Presentation

Friday, April 17, 2009

Presentation..presentation dan presentation lagik..
Semester ni kebanyakan assignment aku memerlukan presentation,tetambah untuk subjek communication yang memerlukan kita mengasah skill komunikasi dengan crowd.Sejak zaman present guna kertas manila kad (sampai sekarang aku tertanya² kenapa nama dia manila kad?asal Filipina ka?) sehinggalah menggunakan powerpoint,aku masih tidak gemar dengan presentation.Bila dekat aja turn nak kena pegang mikrofon,mula la berpeluh,berdebar,cuak dan rasa nak berak pun ada.

Tak kira present dihadapan seorang,dua orang mahupun full house,rasa berdebar tetap ada.Tapi sejak dua tiga menjak ni,rasa berdebar dalam diri aku ni dah kurang memandangkan dah banyak kali berada dalam situasi suspen ni.Ada member aku tunggu turn nak present dah macam tunggu bini bersalin,Jalan ke hulu ke hilir dengan muka gelabah dan berpeluh.Lagipun semua manusia ni lebih kurang aja,memasing berdebar tunggu turn nak present dan bagi aku turn yang terbaik untuk present ialah first.Sebabnya ialah time tuh,walaupun ramai orang,time tuh semua masing masing akan gelabah untuk turn masing masing nanti dan crowd akan kurang beri perhatian pada apa yang berlaku didepan.

Hari ni macam biasa kena present lagik tapi agak ok sebab ada 7 slides aja dan semuanya simple.So nak present kena lah pakai formal,tapi takda la aku nak pakai kot macam nak meeting dengan board of director.Cukup sekadar mengenakan kemeja beserta seluar pejabat dengan kasut pejabat.Tie?aku kurang berminat nak jerut² kat leher ni.Time ni la nak segak bergaya sedikit seperti orang ke pejabat.Ekceli aku tak payah berpakaian formal untuk membuatkan orang ramai percaya yang aku ni pekerja yang mempunyai socso dan berdaftar dengan KWSP.Tak percaya tanya Dr Subramanian,beliau juga tertipu ketika aku mengambil MC tempoh hari.

Dengan berpakaian segak seperti seseorang berjawatan tinggi,Pak Guard MMU pun dah angkat tangan tinggi tinggi kat aku dengan penuh senyuman berhemah ketika memasuki kampus.Tidak seperti kebiasaan dengan pandang tak pandang dan muka yang bengis.Setelah present nanti aku rasa nak lepak di Old Town sambil baca news Straits times dan sebelum itu yang paling penting aku nak mengenakan key chain BMW pada kunci kereta aku.Agak² ada chick melekat tak? hehehe..




You Might Also Like

2 Rangsangan

Flickr Images