16 November 2009

Kronologi Ekpedisi Gunung Nuang





Saturday,14 Nov 2009


7.00 Am - Semua peserta berkumpul dihadapan Surau MMU.Menanti dan terus menanti seorang lagik ahli,Topek yang tak sampai sampai.Dengar khabar pagi tu lambat kes mandi sampai main itik kuning dalam bath tub.Sejam juga tunggu.Semua 17orang kot kalau tak silap.

8.30 Am - Sarapan pagi di Hassan's Cafe .

9.30 Am - Bertolak ke Gunung Nuang,Hulu Langat.Aku,Yas,Topek dan Tuan Presiden menaiki Van Joka yang boleh tahan kadar kelembapannya.

11.00 Am - Tiba di kaki gunung.Hujan renyai renyai.Berkumpul dan Alhamdulillah time nak mendaki hujan dah berenti.


12.00 Pm - Pendakian bermula . Aku rasa saat yang paling memenatkan ialah semasa mula mula mendaki.Pendakian stage 1 hanyalah melalui trek 4x4 tapi dia punya lenguh dengan galas beg kat 5Kg boleh tahan sakit pinggangnya.Aku ada cadang cadang nak bukak pusat massage thai kat trek ni ke depan. Amik workers import mali..Kompom nanti dari 10 orang yang nak mendaki,9 orang yang tersangkut sampai sini sahaja.

2.30 Pm - Tiba di camp Lolo.Aku tak pasti kenapa namanya lolo.Mungkin Allahyarham Loloq biasa buat lagu kat sini.Camping site kami sebelah sahaja dengan anak sungai.Selepas siap pacak khemah,aktiviti bebas berlangsung.Chef Chef terhebat ber'tung tang tung tang' di dapur buatan.Yang lain ada yang tidur,ada yang melepak.Aku mandi sahaja.



4.00 Pm - Sini pukul 4 dah macam pukul 7.oo malam.Gelap.Mungkin mendung sama.Hujan tetiba turun dengan maha lebat

5.00 Pm - Aktiviti menjamu selera berlangsung.Nasib berlaukan sardin+telur.Apa orang panggei nasi ambang kot.Makan ramai ramai dalam sat lunggukan.Dah macam burung gagak berebut makanan gaya.Yas aku dah nampak kepala dah tunduk macam kucing dia punya makan.Masing masing tangan berlawan tepis menepis.Dah macam silat.

8.00 Pm - Makanan ringan.Makan roti dengan maggi.Dia punya nikmat memang serupa kat hotel 5 bintang.

9.30 Pm - Aktiviti Bebas.Ada main kad.Ada melepak bersembang ditepi sungai.Yang main masak masak pun ada.

10.00 Pm - Mendegar taklimat aktiviti esok.Dalam pekat malam,muncul sekumpulan lelaki.Yas sapa tak kenal,perangai serupa Adun,lantas pergi bersapa.Aku saja tumpang sekaki.

"dari mana bang...?"
" kita orang dari Serdang"
"Wat camp disini jugak ke ?"
" A'ah..kitaorang pukul 2 pagi nanti naik puncak.nak tengok matahari terbit siang nanti"
"ooo..semoga berjaya ya bang"

"betis atlet semua" kata Yas pada aku

Badan macam askar.Kelengkapan lengkap.Mana lampu macam nak masuk gua.Kasut memang hiking habih.Khemah pun kemas.Sleeping Bag siap.Tak macam kami.Khemah pun senget sini sana.Air bocor.Selimut guna kain pelikat sahaja.Lampu harap handset sahaja.

"Memang gaya pro brader brader ni"

11.00 PM - Aku tidur.Bebudak lain masih berkeliaran.

Sunday,15 Nov 2009

7.00 Am - Yas kejutkan aku .Semalam tidur memang tak nyenyak langsung.Sejuk betul semalam.Mana dengan khemah bocor.Tidur pun dalam baju lembap.Mana dengan member2 kentut dalam khemah.Macam macam dugaan.Aku pun bangun menuju ke Sungai nak cuci muka dan berus gigi.Kelihatan brader brader Serdang tidur bergelimpangan dalam khemah.. erkk..

8.00 Am - Lepas mandi sungai,Sarapan beramai ramai.

9.00 Am - Bertolak mendaki gunung.Perit gila pendakian.Group 1st memang laju.Apa jenis dadah mereka guna.Aku ikut group 2nd aja.Tenang sikit.Angkat 2kali kaki,berehat.Makan jam jugak.




12.30 Pm - Tiba di Puncak Gunung.Kelihatan pendaki pendaki lain turun meraikan kejayaan tiba di puncak.Aku dah terbaring penat.Siap terlelap.Bekalan air pun dah habis.Rasa macam nak meragut pun ada kat atas sana.Pemandangan biasa sahaja.Just nampak pokok pokok.Mana puncak genting yang digembar gembur pun aku tak nampak.


1.30 Pm - Setelah selesai aktiviti bergambar,semua peserta turun.Time turun memang aku ikut group depan .Semua muka dh macam anjing lapar.Bukan main laju turun.Hujan yang turun menambah licin permukaan tanah.Air turut mengalir laju melalui denai denai trek pendakian.Jatuh tergelincir tuh dah macam perkara biasa.Sampai aku rasa setakat nak surfing kat Hawaii tuh memang tadak masalah.

4.00 PM - Tiba di camp site.Aku memang target sungai aja.Najis tak najis.Memang aku minum air sungai tuh.Dahaga mengalah neraka.Chef chef yang tinggal di camp keluar dari khemah dengan muka baru bangun tidur.Memang santai.Sementara menunggu peserta lain.Kami beriadah dan bersolat.

Time Solat,bebudak dah mula solat.Aku dan tuan mufti saja ketinggalan

"bro..kita sembahyang apa ni?? " tanya aku
" kita sembahyang jamak asar.Ni jamak takdim.Sebab bla bla" terang tuan mufti
aku hanya buat buat paham
"cemana nak niat nih bro,aku bukan reti sangat "
" hang niat ajak sembahyang jamak"
"ok Ok.."
masing masing "Allahuaakkbarrr"

Bila Imam bagi salam,tuan mufti turut memberi salam.Aku pun hanya menurut tuan mufti.

"bro..tadi kita masuk rakaat ke berapa?? " tanya aku dalam nada hairan kepada tuan mufti
Tuan Mufti terdiam.Gaya saja pakai ubat gigi zaitun.

5.00 Pm - Peserta lain tiba dicamp.Upacara makan beramai ramai.Memang semua muka lapar.Silap haribulan ada jugak member member yang kena sembelih buat lauk.

7.00 Pm - Bertolak turun ke kaki gunung.

9.30 Pm - Tiba dikaki Gunung.Sorang peserta perempuan pengsan.Tunggu bantuan tiba

11.00 PM - Bertolak pulang ke Cyberjaya.



Share:

1 Rangsangan:

Staff said...

Video ekspedisi takdak ka? Haha.