30 November 2009

Journey To The North-South : Hari Raya Haji

aku bertolak dari Subang kira kira pukul 8.30 Pm. Jam mula membelenggu aku setelah masuk aja highway PLUS.Orang ramai berasak asak untuk pulang.Entah apa yang best Raya Haji ntah.Duduk rumah sudah.Kan mudah perjalanan aku.Jam lebih kurang hampir sejam angkara kemalangan melibatkan 4buah kereta.Tuh la orang Malaysia.Eksiden pun nak tengok.Tapi aku tengok teruk betul MyVi tuh,kereta yang dia langgar takda teruk mana.Perjalanan kembali lancar setelah kemalangan tersebut namun bersambung kembali kira kira 20KM kemudian angkara satu lagi kemalangan melibatkan 2buah kereta.Jem berlarutan sehinggakan nak naik bukit ke terowong memang gerak perlahan lahan.Bayangkan aku drive kereta manual.Selepas melepasi Ipoh ,suasana reda sehinggalah ke destinasi aku,Pendang,Kedah.Aku sampai pukul 3.30am.

Aku bergerak ke Kuala Lumpur pada pukul 9.00 Pm hari ahad.Perjalanan lancar sehinggalah lepas Bukit Merah.Jem memanjang sehinggalah ke RnR Sungai Perak dan jem tersebut hanya kerana orang nak ke RnR Sungai Perak.Kenapa Sungai Perak?????ada apa yang best disana?? Aku terperangkap lebih kurang 2jam setengah dalam jam.Ramai yang menggunakan lorong kecemasan dan aku tak tahu apa hukumnya dalam Islam.Selepas RnR sungai Perak jalan mula agak lapang.Dan perjalanan diteruskan agak lancar walaupun banyak jugak kereta yang nak bawak slow berada di lorong tengah.Bengap sungguh makhluk spesis ini.AKu tiba diKelana Jaya pada pukul 6.30am dengan perjalanan 9jam setengah daripada normal yang memakan masa 5jam lebih sahaja.

Antara kesimpulan yang dapat aku buat
- Negeri Perak merupakan punca Perlis tidak membangun
- Kereta Automatic best dari kereta Manual walaupun dikeji sesetengan rakan rakan
- Subaru tak laju dalam jam


P/S:aku nak usulkan kepada Najib agar memotong perak dari semenanjung Malaysia agar perjalanan ke Perlis lebih mudah.

Share:

28 November 2009

Proton VS Kia / Hyundai

x
Jika dilihat,sejarah hyundai/kia dan proton hampir sama.Masing masing bermula dengan menjenamakan semula kereta kereta jepun atau amerika dan semakin lama semakin berdikari untuk membina sesebuah kenderaan dari asas.Jika dinilai semula dari segi rekaan kereta itu sendiri,Kia/hyundai bermula dari rekaan rekaan yang buruk,teruk,huduh dan belengas.Mereka juga cuba meniru rekaan rekaan kereta dari barat/jepun yang boleh dikatakan nampak terang terangan.


tiru merc
tiru toyota camry


Namun berkat keazaman mereka,mereka mula muncul dengan rekaan rekaan yang bukan setakat mampu bersaing malah lebih baik dari sesetengah kereta eropah mahupun jepun.Tetambah sejak mereka mengambil ex-designer audi, Peter Schreyer .Kini mereka muncul dengan rekaan rekaan yang menarik dan turut dilengkapi teknologi terkini.Bagi aku proton perlu meniru cara mereka yang telah di iktiraf sebagai jenama paling pesat berkembang.Proton perlu mengeluarkan sebuah kereta yang menjadi ikon beserta teknologi unik seperti yang dilakukan Kia pada model soul nya.


Hyundai Equus
Kia Forte Koup
Kia Soul
Hyundai Sonata
Kia Forte
Hyundai Genesis Coupe
Hyundai Genesis
KIA k7

Respek sama hyundai/Kia
Share:

25 November 2009

Projekt Kunang Kunang: Servis Kereta



Setahun sudah berlalu,Hari Raya Haji pun muncul kembali.Takziah kepada para lembu dan kambing yang akan dikorbankan,sesungguhnya kalau nampak owner tetiba manja semacam dengan anda,boleh boleh lah buat plan prison break.hari Raya Haji tahun ini aku akan beraya di kampung halaman,Sempering Jaya ,Perlis yang terletak kira kira lebih kurang 5 marhalah dari kelumpo.Memandangkan esok jentera kuning aku akan bergerak jauh,maka aku pun menghantarnya untuk servis sikit sikit supaya perjalanan lancar keesokan harinya.

Kepada mereka mereka yang ingin mengservis kereta,tentu sentiasa bimbang dan ragu ragu dengan kewibawaan bengkel serta tokei kedai yang menyedut poket anda.Sebenarnya aku pun begitu,sepanjang menggunakan kereta,aku pernah servis dibeberapa kedai dan Alhamdulillah belum pernah kena harga potong kepala lagi.Tetapi hati hati lah kerana sesetengah kedai ada menipu pelanggan dengan berpura pura sini rosak sana rosak. Kepada mereka yang tidak arif tentang soal kenderaan seperti aku memang mudah la terpedaya.Kalo enjin tak boleh start and dia cakap kena tambah air wiper pun barangkali aku percaya.

Jadi aku memula tadi pening jugak nak cari bengkel yang sesuai di area rumah baru aku .Nak servis kat Proton atau EON,labour charge saja dah rm70.Fikir punya fikir aku pun teringat satu bengkel berlogo Petronas di Equine Park ni.Maka aku cuba lah nasib ke sana.Kedainya Nama 6th Gear Auto kalau tak silap.Memula memang aku rasa suspen jugak la sebab nampak yang servis pun ada Audi A4 sebiji.Mindset melayu aku mula memain peranan.Mata aku yang meliar hanya terpandang alat alat canggih dan kedai yang bersih.Lepas tuh ternampak sign WiFi siap waiting room untuk tengok tv buat aku rasa aku dah silap masuk kedai.Aku nak servis Satria buruk aja kot.

Berbeza sekali dengan bengkel Ah Seng Dengkil yang kotor,berminyak dan tempat menunggu hanyalah kerusi plastik tanpa tempat sandar yang memang sipi sipi saja mampu tampung beban badan aku.Kedai Ah Seng memang membuat poket aku rasa secure. Ketibaan aku di kedai 6th Gear Auto disambut oleh seorang mekanik melayu dan macam biasa aku hanya tinggalkan kunci dan melepak didalam kedai.Sambil melepak,aku disapa pula oleh owner Audi A4 tersebut yang juga rupa rupanya merupakan owner kedai.Kedai Melayu rupanya.Owner pun muda lagi.Dari hasil sembang sembang,owner nih orang kelantan dan dulu dia pernah pakai satria GTi namun hilang dicuri.



Hasil servis aku di bengkel 6th Gear ni,aku beri komen yang kedai ni memang cantik,bersih,lengkap dengan alatan alatan serta ruang menunggu.Mekanik dan Owner kedai sangat peramah dan baik orangnya.Servis pun dapat jugak free gift minyak enjin yang kadang kadang sesetengah kedai buat buat senyap sahaja.Dan yang paling penting,harga servis kat sini sama sahaja dengan bengkel Ah Seng.Jadi kepada mereka mereka yang tinggal di Cyberjaya,Putrajaya dan Seri Kembangan,aku memang rekemen kan bengkel ni untuk servis kenderaan anda.InsyAllah puas hati.Bukan senang nak jumpa bengkel bumiputera yang maju dan profesional.Sama sama lah kita support.Jangan risau,brader Kelantan ni bukan jenis bakar bakar punya.



Sixth Gear Auto Sdn. Bhd.
No 20, Jalan Equine 9B,
Taman Equine, Bandar Putra Permai,
43300, Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.

PEJABAT : 03 8938 1060
WAN : 019 6699 070
EMAIL : sixth_gear_auto@yahoo.com.my

dia sebelah pancamas jadi sdn bhd.

Berdekatan McD Equine,jumpa roundabout McD dari Jusco amik Jam 3 dan kedai dia dideretan kedua terbelakang.

Share:

Surat Khabar Itu Tulus ???

