Surat Khabar Itu Tulus ???

Wednesday, November 25, 2009

Membaca surat khabar merupakan ibadah rutin pertama aku setiap hari dan sebagai seorang pelajar,jarang sangat aku nak beli surat khabar memandangkan bajet seorang pelajar itu lebih terarah kepada industri hiburan tanah air.Kalau ditanya mengenai harga surat surat khabar,kompom aku tak boleh jawab memandangkan aku lebih membaca berita di internet melalui Utusan Online dan sebagainya.Surat khabar sejak zaman berzaman merupakan satu bahan yang penting untuk masyarakat tak kira sebagai bahan berita,pembalut nasik lemak,pembalut hadiah mahupun sebagai tanglung dimusim perayaan.


Selalunya kita digembar gemburkan surat khabar dan tidak kiralah berita di televisyen sekalipun sebagai tulus ,ikhlas,neutral,suci dan nurani.Namun tuluskah mereka? Aku bukan nak memihak kepada mana mana pihak,namun sepanjang menjadi pelanggan percuma di Utusan Online,aku dapati dan aku rasa budak sekolah pun dapat menilai yang surat khabar Utusan secara terang terangan memanipulasikan berita untuk memberi gambaran positif mengenai kerajaan.Secara jujur aku bukanlah penyokong pembangkang , namun aku dapat melihat propaganda propaganda yang dimainkan kerajaan untuk mempengaruhi rakyat.

Aku lebih suka kerajaan sekarang memerintah walaupun terdapat banyak penyelewengan namun mereka perlu sedar dan beragak agak lah dalam memanipulasikan berita.Zaman sekarang orang kampung pun dah makin cerdik.Maka tidak perlulah lagi cuba menipu dan memutarbelitkan fakta.Seperti yang terpampang diberita hari ini,Utusan hangat mempermainkan isu PAS yang dilihat sedang kucar kacir dan berbalah sesama sendiri seolah olah menunggu masa nak potong!potong!potong! Padahal mereka tidak pula cuba memberi liputan meluas tentang perbalahan parti komponen BN sendiri.MIC tak habis habis dengan Samy.PAP pun dah tak menentu sapa presiden.MCA berebut nak jadi ketua.Selain itu,Utusan memainkan isu pelantikan dan penarikan semula pelantikan sedara Nik Aziz sebagai mencerminkan ketidaktentuan Nik Aziz padahal sewaktu di era pemerintahan Pak Lah,tak berbunyi pun bila Pak Lah buat keputusan sorong papan tarik papan.Sudah terang lagi tersuluh.

Kalau diberi liputan sekalipun,bunyinya sungguh enak didengar seperti makan goreng pisang.Tapi macam manapun aku rasa aku masih boleh baca UTUSAN daripada HARAKAH.HARAKAH lagilah melampau putar belitnya.Sampai boleh buat aku tersenyum dengan hanya membaca surat khabar.Entah kenapa tetiba rasa nak komen bab politik.Dah2.Aku bukan pandai sangat.Untuk ulasan lanjut kita tunggu sahajalah dari orang yang lebih arif.Apa pendapat anda MH PUTEH ?ka dah masuk ISA ?

You Might Also Like

0 Rangsangan

Flickr Images