Aku Dan Hiburan

Monday, October 12, 2009

Dah lama aku tak review movie sebab aku tak berapa nak ada mood nak tulis merapu panjang panjang

Sekilas rating movie hampir terbaru aku tengok

Gamer - 5/10
Aksi memang tiptop tapi jalan cerita hancur.Cemana boleh lari dari dunia games tuh pun taktau dan klimaks pun entah hapa hapa.

Perfect Gateaway - 6/10
Cerita bergenre mystery/thriller .Jalan cerita agak baik dan tidak dijangka namun tengah baru suspen trus masuk klimaks membuatkan tak puas suspen.

G-Force - 5/10
Aku start layan cerita budak budak start lepas tengok madagascar 2 dan jalan cerita ni tak menarik bagi aku.

Where Got Ghost ? - 5/10
cerita lawak seram but tak lawak dan tak seram.Sepanjang movie ada 2 parts ja kot aku gelak.Tuh pun dah majoriti gelak.

Bagi aku movie terbaek yang aku layan sepanjang hampir 2-3 bulan dan mungkin setahun ini ialah movie percuma yang ditayangkan di TV2 bertajuk Hot Shots yang diarahkan oleh direktor scary movie.Memula aku dah bosan ,saja bukak tv2.Tahap lawak dia memang buat aku tak berenti gelak.Kepada mereka yang meminati lawak lawak bangang seperti scary movie,memang ni movie yang tepat.Confirm hilang tekanan lepas tengok cerita ni.

Hot Shots!


Cerita ni berkisar tentang pilot jet pejuang dan berkisar mengenai filem TopGun.Senang cerita TopGun dalam versi humor.

Rating : 9.5/10

Hot Shots Part Deux


Ni sekuel HotShots! dan boleh dikira part 2 .Movie dia pulak berkisar tentang ala2 Rambo.Still lawak macam bangang!!!

Rating : 9/10

Boleh didapati di isohunt.com

You Might Also Like

2 Rangsangan

Flickr Images