Berita hari Ini:RM8j lesap pajak gadai Ar-Rahnu diceroboh

Monday, November 23, 2009




KANGAR: Perompak melarikan barangan kemas dan wang tunai bernilai hampir RM8 juta, dipercayai antara yang terbesar di negara ini, selepas memecah masuk kedai pajak gadai Ar-Rahnu milik Yayasan Islam Perlis (YIPs), di Taman Sena di sini, malam kelmarin.

Semua barangan kemas bernilai kira-kira RM7.7 juta dan wang tunai RM68,000 yang disimpan di dalam beberapa kabinet di dalam bilik kebal pajak gadai itu, dipercayai dilarikan antara tengah malam kelmarin dan 11 pagi semalam.

Kumpulan penjenayah terbabit memecah masuk premis itu selepas mengumpil pintu dan jeriji besi di bahagian belakang bangunan berkenaan.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Pajak gadai Ar-Rahnu terletak di Taman Sena Indah iaitu taman aku bermaustatin hampir 17 tahun sebelum aku berpindah ke jajahan sempering.Opis parents aku pun hanya kira kira 100 Meter dari Pajak Gadai ni.Menurut berita,penjenayah menebuk bahagian belakang premis yang bersebelahan dengan perumahan yang jaraknya hanyalah 4 ekor kangkang kera.Ini menunjukkan kemajuan yang pesat di Kangar dimana nilai nilai tidak amik peduli Kuala Lumpur telah dipraktikan.

Selain itu , ini juga membuktikan wawasan Perlis Maju 2015 bukan omong kosong memandangkan Perlis sudah menjadi sasaran penjenayah penjenayah professional yang dijangka akan menarik pelabur pelabur serta pelancong asing.

You Might Also Like

0 Rangsangan

Flickr Images