Membaca surat khabar merupakan ibadah rutin pertama aku setiap hari dan sebagai seorang pelajar,jarang sangat aku nak beli surat khabar memandangkan bajet seorang pelajar itu lebih terarah kepada industri hiburan tanah air.Kalau ditanya mengenai harga surat surat khabar,kompom aku tak boleh jawab memandangkan aku lebih membaca berita di internet melalui Utusan Online dan sebagainya.Surat khabar sejak zaman berzaman merupakan satu bahan yang penting untuk masyarakat tak kira sebagai bahan berita,pembalut nasik lemak,pembalut hadiah mahupun sebagai tanglung dimusim perayaan.

Selalunya kita digembar gemburkan surat khabar dan tidak kiralah berita di televisyen sekalipun sebagai tulus ,ikhlas,neutral,suci dan nurani.Namun tuluskah mereka? Aku bukan nak memihak kepada mana mana pihak,namun sepanjang menjadi pelanggan percuma di Utusan Online,aku dapati dan aku rasa budak sekolah pun dapat menilai yang surat khabar Utusan secara terang terangan memanipulasikan berita untuk memberi gambaran positif mengenai kerajaan.Secara jujur aku bukanlah penyokong pembangkang , namun aku dapat melihat propaganda propaganda yang dimainkan kerajaan untuk mempengaruhi rakyat.

Aku lebih suka kerajaan sekarang memerintah walaupun terdapat banyak penyelewengan namun mereka perlu sedar dan beragak agak lah dalam memanipulasikan berita.Zaman sekarang orang kampung pun dah makin cerdik.Maka tidak perlulah lagi cuba menipu dan memutarbelitkan fakta.Seperti yang terpampang diberita hari ini,Utusan hangat mempermainkan isu PAS yang dilihat sedang kucar kacir dan berbalah sesama sendiri seolah olah menunggu masa nak potong!potong!potong! Padahal mereka tidak pula cuba memberi liputan meluas tentang perbalahan parti komponen BN sendiri.MIC tak habis habis dengan Samy.PAP pun dah tak menentu sapa presiden.MCA berebut nak jadi ketua.Selain itu,Utusan memainkan isu pelantikan dan penarikan semula pelantikan sedara Nik Aziz sebagai mencerminkan ketidaktentuan Nik Aziz padahal sewaktu di era pemerintahan Pak Lah,tak berbunyi pun bila Pak Lah buat keputusan sorong papan tarik papan.Sudah terang lagi tersuluh.

Kalau diberi liputan sekalipun,bunyinya sungguh enak didengar seperti makan goreng pisang.Tapi macam manapun aku rasa aku masih boleh baca UTUSAN daripada HARAKAH.HARAKAH lagilah melampau putar belitnya.Sampai boleh buat aku tersenyum dengan hanya membaca surat khabar.Entah kenapa tetiba rasa nak komen bab politik.Dah2.Aku bukan pandai sangat.Untuk ulasan lanjut kita tunggu sahajalah dari orang yang lebih arif.Apa pendapat anda MH PUTEH ?ka dah masuk ISA ?
Share:

24 November 2009

Berita Hari Ini : Sami cuba buka pintu pesawat


Sami cuba buka pintu pesawat

NEW DELHI: Tindakan seorang sami Buddha yang membuka pintu kecemasan sebuah kapal terbang semasa ia hendak berlepas kerana ingin mendapatkan udara segar mengakibatkan penerbangan itu terlewat selama hampir tujuh jam dalam satu insiden di lapangan terbang Kolkata, di sini pagi Isnin.

Perbuatan beliau itu mengakibatkan pihak berkuasa lapangan terbang terpaksa membawa keluar semua penumpang dan tidak membenarkan kapal terbang itu berlepas selama hampir tujuh jam sehingga semua langkah-langkah keselamatan standard selesai dijalankan.

Akhbar The Hindu melaporkan bahawa kejadian itu berlaku pada penerbangan IC-727 Air India yang dalam perjalanan ke Yangoon dengan 135 penumpang.

Sami dari kaum Waza Thunga, Myanmar, yang berumur 45 tahun itu dipercayai baru dua kali menaiki kapal terbang, dan beliau dikatakan agak rimas semasa berada di dalam pesawat itu yang masih berada di landasan.

Beliau dipercayai mengambil keputusan membuka laluan kecemasan di sebelah tempat duduknya selepas membelek manual keselamatan kapal terbang itu.


"Selepas beliau menarik clutch keselamatan, tingkap keselamatan terbuka dan loceng kecemasan terus berbunyi. Kejadian sebegini jarang sekali berlaku, tapi bagaimana sebenarnya kami hendak kawal sekiranya penumpang membunyikan penggera keselamatan secara tidak sengaja?" kata jurucakap syarikat penerbangan itu Pulok Mukherjee kepada akhbar berkenaan.

Laporan itu bagaimanapun tidak dapat memastikan sekiranya syarikat penerbangan berkenaan akan mengambil sebarang tindakan terhadap sami itu, yang dikatakan tidak fasih berbahasa Inggeris. - Bernama


Seb baik la sami tuh tak bukak time diatas awan.Kot buat nak tangkap gambar view dari atas tak ka naya.
Share:

23 November 2009

Selamat Datang Ke Laman Web Sabul Saya

Selamat datang.Memandangkan iklim blog yang tidak menentu,maka dengan ini aku ingin mengisytiharkan yang laman blog aku akan bertukar ke laman blog sabul yang mengandungi video video 3gp terbaru,gambar gambar seksi serata jenis kaum dan juga segala jenis bahan bahan tidak sihat yang lain.Sebagai permulaan,sila cuci mata anda dengan gambar gambar seksi terbaru sebagai pembuka selera..



....
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bukak lagik
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

credit: isuhangat.blogspot.com
Share:

Berita hari Ini:RM8j lesap pajak gadai Ar-Rahnu diceroboh




KANGAR: Perompak melarikan barangan kemas dan wang tunai bernilai hampir RM8 juta, dipercayai antara yang terbesar di negara ini, selepas memecah masuk kedai pajak gadai Ar-Rahnu milik Yayasan Islam Perlis (YIPs), di Taman Sena di sini, malam kelmarin.

Semua barangan kemas bernilai kira-kira RM7.7 juta dan wang tunai RM68,000 yang disimpan di dalam beberapa kabinet di dalam bilik kebal pajak gadai itu, dipercayai dilarikan antara tengah malam kelmarin dan 11 pagi semalam.

Kumpulan penjenayah terbabit memecah masuk premis itu selepas mengumpil pintu dan jeriji besi di bahagian belakang bangunan berkenaan.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Pajak gadai Ar-Rahnu terletak di Taman Sena Indah iaitu taman aku bermaustatin hampir 17 tahun sebelum aku berpindah ke jajahan sempering.Opis parents aku pun hanya kira kira 100 Meter dari Pajak Gadai ni.Menurut berita,penjenayah menebuk bahagian belakang premis yang bersebelahan dengan perumahan yang jaraknya hanyalah 4 ekor kangkang kera.Ini menunjukkan kemajuan yang pesat di Kangar dimana nilai nilai tidak amik peduli Kuala Lumpur telah dipraktikan.

Selain itu , ini juga membuktikan wawasan Perlis Maju 2015 bukan omong kosong memandangkan Perlis sudah menjadi sasaran penjenayah penjenayah professional yang dijangka akan menarik pelabur pelabur serta pelancong asing.

Share:

22 November 2009

Seni Mempertahankan Diri

Dalam seni mempertahankan diri,ada orang cakap tok guru takkan mengajar 100% ilmu kepada anak murid nya.Mungkin dalam 80%.20% lagi untuk buat back up kalau kalau anak murid pijak kepala.So bila tok guru mati,anak murid 80% mungkin akan mengajar pula.Dan menurunkan 80% daripada 80% ilmu yang diturun kan guru pertama.

Maka jika dilihat lihat kembali..selepas lebih kurang 4 generasi,guru seni mempertahankan diri akan mengajar anak muridnya..

"pelajar pelajar sekalian...teknik untuk mempertahankan diri kita ialah......berlari sekuat hati sambil menjerit tolong!tolong!"




Share:

21 November 2009

Projekt Kunang Kunang : Masuk Hospital semula

Dari hari Khamis lepas aku memang dah tak senang duduk.Tidur tak lena,Kentut tak berbau,makan tak kenyang.Nak drive pun tak bersemangat sejak lip tadak.Rasa tak sempurna saja.At last petang tadi aku hantar kereta aku ke kedai cat sama.Katanya nak repair pakai lip asal rm150 sebab nak kena simen dan cat balik.Pastuh mau repair pun tak tahan lama.So aku ambil keputusan untuk menggunakan lip PU.Beli kat kedai aksesori berdekatan ,rm80.Harga cat pun rm80.Esok petang kereta siap.Haiihhh..

