapi lama kelamaan sudah menjadi satu kebiasaan malah menyeronokkan pula bagi pemuda itu melihat telatah orang orang lamo bersembang.

Pada suatu petang,adik pemuda tersebut telah mengajaknya ke masjid menunaikan fardhu asar.Pemuda itu memang jarang sangat mengerjakan fardhu asar di masjid ni,tetapi mengenangkan dengar dengar cakap orang orang kampung mengatakan anak tok imam ni cun jugak orangnya,maka pemuda itu mengigihkan diri juga ke masjid,Mana tahu ada rezeki boleh jugak bermertuakan tok imam,maka pemuda itu pun mengenakan pakaian masjid dan menuju ke masjid bersama adiknya.

Apabila sampai,pemuda itu bergegas mendapatkan kedudukan saf yang paling berdekatan dengan tok imam agar kehadirannya disedari.Selepas mengambil port yang dikira paling dekat dengan tok imam selepas hieraki orang orang kuat masjid yang lain ,pemuda itu pun tersenyum gembira sambil mengangkat takbiratul ihram.Selesai imam memberi salam ,pemuda itu pantas berzikir dan mengangkat tangan tinggi tinggi berdoa makin tinggi apabila melihat imam memusing mengadap makmun.Selesai mengaminkan doa,pemuda itu pantas menuju ke sudut masjid dan lantas mengangkat takbiratul ihram dengan harapan bertambah kagum tok imam masyarakat kampung terhadapnya memandangkan pemuda sebayanya kebanyakkan membuang masa diwarung atau merempit tak tentu hala.Maka bertambah cerahlah peluangnya mengorat anak tok imam.

Beberapa minit kemudian,pemuda itu sudah merasa sedikit kelainan,keadaan tidak seperti selalunya seperti ketika dia menunaikan sembahyang maghrib.Pemuda itu semakin cemas apabila ekor matanya dapat mengesan banyak mata mata dihadapan memandang kearahnya.Beliau terus mepercepatkan segala rukun dengan bacaan tunggang langgng dan selesai sahaja memberi salam,beliau terus keluar ke parking menunggu adiknya yang menyertai makmum lain mendengar ceramah pendek tok imam.Apabila adiknya datang,soalan pertamayang terpacul keluar dari mulut adiknya ialah "abang sembahyang apa tadi selepas sembahyang asar?sembahyang asar tadak sembahyang sunat la," .Terus pemuda itu memecut laju motosikalnya tanpa melihat kirikanan.

Sehingga sekarang pemuda itu sering tertanya dalam dirinya agak agak tok imam atau makmun lain percaya atau tidak yang mungkin beliau menunaikan solat hajat ataupun solat sunat isthikarah.

You Might Also Like

2 Rangsangan

Flickr Images