23 April 2009

Find Me Gulity

Cerita ni berdasarkan kisah benar mengenai seorang ahli mafia Jack Dinorscio yang menjerumuskan satu 'famili' mafia nya ke makhamah akibat dikhianati sepupunya sendiri.Maka satu famili mafia ni dibawa ke makhamah untuk diadili.Ramai la peguam yang mewakili boss boss mafia ni tetapi jack Dinorscio yang tiada pengetahuan langsung dalam bidang guaman memilih untuk menjadi peguam untuk dirinya sendiri yang secara tidak langsung akan mempengaruhi nasib 'famili'nya.

Jack Dinorscio yang sungguh taat dengan 'famili'nya memegang prinsip tidak akan belot walau apa terjadi walaupun bossnya agak bengang dengannya.Maka bermula la pembicaraan yang memakan masa selama 21bulan yang tercatat sebagai kes perbicaraan mafia yang terpanjang didunia.Bagi mereka yang amik law,filem ni mungkin menari tetapi bagi yang tak amik law,mungkin agak bosan kerana filem ni hanya berlegar sekitar makhamah dan penjara.Tetapi agak menarik melihat gelagat Jack yang cuba membela diri dengan caranya.

IMDB bagi rate 7.1/10 ,dan aku setuju la.Sesuai ditonton kepada mereka yang sesuai.
Share:

0 Rangsangan: