22 April 2009

Diet



Semua manusia dilahirkan dengan kadar metabolisma yang berlainan maka ada yang makan macam buaya seperti contoh cha,tapi badan tulang aja dan ada yang makan sikit,tapi still tough macam aku.Malam ni tetiba aku rasa lapar dan untuk pengetahuan anda,sungguh tak manis jika kita makan di lewat malam memandangkan badan kita kurang melakukan aktiviti melainkan tidur sahaja.Tidur tidak memerlukan energy yang banyak walaupun anda mimpi basah sekalipun.

Oleh kerana lapar,menu menu di kedai mamak Fadhinya sudah mula berlegar legar di benak fikiran ku.Dalam memikirkan menu menu tersebut,terlintas difikiran aku samada capati menggemukkan atau tidak.Ada yang cakap capati ni makan la 7-8 keping still tak akan effect ,ada yang cakap capati menggemukkan tetapi kurang sikit dari abgnya,roti canai.Tapi aku rasa,benda apa pun kalau masuk perut akan dicerna dan diserap masuk kat badan jugak.Ekceli capati adalah kabohidrat maka kabohidrat apabila dicerna akan menjadi tenaga.Apabila tenaga tidak digunakan,lebihannya akan disimpan dalam bentuk lemak and still menggemukkan.

Aku dan obesiti agak sinonim memandangkan sejak sekian lama.Aku tidak dilahirkan gemuk,dulu zaman kanak kanak aku slim seperti kanak kanak yang lain,tapi oleh sebab time tuh (sblum adik laki aku lahir) aku aja anak laki,aku dilayan dengan penuh berhemah.Bapak aku yang jeles tengok aku kurus telah mula menyediakan aku dengan kulit kulit ayam KFC apabila makan di restoren mr kolonel.Start pada tuh,makin lama makin lebar.Bila time makan,benda pertama bila duduk dimeja makan ialah 'target' ayam yang paling besar.Persaigan agak sengit ketika itu memandangkan kakak aku juga agak produktif seperti aku sehingga kekadang boleh bawak kepada gaduh.

Start form 1 macam tuh aku dah start ada kesedaran sivik sikit memandangkan gemuk ni tak best dan tak hensem.Nak beli seluar susah,saiz pinggang mau orang dewasa.Bila dah saiz orang dewasa,kaki kompom kena bawak tailor aja untuk potong sesuai dengan ketianggian remaja.Beli baju,nak design lawa lawa semua kecik aja,so choice agak limited dan antara yang banyak membantu ialah kelas sains form 2 kalau tak silap.Time tuh ada belajar tentang pemakanan.Yang mana leh gemuk,yang mana ok.So start pada tuh aku dah dapat kick start.Yang susah bagi mereka yang obesiti ni just nk dapat kick start tuh,kena la ada kesedaran yang mendalam.Ok,sesudah kick start,aku mula memilih makanan,petang petang aku berjoging macam haram.Penat tak payah sembang la,nak pengsan pun ada sebab badan besar dan tak biasa bergerak.Tapi lama lama kaki dah start terbiasa,maka dah jadi macam ketagih.

Dalam bersenam,makanan aku jaga,nasik tak sentuh,makan lauk aja.Lauk pun tak banyak choice,berat kepada ikan aja sebab ikan ni protein.Protein takkan disimpan jadi lemak dan akan keluar melalui urine.Malam sentuh buah buahan aja banyak,burger,fries apa semua aku tolak tepi.Kalo kata best tobat tak best la,dulu piza satu talam pun aku leh setelkan.Start pada tuh,berat aku susut ketara (serius 1st time senang gila nk turun berat badan) dalam masa 4bulan macam tuh.Siap cikgu aku pun dah mula syak aku amik dadah dan isap rokok.Haiihh,negatip toi pemikiran cikgu nih.

Start tuh,aku dah bebas dari obesiti totally.Maka sampai la tahap yang paling susah,nak maintain.Lama kelamaan aku dah mula fedup jaga makan,nak rasa jugak makanan heaven2 macam orang lain,maka aku dah start makan macam buaya semula.Ditambah pulak aku start keja kantin dan catering lepas SPM,makanan keliling.Tak cukup dengan tuh,aku masuk MMU.Masuk MMU,aku stop bersenam,banyak lepak sedut movie,duduk dalam bilik dan layan movie sambil makan.Nasik beriani ayam madu merupakan feveret aku.Lama kelamaan,berat aku mencecah 80-an.Start daripada tuh,seluar dah payah carik balik,baju dh cam sarung nangka.Agak susah nak dapat feel takut kepada minyak semula disebabkan terdedah lama sangat dengan makanan berlemak.Tapi setelah memikirkan kesihatan dan faktor2 lain,aku dah dapat feel dan mengubah cara pemakanan aku.

Tapi kali ni aku dah sedar yang dalam berdiet,tak boleh nak seksa diri dengan tak makan langsung nasik dan menda lain².Ekceli diet perlu seimbang agar jangan diluar nampak ramping,tapi didalam dah hancus.Umur 30 sakit jantung umur 40 dah lepak di alam barzakh bersama mahadewa kaiou.Kita ta boleh tak mengambil kabohidrat langsung seperti nasi kerana apabila kita memotong kabohidrat dari list makanan,maka ia akan mebawa kepada fenomena ketosis dimana badan akan 'makan' sel sel badan untuk memaksa penghasilan glukosa.Tak elok beb,adakah anda mahu bini anda menjadi janda muda merangkap MILF? of course not kan,so hindari ia.Selepas melakukan semua itu,berat dah ok sikit walaupun tak ramping macam cha.BMI dah normal dan hidup pun senang walaupun petang petang kena keluarkan peluh tak kira macam mana pun.

So,yang penting makanan kena seimbang terutama di siang hari sebab badan perlu tenaga.Malam jangan makan banyak.Bersenam tuh lebih.Minum air kosong bila lepak makan.Tak payah percaya produk perlangsingan.Gambar pun dah boleh photoshop.Selepas membebel pasal diet,rasa lapar pun dah hilang.So aku nak lena.

*time search tentang fakta fakta,aku terjumpa web ni http://cekodok.com/.Amat berguna kepada mereka yang nak tau tentang kalori didalam kebayakan masakan popular di Malaysia dan kalori yang diperlukan tubuh.Kira kira badan aku perlukan sekitar 2433.2 kalori/day.

Share:

2 Rangsangan:

Gak® said...

hai cha....
bnyk nama aku nmpk...
ciss...

patot la aku tgk da blipat skang..=))
belipat apa??
ha tu kita xtawu...

Anep said...

cha kurus sbb duit simpan blanja awek