14 April 2009

Stuck In Malacca part 2

Day 3
Hari ketiga dan merupakan hari terakhir kami disini.Bangun sahaja dari tidur,kami menyiapkan diri untuk pulang.Setelah bersalaman dengan sifu,aku dan aje pun check out dari hotel konkod dan bergerak ke bandar melaka untuk sesi lawatan terakhir sebelum pulang.


Kami melihat dengan lebih dekat benda benda baru yang telah siap dibina di bandar hilir yang tidak ada sewaktu setahun lepas.Antaranya ialah,

River cruise cam ala² Venice
Mini Kota A'Famosa
Replika kincir air

Tower apa ntah untuk usha view bandar melaka

Aku sungguh kagum dengan kemajuan yang dikecapi negeri Melaka walaupun Ketua menterinya..dalam banyak banyak perubahan,cuma satu ja yang still maintain....

Bas local Melaka still maintain old skool sesuai dengan nama bandaraya bersejarah.Setelah melawat serba sedikit,aku dan aje bertolak pulang ke Bandaraya metropolitan dengkil.Sebelum pulang,kami tidak lupa untuk pekena cucur udang alor gajah walaupun hujan yang sungguh lebat.Perjalanan pulang kami selepas itu agak terganggu dengan hujan yang maha lebat sehingga ke Nilai,namun akhirnya kami tiba dengan selamat.Alhamdulillah.

Setinggi penghargaan kepada :-
Achik -Tq sebab belanja makan dan offer tempat tinggal
Sifu- Tq kerana menjadi tourist guide yang baik dan open ice blended
Abu-Walaupun tak jumpa,tq la bagi pinjam bilik,Tv besar dan PS3
Aje -Tq untuk sumbangan gambar dan co-pilot yangs setia menemani,tak macam cha,duduk aja terus lelap
Share:

0 Rangsangan: