02 January 2010

Ranking Char Terkini

Kalau ikutkan hati, aku memang dah kenyang kes petang dah pekena bihun semi-pattaya.Aku try nak balut dengan telur namun sekerat ja dapat cover.Last last aku gulung macam karipap.Namun bila tiba malam,bapak aku ajak pekena makan malam di Hotel Berasmana.Tempat makan open air diperkarangan hotel.Happening jugak tempat tuh.Kalau ikut nak minum saja namun macam biasa,ada aja tulis char,automatik aku ter'order' .

Rasa Char Berasmana boleh tahan jugak sedapnya.Ditambah kuantiti yang banyak.Memang kenyang.Yang kurangnya ialah rasanya yang macam tak berapa kick.Rasa char dia macam nipis nipis sahaja dilidah.Tapi not bad.Lagi satu mana pergi semua udang? char nya diisi sotong yang agak tak sesuai.

Ranking Terkini Char
1.Char KWSP,Kangar
2.Char Kampung Melayu Subang
3.Char Sungai dua,Penang
4.Char Berasmana,Kuala Perlis
5.Char Ketam ,Taman Kemajuan
6.Char Terminal, Cyber
7.Char Batu Dua,Kangar

Nota:Top 3 memang sama sama best!
sumber:wikipedia/thebestchar
Share:

0 Rangsangan: