Selesai check in, perut pun berkeroncong, maka kami mengambil keputusan untuk menapak ke tengah pekan Siem Reap ni. Kalau ikutkan, ada aja tuk tuk depan guesthouse ni tapi kami mengambil keputusan menapak kerana dengan cara ni kami boleh lebih memahami jalan serta menghayati Siem Reap ni dengan lebih dekat. Tapi drebar tuk-tuk ni pantang nampak pelancong, mesti kejar sambil offer servis. Macam lalat. Halau seekor, yang lain pulak datang. Yang paham bahasa ok, tapi jenis follow dan offer tak berhenti henti tuh yang boleh bikin angin. Yang lebih aku angin, boleh plak drebar tuk tuk ni sound aku sebab taknak naik tuktuk sambil kata " but i saw you see the map " .WTF! Kesabaran itu penting.
|
beginilah keadaan jalan - jalan kecil kami lalu nak ke main street pekan |
|
|
|
|
Sivutha Boulevard |
Ekceli boleh tahan jugak kami jalan tera nak sampai main street,Sivutha Boulevard, dalam 1km aku rasa. Tapi tak terasa sangat sebab cuaca waktu tuh tak berapa panas.Baru pukul 10pagi.Dah sampai tengah pekan, kami pun menyusuri street 7 untuk mencari kedai makanan halal nama chusska. Street 7 dan street - street yang lain dalam pekan ni takda lah panjang manapun, dalam 100 meter aja. Namun mungkin kerana terlalu awal, restoren chusska masih belum dibuka. Memang terasa down sebab time nih dah lapar sungguh. Maklumlah pagi tadi sarapan Mcd Breakfast aja dekat LCCT td, pastuh menapak ber KM plak. Namun berkat research yang dah dibuat sebelum travel, kami pun melilau cari next kedai makan sebelum terjumpa restoran bernama India Gate di street 11 kalau tak salah,
|
Logo Halal halus sungguh |
India gate ni kami terjumpa secara kebetulan sebab berdasarkan research sambil lalu sebelum datang dulu, aku takda jumpa pun nama restoran ni as restoran halal di Siem Reap tapi di papan tandanya ada logo Halal. Of coz tiada jaminan macam logo Halal Jakim.So untuk mengurangkan risiko, aku order Vegeterian Thali namun AJ yang sudah awal awal lagi menjatuhkan hukum Halal terus mengorder Chicken Thali mungkin kerana dek tak tahan sebab dia tak breakfast di LCCT pagi tadi.
|
Chicken Thali $5 / Vegetarian Thali $4 / Air $1 |
Aku pun taktau apa tuh maksud Thali yang pasti bila sampai dapat roti nan, nasi dan beberapa jenis kuah. Apa macam ? Ada selera tengok Vegetarian Thali aku ? Memula aku macam agak sadis jugak la makan nasik bertemankan sayur kacang panjang sahaja namun lepas beberapa ketika makan kuah - kuah sampingan dia tuh, mula nafsu makan datang dengan rancak. Dia punya kuah sampingan tuh rasa dia tak sama macam kuah biasa - biasa kat Malaysia ni. Aku tak tau apa jenis rempah dia guna yang pasti sedap even makan dengan nasik kosong.Selain tuh, kemudahan wifi turut disediakan di sini.
Selesai makan dan menjelaskan bayaran harga makanan yang sudah diketahui umum standard mencarut di pekan Siem Reap ni, kami pun terus menapak menjelajah area old market. Dinamakan sedemikian kerana terdapat satu market lama yang menjadi tumpuan pelancong untuk memberi barangan dari souvenir, pakaian, kain dan sebagainya di sini.Ekecli matlamat kami time tuh nak cari kedai sewa basikal. Bagi golongan muda - mudi, aku syorkan sewa basikal sahaja untuk bergerak memandangkan kebanyakan tempat - tempat nak dilawati di sini masih boleh dicapai dengan logik akal menggunakan basikal. Tapi kalau yang bawak bini mengandung 7-8 bulan tuh tak payah lah cari pasal sewa basikal pulak. Lagipun kami ni traveler berbajet rendah. So yang mana boleh save kami save.
Dalam banyak - banyak kedai sewa basikal, kami terjumpa dengan kedai sewa basikal yang dah ala2 kedai basikal. Kedai basikal ni namanya Siem Reap World Trip Travel terletak di Sivutha Boulevard sebelah pasaraya kecil. Namanya sebegitu memandangkan mereka juga menyediakan servis travel pusing cambodia naik motor, ATV, basikal dan sebagainya. Di sini terdapat dua jenis basikal yang boleh disewa iaitu basikal Mountain Bike GIANT ataupun basikal ............ ( lihat gambar di bawah), yang kami ended up with.Hahaha. Ya ya..tak dinafikan agak kelakar gayanya. Kalau di Malaysia tobat aku takkan naik tapi THIS IS CAMBODIA! Why not! Ekceli basikal ni di jalan Cambodia bersepah orang naik so takda apa yang perlu nak dimalukan (ayat penyedap hati). Kos sewaan basikal ni hanya $4 untuk dua hari berbanding $5 sehari untuk mountain bike GIANT yang mana berkali ganda murah berbanding di pow jika naik tuktuk.
|
Detik pertemuan dengan Fiona berkaler merah.Basikal AJ kaler hitam. |
Memula time nak sewa, brader di kaunter tuh nakkan Passport sebagai cagaran tapi memang tak la. Nanti tak pasal orang ingat PATI kalau kena tahan. So kami serahkan lesen memandu Malaysia sebagai cagaran. Tergelak jugak brader tuh bila AJ buat lawak bagi lesen memandu tambahan yang tak bergambar tuh sebelum dia mintak lesen yang bergambar. Satu pesanan kepada mereka yang nak sewa basikal, check betul - betul kondisi basikal terutamanya part paling kritikal iaitu tayar samada tayar tuh masih berbunga or berkeadaan baik yang mana AJ akan mendapat pengajaran kelak.Selesai sewa basikal, kami pun memulakan kayuhan Le Tour De Siem Reap balik ke bilik.Mata dah berat semacam sebab semalam kami hanya tidur - tidur ayam di LCCT.
Jam menunjukkan pukul 3.00pm ketika aku sedar dikejutkan AJ. Kalau tak dikejut, aku rasa pakai burn sehari membuta aja disini.Haha. Setelah bersiap siap ala kadar, kami pun mendapatkan basikal masing masing di parking bawah. Basikal yang kami sewa ni dibekalkan kunci. Dengan kepala yang fresh lepas membuta, memang sedap nak buat apa-apa aktiviti tetapi bahang panas kian terasa. Kepanasan di sini dan Malaysia takda bezanya. Rasa Malaysia panas lagi. Sila kaji semula dari sudut geografi. Kami mengambil keputusan untuk ke Old Market yang aku dah terang kat atas tadi. Tak jauh pun, tak sampai 2 Km .
|
Ni rupa dalam Old Market.Tak besar mana pun.Lebih kurang saiz Uptawn Kota Damansara. |
|
Terdapat juga pasar basah disini |
Aku hanya window shopping memandangkan memang tak berminat nak beli barang ni. Buat penat nak galas aja nanti. Selesai round area Old Market,kami berjalan pula Siem Reap Art Centre Market yang terletak kira-kira 100 meter dari Old Market.
|
Siem Reap Art Centre Market terletak di seberang sungai |
|
Dah nama art centre, maka banyak jugak kedai jual hasil seni bertema cambodia |
|
Persekitaran yang lebih moden dan fresh berbanding old market but barang lebih kurang ja |
Dah habis tawaf Siem Reap Art Centre Market, kami pun amik semula basikal yang dikunci kemas untuk meneruskan aktiviti meronda pekan Siem Reap ni. Sini naik basikal kena ada skill sikit la sebab pemanduan di jalan raya sini agak berserabut.Tapi yang aku respek, mereka ni tak mudah melenting dan akan memasing beri laluan kepada mereka yang lebih berhak. Kira bunyi hon memang takda langsung.Aku kalo nak melintas jalan selalu follow tepi kereta buat cover. Dan satu lagi tips, bawaklah penutup macam jerebu tuh, sebab jalan sini memang berdebu.Aku rasa mau seminggu duduk sini pakai kanser paru-paru aku.
|
Royal Garden |
Kami kemudian singgah di Royal Garden, kira park untuk orang melepak jalan jalan ambil angin. Couple dating pun ramai jugak. Sesuai buat lepak lepak dengan bini di petang hari.Ekceli di tebing sungai sebelah Siem Reap Art Centre Market tuh pun banyak disusun kerusi untuk orang melepak petang-petang. Kami sampai garden ni pun dah waktu senja. Just bergmbar ala kadar dan kemudian maju ke utara lagi untuk mencari kedai D'Wau Restoren yang katanya di buka oleh orang Malaysia. Aku tak tahu dengan tepat lokasi restoren ni sebab tak jumpa dalam google map. Jadi kami main redah aja. Hampir sejam jugak kami redah sampai tersesat masuk macam area kampung dah ja sebelum masing-masing mengalah dah ambil keputusan untuk makan di pekan Siem Reap sahaja.Kali ni kami bernasib baik sebab kedai Chusska telah pun buka.
|
Aku tak ingat exact price untuk satu satu tapi total semua $10@rm30.Air teh o ais dan limau ais. |
|
The most happening street in Siem Reap, Pub Street. |
Selesai makan, kami ambil keputusan untuk meninjau jalan yang paling meriah di Siem Reap ni, Pub street. Sebelah aja dari Chusska ni. Jadi kami tinggalkan basikal dalam keadaan berkunci dan menuju ke sana. Dah nama pub street, so paham paham ajalah ada apa. Motif kami ke sana pun sebab nak ke satu pub ni yang menawarkan free aspara show. Aspara ni pula adalah tarian tradisional Cambodia. Nak kata free pun dari tips yang aku baca orang cakap atleast order la air kan. Aspara show start pada pukul 8.30pm dan kami sampai awal 5minit sahaja sebelum show bermula. Mungkin bukan rezeki kami, area atas yang buat show aspara dance tuh dah full house. Mat saleh dah lama bersidai tunggu siap banyak meja kosong pun dah berbooking. Yang agak menyakitkan hati, waiter pub ni macam kerek gila layan kami, mungkin sebab nampak kami orang Asia. Puihh!
Dengan perasaan menyirap, aku pon ajak AJ belah. Kalau ikutkan, aku ni takda pun minat segala menda tarian ni, tapi dah nama travel, teringin la jugak nak tengok budaya tempatan. Time - time genting macam ni, si AJ ni boleh jugak pakai sebab dia cadangkan agar kami ke Art Centre tuh semula kerana dia nampak poster show aspara dance petang tadi. Memandangkan tak jauh mana pun tempat tuh dari Pub Street, aku bersetuju sangat dengan cadangan tersebut.
|
Ni lah Aspara dance.ZzzZZz... |
Akhirnya bertuah jugak kami untuk tengok aspara dance. Biasa-biasa sahaja. Lepas tak sampai 10 minit tengok, kami pun belah dengan perasaan puas sebab mission accomplished. Malam tuh aku tidur awal sebab esok merupakan tujuan utama kami ke sini iaitu melawat salah satu tapak warisan UNESCO, Angkor Wat. Kami cadang nak tengok sunrise disana.
Bersambung.....
0 Rangsangan:
Post a Comment