Projekt Angelina : Performance la pulokkk !!

Tuesday, November 03, 2009



Setelah puas main dengan kaler2 dan bodykit tapi still kena highbeam dengan kancil standed,june (bukan nama sebenar) telah terbuka pintu hatinya untuk meningkat taraf enjinnya pula.Enjin Campro auto memang terkenal dengan sifat lembapnya dan ditambah dengan rim 17,maka bertambah tak boleh blah la keretanya bak membawa perutnya yang semakin besar.Untuk diburukkan keadaan,muffler cap ayamnya turut menyebabkan minyak mentedarah bak beliau mentedarah maruku dirumah.

Maka akhirnya solution ringan ringan yang boleh dibuat ialah dengan main dengan bahagian ekzos.Apa yang dilakukan ialah menukar extractor.Ekceli extractor memainkan peranan paling kritikal dibahagian sistem ekzos maka menukar extractor standed kepada extractor aftermarket boleh mendatangkan hasil negatif dan positif.Maka pemilihan extractor amatlah penting.Terdapat bersepah extractor aftermarket dipasaran dengan harga berbeza .Boleh didapati dari kedai ekzos Ah beng hinggalah kedai kedai mahai di Sunway.

Namun dengan maklum balas dari aku yang berpuas hati dengan extractor powerzone yang diguna pakai hampir setahun,beliau turut berkenan untuk mengguna khidmat jenama sama.Aku suggestkan dia menggunakan extractor powerzone sebab aku dapat rasa beza bila bertukar ke extractor ni.Aku tak penah try or test extractor lain maka aku tak dapatlah nak komen sama ada extractor ah beng dan ah seng ok ka tak.Tapi alang alang menyeluk pekasam,baik melabur terus ke barang yang telah terbukti berkesan.




Powerzone atau NS Tuning terletak di Glenmarie,Shah Alam.Selain extractor, kakak aku yang gemuk itu turut menukar centre bullet beharga rm200 untuk tindak balas lebih responsif.Buat masa sekarang,belum boleh bagi review sebab aku dulu pun lepas tukar tak dapat rasa beza sangat lagi.Mungkin masih dalam proses orientasi.Namun muffler cap ayam memang mula mengeluarkan bunyi tak ngam.Macam lori ais.



You Might Also Like

2 Rangsangan

Flickr Images