25 October 2009

Penutupan Geocities

Mulai esok,laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan hosting sekian lama dari Yahoo!,Geocities, akan ditutup.Aku tak pasti pula kenapa tetapi yang pasti aku akan kehilangan banyak kenangan lalu.Aku mula menggunakan perkhidmatan geocities sejak 2002 sewaktu mula mula berkecimpung dalam arena membuat laman web.Waktu tuh form 2 dan aku melahirkan web kelas aku, 2aktif dan dituruti setiap tahun sehingga tamat form 5 (form 3 - Yakinweb ,form 4-5 - harmonisite ) .

Bagi aku pengalaman buat laman web untuk kelas amat menarik memandangkan ramai rakan rakan pelajar sekelas dan juga pelajar kelas dan batch lain turut serta menyokong laman web yang aku bina.Memang meriah time tuh guestbook dikunjungi .Siap dah macam cerita indon kerana melibatkan cinta,persengketaan,persahabatan dan keagamaan.Pengalaman paling aku tak dapat lupa ialah dipanggil guru IT sekolah angkara Amin mansor (bukan nama sebenar) yang menghantar cerita lucah ke ruangan guestbook dan disedari oleh pembantu makmal apabila ada pelajar melayarinya sewaktu didalam perpustakaan.Tak pasal pasal aku kena amaran keras "hang nak kena penyepak?? " dari guru IT tersebut.

Pengalaman manis pula apabila dipanggil menyertai team trio mewakili sekolah ke Maxis CyberlinQ Web Competition 2004.Team kami layak ke peringkat kebangsaan namun kalah angkara aku rasa kerana melanggar peraturan.Namun merasa juga kami dapat hadiah seratus dua dan menyumbangkan 3 biji kerusi batu kepada sekolah.Walaupun sudah lama tidak aktif,aku kadangkala masih melawati laman laman web kelas yang aku telah bina sambil mengenang kenangan lalu dizaman sekolah.Apapun,mulai esok semua data data geocities akan dilupuskan oleh pihak geocities.RIP.

*Penulisan dalam bentuk emosional
Share:

0 Rangsangan: