Snatch (2000)

Thursday, April 23, 2009

Filem ni diarahkan oleh ex-husband Madonna,Guy Ritchie dan dibintangi brad pitt,jason statham dan banyak lagi pelakon kurang ternama.Aku memang salute dengan pengarah filem ni sebab aku tak dapat nak fikir cemana dia boleh terbayang nak wat cerita ni.Cerita ni agak berbelit untuk mengaitkan watak watak dalam filem ni yang akhirnya semua mempunyai keinginan yang satu,menjejak berlian yang dirompak untuk kepentingan masing masing.


Ketua gangster,perompak amatur,jurulatih tinju,perompak berlian,penjual senjata semua bersaing sesama sendiri untuk memiliki berlian tersebut.Dalam filem ni nanti akan menceritakan bagaimana mereka semua akan saling tersempak didalam proses mencari berlian tersebut.Jalan cerita dia memang kreatif dan lucu.Dekat IMDB filem ni meraih 8.2/10 daripada 138,929 votes dan aku tak hairan mau dapat 10/10 pun.Berbaloi untuk ditonton.

You Might Also Like

0 Rangsangan

Flickr Images