Tadi time aku hantar kedai,ada sebijik kereta perdana limousine tengah repair.Katanya repair bumper belakang.Kereta perdana limousine memang rare dan semat gila.Aku penah tengok kat motortrader nak jual rm80K macam tuh.Kereta ni milik kerajaan Malaysia.





pintu dia berat nak mampus.Nak tutup pun kena hempas kuat kuat.

Share:

Projekt Kunang Kunang : Shit Happen !!



Duit.Ada orang kata duit tidak boleh bawak ke mati namun kalau bakar,boleh deposit jugak.Ada orang kata kerana duit badan sasa.Ada orang kata duit boleh menghensemkan seseorang yang tak hensem.Yang pasti,duit mempunyai sayap dan mampu terbang bila bila masa sahaja.

Semuanya ketentuan Yang Maha Esa.Kereta aku baru keluar kedai cat lebih kurang sebulan lebih lepas.

Dan tengahari Khamis lepas..tengah nak masuk parking sambil menyembang dengan orang sebelah.. *kraaaaakkk***

perghh..




Lip aku pecahh...mungkin sebab aku pakai fiber.
so aku nasihatkan mau nak pakai bumper ka lip ka..guna la PU..mau sideskirt ok la fiber.Sebab kak aku pon pakai bumper fiber dah pecah.Duit ohh duit...
Share:

Projekt Kunang Kunang : Cat Baru (Siaran Tergendala)




Ekceli menda ni berlaku sebulan lepas.Malas nak tulis namun ari ni kena jugak tulis sebab sesuatu telah berlaku.

Kalau diikutkan,sudah hampir setahun aku pasang bodykit kereta aku dan sudah hampir setahun ianya bewarna hitam tanpa cat.Aku ada tanya beberapa kedai untuk cat bodykit kereta aku namun harganya mahal ditambah katanya susah untuk cat kaler kuning sebab banyak jenis kaler,takut kaler tak sama warna.Maka aku pun hold dulu projek ni sampai aku decide terus cat sebijik kereta.

So bila dah ada bajet sikit,aku mula la cari kedai yang berwibawa untuk cat kereta aku ni.Memacam tempat jugak aku tanya sampai aku terjumpa satu kedai 3S kat TTDI jaya,Shah Alam.Jumpa pon dalam iklan mudah.com.my.Kedai cat 3s ni banyak jugak keja mengecatnya.Mereka ada jugak wat kontrak cat/repair kereta kerajaan.Lepas jumpa tokei sembang sembang sikit,maka aku tinggal lah kereta aku disana.Seminggu jugak nak siap kereta ni

Kuning yang aku gunakan ialah kuning honda spoon berkod (Y44).Aku hanya cat bahagian luar memandangkan kekurangan bajet.Lagipun bukan nampak sangat bahagian dalam kecuali part dekat pintu nampak beza warna bila bukak pintu tuh.Semuanya berharga rm1200 didatangkan bersama 5tahun jaminan.

Ni gambar sepanjang proses .Dah nak siap dah ni.









Share:

20 November 2009

19 November 2009

17 November 2009

Sayonara Dengkil



Hampir setahun aku tinggal di Astana Putra Dengkil dan at last tiba masanya untuk berpisah.Apapun,terima kasih bebanyak kepada penghuni astana yang terima aku masuk dulu time aku homeless.Banyak btoi kenangan dengan ampa..


Sapa kata satria sempit...tapi tak boleh lawan la kancil bawah ni...
...
..
.
.
Share:

16 November 2009

Kronologi Ekpedisi Gunung Nuang





Saturday,14 Nov 2009


7.00 Am - Semua peserta berkumpul dihadapan Surau MMU.Menanti dan terus menanti seorang lagik ahli,Topek yang tak sampai sampai.Dengar khabar pagi tu lambat kes mandi sampai main itik kuning dalam bath tub.Sejam juga tunggu.Semua 17orang kot kalau tak silap.

8.30 Am - Sarapan pagi di Hassan's Cafe .

9.30 Am - Bertolak ke Gunung Nuang,Hulu Langat.Aku,Yas,Topek dan Tuan Presiden menaiki Van Joka yang boleh tahan kadar kelembapannya.

11.00 Am - Tiba di kaki gunung.Hujan renyai renyai.Berkumpul dan Alhamdulillah time nak mendaki hujan dah berenti.


12.00 Pm - Pendakian bermula . Aku rasa saat yang paling memenatkan ialah semasa mula mula mendaki.Pendakian stage 1 hanyalah melalui trek 4x4 tapi dia punya lenguh dengan galas beg kat 5Kg boleh tahan sakit pinggangnya.Aku ada cadang cadang nak bukak pusat massage thai kat trek ni ke depan. Amik workers import mali..Kompom nanti dari 10 orang yang nak mendaki,9 orang yang tersangkut sampai sini sahaja.

2.30 Pm - Tiba di camp Lolo.Aku tak pasti kenapa namanya lolo.Mungkin Allahyarham Loloq biasa buat lagu kat sini.Camping site kami sebelah sahaja dengan anak sungai.Selepas siap pacak khemah,aktiviti bebas berlangsung.Chef Chef terhebat ber'tung tang tung tang' di dapur buatan.Yang lain ada yang tidur,ada yang melepak.Aku mandi sahaja.



4.00 Pm - Sini pukul 4 dah macam pukul 7.oo malam.Gelap.Mungkin mendung sama.Hujan tetiba turun dengan maha lebat

5.00 Pm - Aktiviti menjamu selera berlangsung.Nasib berlaukan sardin+telur.Apa orang panggei nasi ambang kot.Makan ramai ramai dalam sat lunggukan.Dah macam burung gagak berebut makanan gaya.Yas aku dah nampak kepala dah tunduk macam kucing dia punya makan.Masing masing tangan berlawan tepis menepis.Dah macam silat.

8.00 Pm - Makanan ringan.Makan roti dengan maggi.Dia punya nikmat memang serupa kat hotel 5 bintang.

9.30 Pm - Aktiviti Bebas.Ada main kad.Ada melepak bersembang ditepi sungai.Yang main masak masak pun ada.

10.00 Pm - Mendegar taklimat aktiviti esok.Dalam pekat malam,muncul sekumpulan lelaki.Yas sapa tak kenal,perangai serupa Adun,lantas pergi bersapa.Aku saja tumpang sekaki.

"dari mana bang...?"
" kita orang dari Serdang"
"Wat camp disini jugak ke ?"
" A'ah..kitaorang pukul 2 pagi nanti naik puncak.nak tengok matahari terbit siang nanti"
"ooo..semoga berjaya ya bang"

"betis atlet semua" kata Yas pada aku

Badan macam askar.Kelengkapan lengkap.Mana lampu macam nak masuk gua.Kasut memang hiking habih.Khemah pun kemas.Sleeping Bag siap.Tak macam kami.Khemah pun senget sini sana.Air bocor.Selimut guna kain pelikat sahaja.Lampu harap handset sahaja.

"Memang gaya pro brader brader ni"

11.00 PM - Aku tidur.Bebudak lain masih berkeliaran.

Sunday,15 Nov 2009

7.00 Am - Yas kejutkan aku .Semalam tidur memang tak nyenyak langsung.Sejuk betul semalam.Mana dengan khemah bocor.Tidur pun dalam baju lembap.Mana dengan member2 kentut dalam khemah.Macam macam dugaan.Aku pun bangun menuju ke Sungai nak cuci muka dan berus gigi.Kelihatan brader brader Serdang tidur bergelimpangan dalam khemah.. erkk..

8.00 Am - Lepas mandi sungai,Sarapan beramai ramai.

9.00 Am - Bertolak mendaki gunung.Perit gila pendakian.Group 1st memang laju.Apa jenis dadah mereka guna.Aku ikut group 2nd aja.Tenang sikit.Angkat 2kali kaki,berehat.Makan jam jugak.




12.30 Pm - Tiba di Puncak Gunung.Kelihatan pendaki pendaki lain turun meraikan kejayaan tiba di puncak.Aku dah terbaring penat.Siap terlelap.Bekalan air pun dah habis.Rasa macam nak meragut pun ada kat atas sana.Pemandangan biasa sahaja.Just nampak pokok pokok.Mana puncak genting yang digembar gembur pun aku tak nampak.


