Pada hari ketiga di Siem Reap, kami bangun awal pagi untuk bersiap dan mengemas barang memandangkan van ke Bangkok akan bertolak pada pukul 6 pagi. Harga tiket untuk van ke Bangkok adalah $15 seorang berbanding bus yang berharga $10 seorang. Kenapa kami memilih van berbanding bus ialah waktu bertolak pada awal pagi serta masa perjalanan yang lebih singkat. Itu yang diberitahu oleh pekerja Tanei Guesthouse memandangkan kami booking tiket melalui mereka. Ekceli sebelum ni aku agak risau bab nak bergerak ke Bangkok dari sini sebab aku dah baca banyak reviews negatif tentang transportation dari Siem Reap ke Bangkok seperti ditipu ulat tiket, dapat bas buruk, masa perjalanan yang lama dan banyak lagi lah. Tapi sebab aku yakin Tanei Guesthouse tak akan merosakkan reputasi mereka dengan memilih travel agen yang hampeh, maka aku lebih yakin booking tiket melalui mereka berbanding beli sendiri di pekan. Harga pun tak berbeza berbanding harga tiket di pekan.
Lebih kurang pukul 5.00 pagi, amoi penjaga kaunter Tanei yang semalam dah set untuk mengejutkan kami di bilik datang mengetuk-ngetuk pintu. Maka AJ dengan wajah berseri seri baru lepas mandi segera membuka pintu dengan sekuntum senyuman manis. Tapi malangnya, amoi itu bukan setakat datang kejutkan kami, malah turut membawa berita terkejut di mana van yang patut kami naiki dah penuh! Nak marah tak sampai hati dek kecomelan amoi tersebut, maka dengan pasrahnya kami terpaksa amik bas next trip pukul 8 pagi. Nak tak nak, kami pun sambung tidur semula yang mana sebenarnya agak nikmat.
Pukul 8am, bas yang patut datang amik depan Tanei belum muncul tapi pekerja kaunter Tanei menyuruh kami tunggu memandangkan katanya bas sedang mengambil penumpang - penumpang lain yang turut nak ke Bangkok di serata ceruk pekan. Memandangkan macam banyak masa senggang, maka aku pun memutuskan untuk pergi ke toilet lobi bagi membuang apa yang patut sebelum memulakan perjalanan jauh. Nasib tampak tak menyebelahi aku, baru aja aku nak get ready, AJ datang mengetuk pintu dengan suara gelabah cakap "dah sampai". Adeh, dengan berat hati aku pun cepat-cepat keluar dan mengusung beg galas ke depan Tanei. Di depan Tanei, batang arm bas pun tak nampak bayang,yang ada hanyalah tuktuk.Aku dah pelik tapi pekerja kaunter Tanei mengarahkan kami naik tuktuk untuk dihantar ke bas yang sedang menunggu di stesen. Pulak. Kami pun ikut saja.
Aku tak nampak stesen bas mahupun bas bila kami diberhentikan di tepi jalan oleh drebar tuktuk tersebut, yang ada ialah seorang pak cik tengah memunggah beg satu coupe mat salleh ni masuk ke dalam but kereta. Kemudian drebar tuktuk tuh pun menyuruh kami juga memasukkan beg ke dalam but. Aku time ni terfikir mungkin kami akan di bawa ke stesen bas menaiki kereta tersebut.Tanpa banyak soal kami pun naik join couple mat salleh tadi yang sudah get ready dikerusi penumpang belakang.
Couple omputih yang duduk di belakang bersama AJ cuba untuk membuka bicara dengan menanyakan serba sedikit soalan kepada AJ namun AJ yang mungkin masih trauma di pow mamat Cambodia angkara ramah tak bertempat hanya menjawab sepatah dua sebelum masing-masing mendiamkan diri.Hahaha.Pak cik drebar yang kelihatan penuh misteri bertopengkan separa muka juga turut tidak mengeluarkan sepatah kata. Dia hanya khusyuk memandu sambil sesekali sibuk menampar 2-3 ekor nyamuk yang berterbangan di dalam kereta. Marah sungguh gaya Pak cik ini pada nyamuk. Sehinggakan nyamuk yang terbang di kaki pun dia cuba pijak. Ada sekali tuh seekor nyamuk yang dia cuba tampar terbang kucar-kacir sebelum hinggap di atas lutut aku. Aku dah telan air liur sambil pandang pak cik tuh dengan hujung mata takut- takut di'smash'nya sekali kepala lutut aku.
Mungkin undang undang Cambodia mempunyai klausa yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak diwajibkan memakai topi keledar melainkan semasa berada di atas bumbung kenderaan.
Khinzir itu masih hidup tau dan meronta - ronta tanda excited barangkali. Mungkin tuan khinzir sedang membawa khinzir peliharaan bersiar-siar sambil menghilangkan stress setelah sekian lama terperap di dalam kandang.
Tanda ini menunjukan bahawa anda akan keluar dari daerah tersebut. Dah macam tanda "anti" something.
Bak kata pepatah Khmer, " thông minh thông minh như sóc nhảy cuối cùng rơi xuống mặt đất gì " yang bermaksud "sepandai pandai orang Khmer memandu motosikal, akhirnya accident juga".
Bila dah masuk 30 minit perjalanan, aku dah mula terasa pelik sebab tadi pekerja Tanei cakap tuktuk nak hantar ke bas tapi kereta ni macam dah menghala jauh keluar pekan. Pak cik ni pun steady aja tengok depan tanpa cuba berbicara. Bila dah rasa lama, aku pun memejamkan mata join para penumpang di belakang yang dah lama pitam.
3 jam kemudian, kami pun sampai di pekan Poipet yang terletak di border Cambodia-Thailand.
Sampai sahaja berhampiran pintu sempadan, kelihatan para porter menunggu untuk memberi servis mengangkat barang. Berkurumunlah mereka di belakang bonet kereta kami naiki dengan harapan dapat upah membawa barang namun semua hampa kerana kami berempat masing-masing hanya membawa beg galas sebuah.
Kemudian seorang lelaki cambodia yang merupakan travel agen syarikat yang kami langgan ni datang memeriksa tiket serta melekatkan pelekat berwarna di baju kami. Time ni aku masih blur dan layan sahaja. dia mengarahkan kami pergi cop passport dan bergerak ke sebelah Thailand di mana sudah ada agen mereka disana menanti kami. Risau jugak aku takut-takut kena tipu.
Selepas cop passport di imigresen Cambodia, kami pun berjalan masuk ke Thailand. Pintu gerbang berseni ukir Thai di atas menandakan kami akan memasuki wilayah Thailand tapi sebelum nak masuk kawasan Thailand, ada banggunan hotel dan Casino moden terletak di antara sempadan kedua - dua negara.
Sampai sahaja berhampiran pintu sempadan, kelihatan para porter menunggu untuk memberi servis mengangkat barang. Berkurumunlah mereka di belakang bonet kereta kami naiki dengan harapan dapat upah membawa barang namun semua hampa kerana kami berempat masing-masing hanya membawa beg galas sebuah.
Kemudian seorang lelaki cambodia yang merupakan travel agen syarikat yang kami langgan ni datang memeriksa tiket serta melekatkan pelekat berwarna di baju kami. Time ni aku masih blur dan layan sahaja. dia mengarahkan kami pergi cop passport dan bergerak ke sebelah Thailand di mana sudah ada agen mereka disana menanti kami. Risau jugak aku takut-takut kena tipu.
Selepas cop passport di imigresen Cambodia, kami pun berjalan masuk ke Thailand. Pintu gerbang berseni ukir Thai di atas menandakan kami akan memasuki wilayah Thailand tapi sebelum nak masuk kawasan Thailand, ada banggunan hotel dan Casino moden terletak di antara sempadan kedua - dua negara.
Hampir sejam jugak kami beratur di pejabat imigresen Thailand memandangkan ramai pelancong serta pekerja Cambodia yang bekerja di Thailand beratur bersama-sama kami untuk mendapatkan cop di kaunter. Selesai semua urusan tersebut, kami pun berjalan menuju pintu keluar dan secara rasminya berada di pekan Aranyaphat,Thailand sebelum seorang mamat Thailand memperkenalkan diri sebagai agen syarikat agensi Travel yang kami langgan. Dia menyuruh kami tunggu di bawah khemah bersama berpuluh lagi pelancong lain. Rupanya sticker bewarna yang dilekatkan di badan kami tadi dijadikan penanda. Lain warna lain syarikat travel agensi. Pekan Aranyaphat ni terkenal sebagai tempat nak borong barang-barang dengan harga murah. Dia punya besar pasar untuk beli-belah tuh sehinggakan perlu menyewa motosikal kalau nak betul-betul pusing. Google untuk lebih lanjut. Kira-kira 30 minit kemudian sebuah van Toyota Commuter pun tiba dan agen tadi mengarahkan kami dan beberapa pelancong lain naik yang mana lebih kurang 14 orang kesemuanya. Besar van ni, dan macam minibus pun ada.
Di dalam van, pelancong-pelancong omputih dari pelbagai negara ni dah awal-awal cakap mereka taknak berhenti mana-mana dan nak terus ke Bangkok. Berdasarkan research di internet, aku ada terbaca yang sesetengah drebar van dan bas ni mempunyai link dengan restoran atau pusat jualan di sepanjang perjalanan ke Bangkok dan mereka akan berhenti di setiap tempat-tempat tersebut. Benda-benda cenggini la yang membuatkan perjalanan jadi lebih lama.
Kami bernasib baik sebab drebar van ni ok dan hanya berhenti bagi mengisi minyak di stesen minyak. Dia juga agak ramah walaupun tak fasih berbahasa Inggeris.
Cangkerik dan ulat goreng turut di jual dekat stesen minyak yang kami singgah ni.
Bagi Muslim macam kami, biskut berperisa ayam pun sudah besar tuah bagi menghilangkan kelaparan. Dah masuk Thailand makanan Halal sudah agak mudah didapati di pasaraya memandangkan Thailand mempunyai Majlis Agama Islam mereka sendiri yang mengeluarkan sijil halal. Lagi satu harga barang di sini dah murah berbanding harga di Siem Reap yang mengalahkan bandar Tokyo.
Perjalanan dari sempadan Cambodia ke Bangkok mengambil masa hampir 5jam dengan dua kali berhenti isi minyak sebelum kami di turunkan di Stesen BTS Phaya Thai (BTS ni macam RapidKL LRT). Dari Stesen ini, kami mengambil train terus ke stesen Asok dan berjalan lebih kurang 100 meter sebelum tiba di Asok Montri Hostel, tempat kami akan menginap semasa di Bangkok.
Bersambung....
Bersambung....
6 Rangsangan:
next! haha. silent reader bersuara. abang anip, sambung laju2..
Hehe..InshaAllah cuba perabih cepat2. Satgi lama2 lupa plak. TQ sudi baca.
pergh.. naik atas bumbung pakai topi keledar.. :P
darth vader.Haha
in other word.. respect sebab dia syg nyawa.. hahahaha.. :P
Baaaaabieeeeeeeeeyyyyy : ) hahaha sakit perut baca part khinzir tu. ekceli aku SUKA SANGAT!
memula tu puas dok fikir apa menatang "ekceli" ni, bahasa latin jawa ke.
RESPECT & keep on writing!
Post a Comment