PIMP MY RIDE

Friday, May 29, 2009

Setelah sekian lama menunggu habis peperiksaan final,akhirnya aku dan kakak aku pun meneruskan projek-projek yang terbengkalai selama ni.Kakak aku nak tukar bumper gen2 nya manakala aku pulak nak tukar lips dan spoiler GTi yang aku pasang hari tu.Biasala,memula dapat kereta dulu belum ada pengalaman pasang pasang bodykit dan maybe luck tak kena,aku dapat unit yang defect.Setelah call dan confirmkan order,kami bergerak ke Shell Bandar Manjalara sebab dah janji dengan seller nak COD sana.Terpaksa la bawak 2biji kereta sebab aku nak test spoiler baru dulu kat kereta aku sebelum beli manakala nak bawak bumper terpaksa la masuk dalam Gen2 sebab satria aku ketot.Selepas tol penchala,aku memecut laju dengan 0-100km/h dengan hanya memakan masa 70saat sayup sayup meninggalkan gen2 ungu nampak garang tetapi lembut enjinnya.


Ntah cemana dalam map google earth nampak jauh aja lokasi u-turnnya tapi laluan sebenarnya dekat aja,maka terlajaklah kami.Dalam mencari u-turn baru,aku tersempak dengan Helang Lebuhraya,PDRM punya EVO X,dalam tuh aku nampak 4 orang polis control2 hensem dapat memandu keta sport.Selalunya kereta peronda dua orang ja polisnya maybe yang dua orang lagik kat belakang beriya iya nak ikut testing.Apa apa ja la mat.Maka setelah 5minit menunggu di Shell Manjalara,seller pun sampai dengan menaiki Toyota Wish hitam bertinted Agong.Setelah proses testing2 sikit,aku angkat lip manakalah kakak aku angkat bumper,spoiler pula cancel sebab lebih kurang sahaja dengan yang aku beli sebelum ni.

Lepas siap masukan dalam kereta,kami bertolak pulang ke Kelana Jaya dan terus menuju ke kedai abang untuk memasang bumper.Lip aku tunggu lain hari sebab nak selesaikan masalah spoiler dulu.Nak beli yang Ori macam makan modal jugak,nak cat lagik.Adeh.Selepas proses tawar menawar,dapat la rm65 untuk upah pasang.Hasilnya


Kalau malam malam maybe la boleh tertipu kata Subaru Impreza bila kena cucuk dari belakang,tapi try cucuk balik,mesti kantoi kata gen2 auto..hahahha


dah nampak macam kura kura pulak kereta aku tanpa spoiler

kepada mereka mereka yang nak beli bodykit and confuse nak angkat PU or Fiber,sila baca advantages and disadvantages PU and Fiber

Secara peribadinya aku prefer PU untuk bumper tak kira depan dan belakang manakala untuk sideskirt,Fibre punya dah ok lain la kalo main drift.Lip satria aku beli sebelum ni jadi macam meleding kerana baca #10 PU .So kali ni aku test angkat fibre punya pulak,tapi kena hati hati sikit la lepas ni kalau lalu laluan curam dan nak parking.Entah kenapa petang ni panas takda mood pulak nak tulis berbunga bunga.Hanif Harun melaporkan dari kandahar,Italy.

You Might Also Like

0 Rangsangan

Flickr Images