05 November 2014

Cara aku membeli barang

Duduk tak duduk terasa pulak aku nak dedahkan sedikit sisi diri aku ni. Ya lah, mana boleh cerita semua kan. Lainlah kalau makan tidur sebantal dengan aku maka boleh la nampak bersisi sisi. Pada aku, untuk soal pembelian sesuatu barang contohnya seperti gajet, barang elektrik, supplement gym dan yang penting bertambah mahal harga barang maka akan bertambah cerewet lah lagi aku dari segi pemilihan.

First, kalau barang tuh diberi secara online, aku akan pastikan dulu ke"reliable"an sesuatu laman web tuh. Atau kalau dalam forum pula aku akan baca dulu reviews orang yang pernah beli. Untuk memastikan reviews pembeli itu pula geniune, aku akan check dulu samada account user pembeli tuh memang genuine atau newly registered member. Bukan apa, aku dok nampak gak sesetengah penjual di forum ni jenis create new account untuk berlakon jadi pembeli yang berpuas hati. Tak guna kalau harga murah tapi berisiko. Maklumlah zaman sekarang banyak penipuan berlaku dalam jual beli atas talian ni.

Selesai bab penjual, aku akan cari pulak bab reviews barang tersebut. Zaman sekarang banyak sangat jenama dan model. Kekadang pening nak pilih mana satu. Rules no 1 aku selalu guna, lagi mahal sesuatu produk, kebarangkalian ia lebih baik adalah tinggi tapi tak semua. Sesetengah produk tuh mahal kes jenama aja. Jadi kena pandai-pandai pilih.

Bab jenama, aku tak choosy sangat cuma bila pakai produk berjenama selalunya kualiti terjamin namun macam aku cakap tadi, selalunya mahal kes nak cover balik kos iklan mereka selama ni.  Zaman sekarang brand Made In China pun dah makin "UP" bersaing dengan jenama global yang lain. Sesetengah dari mereka kalau tak setanding pun, hampir setanding dengan jenama terkenal dengan separuh harga produk. Baru-baru ni aku ada beli TV LED made in Chine jenama HISENSE. Sumpah tak pernah dengar brand ni sebelum ni. Tapi aku google habis sampai ke gambar kilang aku cari. Haha. So dari tengok gaya kilang yang canggih tuh, aku berani gamble beli produk buatan China ni. Hasilnya memang berbaloi untuk setiap sen. 

Lepas ni mahal dah kot nak cover kos iklan
Selain dari jenama, bab paling penting yang aku ambil berat adalah spesifikasi sesuatu produk. Aku akan research dulu apa itu dual core, apa itu android, apa itu kelebihan sesuatu jenis tuh dan segalannya lah. Aku ni bukan jenis tahu sangat tetambah barangan elektronik yang cepat berubah. Jadi sebelum beli sesuatu barang aku akan pastikan aku faham dulu tentang jenis produk dah pilihan yang ada dipasaran. Maka tak perlu aku telan bulat-bulat apa yang dicerita salesman. Aku ni kalau salesman cakap memang tak percaya sangat. Dah nama pun salesmankan. Tetambah kalau yang jenis dapat komisen dari hasil jualan.

Waktu membeli tuh lah aku selalu akan buat-buat tanya salesman perkara sekian-sekian yang padahal aku dah tahu. Saja sekadar nak tengok kejujuran atau tahap pemahaman salesman itu sendiri. Aku paling tak suka berdepan salesman tanpa aku faham tentang sesuatu produk dan terpaksa mendengar penerangan seperti dengar tazkirah dalam bahasa Jawa. Mungkin aku ni ada masalah nak percaya orang jugak barangkali. haha.

Apapun aku bercerita sekadar perkongsian cara aku berbelanja. Nak kata semua pilihan pembelian aku berbaloi tak juga. Ada juga kekadang terlepas pandang. Cuma atleast aku membeli sesuatu tuh atas pilihan sendiri bukan suggestion salesman. 

