Exam

Thursday, May 07, 2009

Diakhir akhir semester ni,memang memacam menda nak kena setel sebelum final exam.Assignment yang bersepah pun time ni la nak kena berkejaran mintak pinjam sana sini nak tiru,nak harap buat sendiri,kelas pun masuk boleh bilang dengan jari.Dah masuk pun belum tentu paham.Sampai sekarang kalau orang tanya aku ambik subjek apa semester ni,aku still tak leh jawab dengan konfiden apatah lagik kalau orang tanya nama lecturer mahupun code subjek.Online notes pun bersepah nak kena print untuk study sebelum final.Dan minggu ni juga kami kena berdebat setelah sekian lama tertangguh.Sapa menang jangan tanya la,sampai menangis pihak goverment suruh kami stop memberi hujah hujah yang bernas lagi mantap.Lecturer tanpa perlu memikir panjang terus memghadiahkan kami gelaran juara untuk sesi tersebut.Kemungkinan bangun awal berak dan sempat bersarapan telah memberi aku semangat yang membara untuk maki orang.So kuyu dan chap sudah boleh bolehlah mengisi borang penarikan diri dari skuad debat MMU .


Hidup,seperti biasa penuh dengan ranjau lagi lagi dekat dengan final exam ni.Tak tahu kenapa mungkin umat melayu telah dikurniakan tuhan dengan sifat yang maha malas.Setiap kali nak buka buku study,akan ada sahaja benda yang datang di benak fikiran agar melengah lengahkannya.Time tuh jugak la pelbagai persoalan seperti dimana maria ozawa dilahirkan? apa gosip terbaru ? berapakah bilangan kabinet mexico ? akan berlegar legar diminda aku dan tanpa banyak soal tangan aku akan menanyakan encik google yang akan memberi berjuta jawapan yang boleh menyesatkan aku diserata tempat.Bak kata pepatah esok masih ada.Perangai zaman sekolah menegah sentiasa masih ada.Time tuh seminggu sebelum exam semangat menggunung nak study,tapi bila nak start,kata hati asyik sebut esok la,esok la, sehinggalah malam sebelum exam.Sehari sebelum exam,mesti akan kata malam ni aku study habis habisan.Bila malam pula,hati berkata esok pagi bangun awal awal pukul 3-4 pagi study ,time tuh sunyi,ilmu masuk.Bila jam dah melalak pukul 4 pagi,mata memang jangan harap nak bukak.Sambung tidur dengan harapan selepas mandi sebelum ke sekolah sempat lagik study sikit.Bila dah pagi lepas mandi,akan terfikir pulak baik ke sekolah dan study disana leh tanya member2.Sampai sekolah,bila dah jumpa member2 ,mula la pung pang pung pang sampai la cikgu cikgu dah terjerit suh masuk dewa peperiksaan.Time tuh,hati akan berkata 'tiru aja orang sebelah'.

Mungkin kalau zaman sekolah dulu aku study seminggu awal sebelum exam,mungkin sekarang aku sedang menikmati summer di UK.

You Might Also Like

0 Rangsangan

Flickr Images