Aku dan Agrikultur

Sunday, October 04, 2009

Sekarang hidup aku bertambah sibuk sejak menceburi bidang agrikultur.Bak gesaan kerajaan,pertanian adalah perniagaan maka sebagai seorang anak muda berwawasan jauh,aku menyahut seruan kerajaan untuk menbangunkan modal insan.Bermula dari kecil kecilan,berbekalkan sekangkang tanah dan sedikit modal,ladang aku semakin hari semakin maju Alhamdulillah.Buat masa sekarang,semua berjalan lancar.Terima kasih kepada rakan rakan jiran yang membantu menghapuskan makhluk perosak.InsyAllah kalau makin maju aku nak beli traktor sebijik.Kalau boleh upah buruh asing,dah lama aku buat.Mudah sikit kerja.Kulit pon dah makin gelap kerja kena panas.

Aku tengok ramai dah berjaya,tapi biasalah,mereka dah lama.Aku baru nak merangkak.Walaupun kadang kadang pukul 2-3 pagi aku still tak boleh lena kena tuai hasil,namun aku puas dengan pencapaian ladang aku.Nanti mau ladang aku makin menjadi,aku nak perbesarkan lagi.Terima kasih la kepada kawan kawang yang membantu dan untuk hadiah2.Nanti buah buah diladang aku dah masak,aku hantar la sorang dua tiga plastik strawberi atau raspbery.

Sekian buat masa sekarang.Aku nak pergi isi minyak mesin rumput.Rumput kat ladang dah makin tinggi.Bahaya nanti jadi sarang ular.


You Might Also Like

1 Rangsangan

Flickr Images