1.30 Pm - Setelah selesai aktiviti bergambar,semua peserta turun.Time turun memang aku ikut group depan .Semua muka dh macam anjing lapar.Bukan main laju turun.Hujan yang turun menambah licin permukaan tanah.Air turut mengalir laju melalui denai denai trek pendakian.Jatuh tergelincir tuh dah macam perkara biasa.Sampai aku rasa setakat nak surfing kat Hawaii tuh memang tadak masalah.

4.00 PM - Tiba di camp site.Aku memang target sungai aja.Najis tak najis.Memang aku minum air sungai tuh.Dahaga mengalah neraka.Chef chef yang tinggal di camp keluar dari khemah dengan muka baru bangun tidur.Memang santai.Sementara menunggu peserta lain.Kami beriadah dan bersolat.

Time Solat,bebudak dah mula solat.Aku dan tuan mufti saja ketinggalan

"bro..kita sembahyang apa ni?? " tanya aku
" kita sembahyang jamak asar.Ni jamak takdim.Sebab bla bla" terang tuan mufti
aku hanya buat buat paham
"cemana nak niat nih bro,aku bukan reti sangat "
" hang niat ajak sembahyang jamak"
"ok Ok.."
masing masing "Allahuaakkbarrr"

Bila Imam bagi salam,tuan mufti turut memberi salam.Aku pun hanya menurut tuan mufti.

"bro..tadi kita masuk rakaat ke berapa?? " tanya aku dalam nada hairan kepada tuan mufti
Tuan Mufti terdiam.Gaya saja pakai ubat gigi zaitun.

5.00 Pm - Peserta lain tiba dicamp.Upacara makan beramai ramai.Memang semua muka lapar.Silap haribulan ada jugak member member yang kena sembelih buat lauk.

7.00 Pm - Bertolak turun ke kaki gunung.

9.30 Pm - Tiba dikaki Gunung.Sorang peserta perempuan pengsan.Tunggu bantuan tiba

11.00 PM - Bertolak pulang ke Cyberjaya.



Share:

13 November 2009

Gunung Nuang Here I Come!!!



Esok aku akan menyertai 19 rakan yang lain dibawah Persatuan Silat( Mazhab apa aku tak pasti,mungkin juga dibawah payung syeikh Rusyidi Al -Ghafur) bertolak ke Gunung Nuang,Hulu Langat untuk ekspedisi mendaki.Seingat aku,kali terakhir menyertai perkhemahan ialah sewaktu di tingkatan 3 under PKBM kalau tak silap.2009-2003= pergh!!.. sampai ka tak aku tak pasti.Agak2 tak larat aku buat buat sesat padahal naik bas balik cyber sahaja.

Namun dengan ilmu dari rancangan man vs wild berjumlah 3seasons dan ditambah edisi khas majalah 3 :19 hari sesat dihutan,aku pasti mampu menggalas cabaran ini.Kepada mereka mereka yang ingin menghubungi aku,sila hubungi di frekuensi 102.9 (pass:chaaa habaq habaq mai) ..
Share:

12 November 2009

Pendidikan Jasmani Kami 5 Harmoni


Versi orang rabun

Pengalaman Jasmani 5 harmoni
1. dilarang bermain bola
2. mengorek pasir sebahagian daripada kokurikulum
3. menerima penampaq adalah sebahagian daripada aktiviti kardiovaskular
4. aktiviti mengungut cikgu dengan perkataan "hangg berringgaattt!!!" tidak digalakkan

tetiba wat aku teringat satu peristiwa pada tahun 2005..


Apapun pesan cikgu akan saya ingat..dun worry..kan didi kan..kan..

Saya bukan apa.Kot nanti keluaq kangaq tetiba ada orang pukui kot belakang pulak.Saya nak cerita satu cerita.Dulu ada sorang pelajar tidak mendengar cakap gurunya,apabila tiba SPM,beliau gagal dalam matapelajaran tersebut.
-Cikgu Faizal
Pendidikan Jasmani tak masuk SPM cikgu ....

*hero bersuara

Share: