24 November 2009

Berita Hari Ini : Sami cuba buka pintu pesawat


Sami cuba buka pintu pesawat

NEW DELHI: Tindakan seorang sami Buddha yang membuka pintu kecemasan sebuah kapal terbang semasa ia hendak berlepas kerana ingin mendapatkan udara segar mengakibatkan penerbangan itu terlewat selama hampir tujuh jam dalam satu insiden di lapangan terbang Kolkata, di sini pagi Isnin.

Perbuatan beliau itu mengakibatkan pihak berkuasa lapangan terbang terpaksa membawa keluar semua penumpang dan tidak membenarkan kapal terbang itu berlepas selama hampir tujuh jam sehingga semua langkah-langkah keselamatan standard selesai dijalankan.

Akhbar The Hindu melaporkan bahawa kejadian itu berlaku pada penerbangan IC-727 Air India yang dalam perjalanan ke Yangoon dengan 135 penumpang.

Sami dari kaum Waza Thunga, Myanmar, yang berumur 45 tahun itu dipercayai baru dua kali menaiki kapal terbang, dan beliau dikatakan agak rimas semasa berada di dalam pesawat itu yang masih berada di landasan.

Beliau dipercayai mengambil keputusan membuka laluan kecemasan di sebelah tempat duduknya selepas membelek manual keselamatan kapal terbang itu.


"Selepas beliau menarik clutch keselamatan, tingkap keselamatan terbuka dan loceng kecemasan terus berbunyi. Kejadian sebegini jarang sekali berlaku, tapi bagaimana sebenarnya kami hendak kawal sekiranya penumpang membunyikan penggera keselamatan secara tidak sengaja?" kata jurucakap syarikat penerbangan itu Pulok Mukherjee kepada akhbar berkenaan.

Laporan itu bagaimanapun tidak dapat memastikan sekiranya syarikat penerbangan berkenaan akan mengambil sebarang tindakan terhadap sami itu, yang dikatakan tidak fasih berbahasa Inggeris. - Bernama


Seb baik la sami tuh tak bukak time diatas awan.Kot buat nak tangkap gambar view dari atas tak ka naya.
Share:

0 Rangsangan: