12 May 2009

Berita Dari Kangar


Berita Hari Ini: Jumpa motor RM70,000

KANGAR: Penduduk kampung terpaksa melipat kaki seluar mengharungi lumpur untuk menahan dua suspek mencuri motosikal yang cuba bersembunyi dalam petak sawah sebelum membelasahnya hingga menyebabkan suspek terbabit dikejarkan ke hospital, malam kelmarin.


Dua lelaki berasal dari Tanjung Piandang, Perak itu sebelum itu dilihat melaram dengan motosikal berkuasa tinggi bernilai lebih RM70,000 yang dicuri di Taman Seri Firdaus di sini, kira-kira jam 7.50 malam.

Bagaimanapun, kelibat dua lelaki itu dikesan penduduk yang bertindak mengejar hingga mereka hilang arah dan memasuki laluan mati, berhampiran Pusat Matrikulasi Arau, dekat sini.

Pemilik motosikal, Nizam Yusof, 33, berkata seorang suspek bertindak membaling topi keledar ke arah adik iparnya ketika cuba melarikan motosikal jenis KTM 950 cc yang dibelinya enam bulan lalu dalam pagar rumah di Taman Seri Firdaus.

“Adik ipar saya melihat kelibat empat lelaki dalam sebuah kereta Perodua Kancil berhenti di depan rumah dan dua lelaki ini kemudian memasuki laman rumah untuk mencuri motosikal dengan menggunakan kunci khas.

 “Dia menjerit meminta tolong hingga menyebabkan salah seorang suspek membaling topi keledar menyebabkan dia ketakutan dan bersembunyi di dalam rumah,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, di sini.

Ahli Kelab Gapura Bikers bertindak memaklumkan kecurian kepada rakan mereka bagi meminta bantuan sebelum seorang rakan mengesan dua supek menunggang motosikal di kawasan Arau menghala ke Changloon

--------------------------------------------------------------

Bagi aku,pencuri tuh sepatutnya membuat kertas kerja serta research tentang negeri Perlis terlebih dahulu sebelum mencuri motosikal berkuasa tinggi tersebut .Ini kerana di Perlis berapa kerat sangat yang pakai motosikal canggih2 camtuh,aku rasa pun tuh satu satunya motosikal KTM kat Perlis.Kalau pakai Blade250 pon dah habis gempak macam bawak Ducati.Setakat nak spot motor motor camtuh hilang bukan susah sangat.Oleh itu aku mencadangkan pencuri itu hanya mencuri Ex5 sahaja selepas ini.

Share:

0 Rangsangan: