Kemalasan Maksima

Friday, October 30, 2009


Laziness is nothing more than the habit of resting before you get tired.

~Jules Renard


Aku tak tahu kenapa bagi aku untuk menulis blog memerlukan mood dan masa pada waktu yang tepat.Jikalau ada masa tapi tiada mood tidak menjadi dan sebaliknya.Ramuan penulisan blog yang baik memerlukan kedua dua elemen ini berada diatas satu garisan malar yang selari dan tidak terganggu oleh faktor persekitaran yang lain.Apa macam?ada bunyik macam laporan fizik?

Ekceli aku memang ada banyak benda nak tulis dan macam biasa,malas gila nak menulis sebab tiada mood.Mood pulak datang tak bagi salam.Kekadang pukul 2-3 pagi dia mai ,mana nak tidur catch up kelas pagi lagi.

So malam ni tetiba mood datang,namun masa pulak dah lewat.Esok kelas pukul 8am.Entah kenapa sekarang aku suka bercerita tantang projek projek automotif aku.Dah malas rasanya nak buat dosa komen tentang orang lain.

Papun lepas ni aku nak try majukan blog aku ni.Dah setahun lebih bina,namun masih suam suam kuku.Minta maaf juga kepada rakan rakan blogger yang lain kalo aku jarang lawat blog hampa,blog aku pon jarang jarang bukak.Tapi tidak lagi lepas ini...berusaha..


sampai begini aku akan update

You Might Also Like

0 Rangsangan

Flickr Images