P/s : Sesetengah orang kalau nak beli kereta contohnya, kalau nak pilih antara Proton Saga atau Perodua Myvi, jangan lah pulak pergi tanya salesman Perodua " Saga dengan Myvi mana lagi ok yee ~ "





Share:

04 November 2014

Redah 2.0 : Indonesia ( Aceh - Medan - Jakarta - Bandung - Yogyakarta ) Day 1

Bermula dari sesaja gatal tangan beli tiket sewaktu promosi AirAsia 5 bulan lepas, tak sangka pejam celik akhirnya aku dah dalam perjalanan ke Banda Acheh, Indonesia.

Perancangan pada mulanya adalah untuk ke Jakarta-Bandung-Yogjakarta bersama Cik Dee, namun selepas difikir-fikir, aku rasa baik aku khatamkan sekali Sumatera yang bermaksud aku jelajah 60 % dari negara besar Indonesia.Jadi plan pun diatur dan aku akan kesana awal seminggu travel secara Solo ke Aceh - Medan - Bukit Tinggi - Palembang sebelum bertemu dengan Cik Dee seminggu kemudian untuk perjalanan Jakarta-Bandung-Acheh.

Perancangan Asal
 Namun apakan daya, kita hanya mampu merancang. Last minute Cik Dee dapat bertukar ke Perlis dan tak dapat bercuti kerana perlu belajar dari orang yang akan pencen dalam masa sebulan. Memandangkan dipihak aku, perancangan telah diatur secara rapi dan aku pun dah bukan main menabung selama 4 bulan ni, jadi mahu tak mahu, aku redaaahhhh saja Indonesia secara solo.

DAY 1 : Banda Aceh

Perjalanan flight dari KLIA2 ke Sultan Iskandar Muda International Airport, Banda Aceh memakan masa selama 1 jam 30 minit . Dalam flight ni boleh dikatakan 80% penumpang warga Indonesia dimana selebihnya adalah orang Malaysia dan dua tiga orang mat salleh.

Dalam keadaan percaya tak percaya dah nak gerak ke seberang
Kebetulan aku dapat duduk sebelah awek tak berapa awek yang berasal dari Aceh ni jadi dalam perjalanan sempat berborak seketika tanya-tanya perihal macam mana nak ke town dari airport dan ke tempat tourist attraction atau dalam bahasa Indonesianya dipanggil Wisata. Mereka ni cikgu yang ke Malaysia atas urusan di UPSI. Siap bagi no telefon lagi suruh call kalau apa-apa. Aku cakap kalau aku sesat atau kena culik ja aku call. Hehe..

Baru sampai Airport pun sudah ternampak ke"Islamik"an orang Aceh. Terminal dah rupa Masjid
Sewaktu mengisi arrival form ketika tiba di airport, seorang pak cik Melayu dalam lingkungan 50-an ni datang bertanya pada aku cara nak mengisi form sebelum meminta bantuan aku untuk tolong isikan. Aku pun iyakan saja. Dalam tengah mengisi tuh sempat juga aku bersembang sedikit sebanyak lagipun aku perlu tahu info dia untuk isi dalam borang nih.Tanya punya tanya rupanya dia pun datang dari Perlis. Datang ke Aceh sebab nak tambah "cawangan". Macam2. Lagi nak cover-cover memula tadi cakap nak jumpa kawan. Haha.

Aku ada request untuk airport pickup dari hotel yang akan aku duduki iaitu Hotel 61 namun senyap sunyi. Mungkin salah aku jugak tak follow up. Akhirnya aku naik taxi aja ke bandar atau orang sini panggil kota.

Pada mulanya driver taxi ni minta Rp95,000 namun lepas nego dapatlah Rp80,000. Driver taxi ni tak lah ramah sangat. Dah la tak ramah, lagi tak nak bukak radio maka bertambahlah ke'awkward'an situasinya. Akhirnya aku jugak lah yang nak kena buka bicara. Banyak lah yang aku tanya. Ada sekali tuh aku tanya betul ka kat Aceh ni tak boleh pakai seluar pendek tak tutup aurat ( aku saja ja tanya padahal aku pun tak pakai seluar pendek). Terus dia tanya " kamu Muslim kan ? " Aku pun " Ya" . Lantas dia berkata " jadi pakei aja yang menutup aurat ". Marah gaya. Haha. Ini menunjukkan betapa Islamiknya mereka.

Perjalanan memakan masa lebih kurang 20 minit sebelum tiba di Hotel 61 yang terletak lebih kurang 1km aja dari Masjid Baiturrahman ( Masjid ni merupakan center kota ).

Bilik yang ok untuk traveler solo ataupun mereka yang sekadar nak buat tidur
Selepas berehat dan solat, aku pun menapak 1km menuju ke Masjid Baiturrahman. Saja nak tengok masjid dan kawasan sekitar. Macam tak percaya pun ada bila Masjid Baiturrahman yang merupakan salah satu simbol kota Aceh ini akhirnya berada didepan mata. Suasana diperkarangan masjid sungguh meriah ( gambar dibawah diambil sewaktu kunjungan keesokan pagi ) dengan orang ramai bersantai bersama keluarga. Siap ada photographer menawarkan perkhidmatan gambar segera disini bagi mereka yang nak bergambar dengan latar belakang masjid.

Reka bentuk yang unik. 2 kali tengok macam Masjid Zahir Alor Setar pun ada.
Kolam besar depan masjid. Dalam ni ada ikan kap yang jinak-jinak
Dipokok sebelah kanan tuh terdapat tugu batu yang menandakan tempat tewasnya seorang pegawai Belanda sewaktu kebangkitan menentang penjajahan Belanda.
Menara Masjid yang tak bersambung dengan Masjid.

Upin Ipin Albino, Only In Aceh
Misi seterusnya adalah untuk mencari simcard local. Kebetulan berdekatan masjid terdapat sebuah kedai telefon yang juga merupakan sesebuahnya kedai telefon dikawasan tersebut. Berdasarkan pertanyaan pada supir taxi dan Cikgu Mala tadi, mereka suggestkan aku untuk guna simcard TELKOMSEL namun member aku dan beberapa sumber komen di Internet mengatakan simcard XL bagus. Akhirnya aku lebih percaya suggestion internet berbanding cakap orang local. Haha. Aku pun pilih XL yang rupa-rupanya dibawah payung AXIATA group sekali CELCOM.

Pada mulanya suspen jugak sebab simcard dah diaktifkan tapi line tak muncul-muncul. Budak kedai telefon tuh dah panik sebelum panggil tauke kedai untuk tengok. Tauke kedai belek-belek pun tak jalan. Line tak nak muncul. Aku pulak ambil turn periksa. Ntah macam mana lepas saja aku pegang beberapa saat line XL pun muncul. Yang tauke tuh dah kagum macam aku terror padahal aku rasa lepas register kena tunggu 5-10 minit baru line diaktifkan.

Selepas setel bab simcard, aku pun mula misi seterus mencari kedai makan memandangkan dah lewat petang. Last makan di KLIA2 pagi tadi. Tak susah pun nak cari kedai makan, bersepah, cuma tunggu nak pilih aja. Aku main masuk kedai yang ada orang sikit untuk pekena mee sup ayam. Ok la mee sup ayam dia, nak kata special or pelik sangat lebih kurang ja mee sup Malaysia atau Thai cuma ada bahan-bahan lebih atau kurang.

Pada sebelah malam, aku keluar mencari port untuk mengopi sambil nak research2 sikit untuk aktiviti esok. Disimpang lima yang tak berapa langkah dari Hotel 61 terdapat 4 cafe yang terletak bersebelahan. Dua daripadanya tampak lebih kepada restoren dimana ramai budak muda melepak, yang satu tuh dah lenggang macam nak tutup jadi aku pilih yang paling grand antara semua iaitu Galeri5.

Simpang 5 disiang hari
Suspen jugak nak masuk pada mulanya sebab kat pintu pun dah tertempek logo VISA/MASTERCARD but then aku teringat yang Whatdaheck! aku ni Jutawan kot.....

Nachos yang sedap gilak dan Flat White Coffee baru Rp77,000
Share:

02 November 2014

Viper Challenge 2014

Kalau disebut Viper Challenge, mesti tak ramai yang sedar akan kewujudan event cabaran berhalangan yang diadakan di Litar Sepang (SIC) ini. Sebab tu kalau ditanya kemana aku pergi pada suatu sabtu, aku akan jawab pergi marathon jek. Viper Challenge atau dalam bahasa Melayunya Cabaran Viper menyajikan 20km perjalanan yang perlu ditempuhi peserta dan dalam perjalanan itu pula terdapat 20 halangan yang perlu ditempuhi. Acara ini diadakan selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad dan peserta dilepaskan secara berkala. Jadi boleh pilih nak pergi hari apa dan starting time pukul berapa.

Dianjurkan kali pertama pada tahun lepas, aku yang terjumpa tentang acara ni di internet pun terus sesaja cabar rakan sindiket aktiviti lasak aku, Syazana a.k.a Tokta. Gaya aku sebut serupa dia ni power kan, padahal lembik aja orangnya. Cuma yang powernya dia ni, kalau ajak ke mana-mana aktiviti lasak dia on aja. Itu yang aku respek.

Pada edisi pertama Viper tahun lepas, kami memula agak cuak jugak bila terjumpa page-page FB, twitter, instagram bakal-bakal peserta lain yang tampak prepare serupa nak pergi perang. Siap ada yang join boot camp semata-mata nak redah Viper. Kami punya preparation sekadar panjat Broga ja.Huhu. Tapi Alhamdulillah lepas dengan selamat juga semua cabaran. Cuma dalam acara 2013 aku lebih terasa seperti tahanan perang instead of peserta cabaran berbayar sebab semua peserta dehydrated kerana penganjur menyediakan lebih kurang 4 water station sahaja yang bermakna peserta terpaksa menapak 5 km dalam panas terik untuk jumpa next water station. Memang aku pasti ramai yang maki tahun lepas.

Pada tahun ni, aku join bersama partner yang sama meredah Viper Challenge 2014. Beberapa minggu awal aku dah terima email dari penganjur yang setiap peserta perlu tiba 2jam lebih awal sebelum masa pendaftaran bermakna dalam kes kami yang start pukul 8.20 ni, pukul 6.20 dah kena terpacak sana. Jadi agak2 pukul berapa nak keluar? Nasib baik juga Tokta bukan main kata kat aku suruh rileks aja, yang ternyata benar, takda masalah pun register 30 minit sebelum acara bermula. Aku rasa mungkin semakin dimamah usia aku jadi makin takut nak langgar bab2 rules and regulations ni..huhu

Tapi bak nasihat cikgu-cikgu disekolah, datang lah awal untuk elak masalah dan ternyata sewaktu kami baru sibuk nak check in bag kat tempat penyimpanan, MC diimport dari afrika dah start countdown untuk melepaskan peserta sesi 8.20am. Walaupun bukan kami sahaja yang jenis perangai last minute macam ni, namun tahun ni terlepaslah untuk dilepaskan beramai-ramai, so kami start 5 minit lewat dimana semasa lalu entrance start pun tak meriah. Adeh.

Aku perasan untuk acara tahun ni pengajur telah belajar dari kesilapan lampau dimana water booth telah diwujudkan untuk setiap 2km dan kali ni mereka menyediakan air mineral serta siap kasi 7up revive dengan cukup. Tak macam tahun lepas, minum dari tangki air SYABAS aja. Hampeh. Halangan - halangan tahun ini juga 70 % adalah baru dan sesetengah tuh diubahsuai dari halangan lama jadi untuk next Viper tak boleh nak expect halangan yang sama lagi. 

Bagi aku semua halangan aku boleh buat dengan sendiri walaupun dalam event-event sebegini lebih menerapkan teamwork. Ya lah, macam mana nak teamwork sebab aku team pun berdua, dan banyak juga halangan yang partner aku Tokta skip. Jadi selagi boleh redah sendiri, aku buat aja halangan secara sendiri. 

Dalam kesemua halangan, terdapat satu halangan bernama "define gravity" yang memang tak logik nak buat sendiri. Dah nama halangan pun dah macam nak suruh lawan hukum logik kan? Yang Tokta dah awal-awal macam biasa duduk tenggek di tepi untuk skip aktiviti tersebut. Halangan define gravity ni adalah halangan dinding tegak setinggi 4m. Kalau boleh ambil lajak mungkin aku boleh cuba sendiri tapi ni tak, saja ja diwujudkan longkang sebelum dinding tuh. Jadi memang tiada pilihan lain melainkan kena memasing bekerjasama bantu tolak ka, angkat ka, pijak bahu ka, untuk sesorang lepas dinding tuh. Jadi nak tak nak aku terpaksa minta tolong orang. 

Dalam 5-6 group yang berkumpul tengah bekerjasama nak hadapi dinding tegak setinggi 4 meter ni, aku spot satu group 2 indian dan 2 chinese ni yang tengah bekerjasama hadapi halangan tersebut. Jadi dengan slumber aku pun approach mereka dan cakap aku nak join sebab takda partner dan impossible untuk buat sorang. Aku tengok diaorang pun macam layan tak layan aja aku.

Untuk halangan ni bukan sekadar kena pijak bahu 2 orang yang tengah menyandar, tetapi perlu juga ada pertolongan dari atas untuk tolong tarik naik. Memang perlu kerjasama.Aku sebagai penumpang dalam group diaorang tuh pun takkanlah nak mintak turn awal2 kan, jadi aku tolonglah dulu orang lain naik bagi lepas termasuk sorang india gedabak besar ni. Akhir sekali tinggal aku dengan sorang India dari group mereka ni aja dibawah. India kat bawah ni pun berbadan besar, so kalau aku pijak bahu dia sorang pun dah boleh lepas, lagipun awal2 tadi dia dah cakap dia macam mustahil nak lepas cabaran ni. Belum sempat aku nak cakap apa-apa, India ni terus blah skip cabaran tuh tinggal aku sesorang terkontang kanting. WTF! Selepas aku tolong group mereka siap bagi india bapak besar pijak bahu aku, diaorang blah macam tuh aja. Aku memang speechless.

Lebih kurang macam ni cabarannya. - http://www.townofcary.org/
Aku taknak judge dalam point racism cuma the first thing yang buat aku target group mereka adalah kerana aku nampak group diaorang ni 2 chinese 2 indian so mereka mesti lebih ok bab toleransi kaum dari group purely chinese lagi 4 disebelah tuh. Aku taknak mengalah dan skip cabaran ni jadi aku tunggu aja lah depan dinding besar tuh sambil usha kiri kanan. 

Dalam mencari target seterusnya datang sorang brader ni sapa aku yang rupanya dia pun solo takda partner nak lepasi halangan ni. Tapi sekadar kami berdua pun mustahil nak lepas. Kalau lepas pun mungkin aku sorang dan takkan aku nak blah tinggal dia pulak kan. Haha. Nasib baik lah tak lama kemudian datang satu group bebudak lelaki melayu 4-5 orang yang datang nak buat cabaran. Jadi mereka pun dengan ok-nya tolong kami berdua melepasi halangan tersebut. Aku pun tak lah blah terus, lepas dah sampai atas aku tarik lah mereka naik pulak. 

Cuma apa yang aku nampak dalam acara sebegini yang mengumpulkan pelbagai bangsa dan warna kulit, masing-masing hanya bergaul sesama bangsa sendiri, berjalan serta buat hal pun sesama bangsa sendiri dan hadapi halangan pun sesama bangsa sendiri. Ada juga yang groupnya multiracial tapi boleh kira dengan jari dan aku tak nafikan aku nampak ada juga yang berlainan bangsa bantu sesama rakyat Malaysia tapi itu semua tak se'obvious' jurang antara kaum yang kelihatan dalam acara ini dan dalam masyarakat kita secara am-nya. 

In the end kami berdua berjaya hadapi cabaran selepas 6 jam menempuh halangan. Dan pada edisi tahun ini juga aku nampak halangan terbesar selain fizikal dan mental adalah cabaran kepada kasut peserta kerana untuk edisi tahun ini peserta lebih banyak bergelumang dengan lumpur dan tanah merah berbanding tahun lepas yang lebih banyak atas main tar. Jadi banyaklah tapak-tapak kasut yang kelihatan disepanjang perjalanan disamping pemandangan peserta terpaksa berjalan dengan stokin sahaja. Aku takleh bayang macam mana nak tamatkan dengan stokin aja. Dan akhirnya aku spot brader yang bailed on me tadi dah terduduk sebelah Ambulans. Haha. Tahniah pada mereka yang berjaya. Apapun, See u next year Viper.

see you this March!


TIPS FOR VIPER CHALLENGE 
  • More focus on your legs training since 80% of overall challenges come from grueling 20 KM walk. Do a lot of jogging/ walking/ climbing / squat etc
  • Train your arm because mostly the obstacles need you have a strong arm to pull yourself up. Do a lot of chin up / pull up etc 
  • Even though Organizer's website has stated not to wear your favorite shoes since it gonna rip off bla bla, that doesn't mean you need to wear your nearly torn out shoes. I've used the same shoes for both Viper and it still survive till now. I'm sure walking barefoot in the day of the event is not fun. So wear a good sport shoes! 
  • Help each other even though they're not from your group. That's all this event about. If you just want to have fun with your teammate, perhaps private boot camp is a better choice.
Share:

08 October 2014

Urusan di JPN dan Imigresen


Dah lama aku berniat untuk menukar kad pengenalan lama aku kepada kad pengenalan yang baru tapi disebabkan tiada keperluan mendesak, terasa berat aja hati nak bersesak di Jabatan Pendaftaran.

Sewaktu belajar di MMU dulu, aku guna ID sementara jenis liminate sampai aku nak konvo. Tukar pun kes time konvo perlu scan kad tuh di peranti. Banyak kali jugak sewaktu masuk final exam, pemeriksa pandang slack pada aku sebab dah tahun ke 2 dan ke 3 masih pakai kad ID zaman foundation. Even aku pernah kena isi borang pelawat sewaktu nak masuk kampus gara-gara abang guard tak pernah nampak orang guna kad liminate macam aku tuh. Haha.

Memandangkan kali ni kad pengenalan lama aku ni (buat waktu form5) dah patah dan kusam pun, maka afdal lah untuk aku tukar. Lagipun aku nak ke Jabatan Imegresen di Kompeks yang sama untuk renew passport.

Alhamdulillah dalam Quran pun galakkan keluar awal pagi mencari rezeki, dan "pengeluaran" aku di awal pagi hari ni ternyata berbaloi dimana urusan untuk buat kad pengenalan hanya memakan masa lebih kurang 30minit.

Semua ni bagi aku bukan atas sesebuah Jabatan tapi lebih kepada keupayaan orang atasan Jabatan untuk manage anak anak buah untuk buat kerja. Ni kalau pepagi semua melepak kantin makan, pukul 11 makan, tengahari rehat 2 jam, pukul 4 minum petang dan 5.00 tepat balik, setakat nak proses cop pun jadi lambat.

Lepas selesai buat Kad Pengenalan, aku naik pula ke aras dua untuk proses renew Passport. Macam waktu buat Kad Pengenalan tadi, ada 4-5 orang aja yang menunggu. Tapi waktu menunggu ni aku rasa marah sungguh melihat telatah seorang lelaki cina ni yang datang dengan pakai seluar pendek bola saja. Seolah - olah tidak menghormati urusan rasmi. Kenapa aku mention bangsa? sebab aku tak pernah lagi nampak bangsa lain berperangai begini samada Melayu, India mahupun Iban datang bercawat ke pejabat Kerajaan. 

Kerajaan patut guna banner yang mampu bersuara dan boleh pegang cota

Sempat snap time ni ja time aku nak turun ke kantin


Even waktu aku nak keluar pun boleh nampak satu family Cina ni dengan slumber parking dan tinggal kereta di tempat VVIP parking ( Pelawat tak dibenarkan parking dalam kompleks, perlu parking pelawat diluar kompleks ) sebelum di sound oleh abang RELA. Padahal aku tengok ramai aja orang tua berjalan terbongkok-bongkok dari parking pelawat. Takda masalah pun. Kenapa aku tekankan sekali lagi adalah kerana sepanjang duduk di KL aku dapat lihat perangai jenis pentingkan diri dan nak mudah kerja mereka aja.

Sebelum renew passport, aku dah singgah booth ambil gambar ditingkat bawah. Begitulah sebelum-sebelum ini dimana kena bawa sendiri gambar. Namun sewaktu berurusan untuk renew passport, pegawai Imigresen terbabit menyuruh aku duduk untuk ambil gambar. Adeh. Percuma pulak tuh. Dah la kedai gambar kat bawah ambik gambar guna kamera cikai aja tanpa guna tripod. Jadi burn RM10 tadi sekadar bayaran untuk bersembang dengan awek booth aja la. Huhu.

Kedua-dua urusan aku diatas hanya memakan masa lebih kurang 1 jam setengah saja. Overall aku sangat berpuas hati berurusan dengan Jabatan Pendaftaran dan Imigresen Perlis yang efisen. Cuma sebenarnya aku tengok boleh aja buat laju lagi tapi disebabkan awal pagi, jadi ramailah staff yang masih melepak di kantin.

Gambar lama Kompleks KDN, sekarang dah diturap elok - google

Share:

03 October 2014

Pesanan KePengunaan : Warranty


Jikalau sebut bab warranty, ramai diantara kita yang mengambil mudah tanpa membaca atau membelek langsung keratan kertas warranty yang disertakan bersama produk. Apa yang yang kita tahu adalah bertanya pada tauke kedai berapa lama cover dan terus assume barang kita terus dicover warranty yang dinyatakan setelah beli.

Warranty ialah jaminan yang diberi pengeluar produk untuk mengganti atau memperbaiki kerosakan produk yang disebabkan oleh kecuaian atau masalah ketika pemasangan dikilang etc. Sebagai peniaga yang mementingkan keuntungan, warranty ialah antara perkara yang mereka tidak suka kerana ia melibatkan pertambahan kos dan kerugian pada pihak pengeluar.

Jadi  pengeluar mengenakan syarat yang ketat untuk membolehkan sesuatu warranty itu terjamin. Antara yang selalu adalah perlu memulangkan salinan warranty kepada pengeluar dalam tempoh masa tertentu ( selalunya pendek) dan beserta cop penjual (selalunya penjual jarang cop).

Pengalaman pertama aku adalah membeli tilam. Sewaktu membeli, tauke kedai menyatakan ia mempunyai warranty selama 5 tahun. Jadi aku pada masa itu nampak kertas warranty terbalut bersama tilam. Setelah tilam dihantar ke rumah dan proses mengoyak plastic, aku pun ambil keratan warranty untuk disimpan. Selepas membaca, ia menyatakan kad warranty perlu dicop penjual dan perlu disimpan dengan resit pembelian. Masalahnya adalah penjual tak cop. Jadi warranty sekadar sekeping kertas tak bernilai.

Pengalaman kedua membeli Tv, setelah mengambil iktibar dari pengalaman pertama, perkara pertama yang aku tengok selepas membayar adalah periksa keratan warranty. Didalam ia menyatakan bahawa salinan warranty perlu dihantar kepada pihak pengeluar dalam masa seminggu. Selepas faham syarat warranty, aku saja bertanya pada penjual warranty ni kena hantar atau macam mana namun dia menyatakan tak perlu, simpan saja. Kalau kita main ikut kata-kata penjual terbabit maka void atau terbatal lah warranty kita.

Pengalaman kelmarin pula, aku membeli kompak camera Canon di Fotokem Sunway. Perkara sama berlaku, aku baca bagi paham dan buat – buat Tanya. Jawapan sama macam pengalaman beli Tv arituh, penjual kata simpan resit saja sedangkan dalam kertas warranty dah tertulis perlu dihantar dalam masa 2minggu. Lepas aku tunjukkan syarat tertera, terus penjual macam kaget dan cakap “ooooh..ya..ya..u perlu register maa, u mau saya register sekarang kaa? Boley boley.. “ pulokk … 

Disini aku tak pasti kenapa pihak penjual bertindak sedemikian, nak kata mereka takut atau malas nak handle produk kalau defect boleh jadi lah namun apapun kos atau masalah ditanggung pihak pengeluar. Apapun kita sebagai pengguna perlu peka.


Share:

29 September 2014

Madrasah

Pembinaan madrasah yang berkembang di Malaysia membuktikan bahawa masyarakat kita masih peka pada aspek rohaniah. Selalunya madrasah mengambil budak-budak dalam umur 7 tahun keatas dan ada tempat yang bapak budak pon boleh join.

Madrasah di Pakistan - islammonitor.org
Di rumah aku, terdapat sebuah Madrasah yang aku rasa baru wujud sebab baru beberapa bulan ni dapat dilihat belasan budak-budak berserban dan jubah menyertai kami menunaikan solat Jumaat di Masjid.

Namun, aku kalau boleh akan cuba elak untuk dari sembahyang bersebelahan dengan mereka. Mungkin tampak kurang baik statement aku ni, namun puncanya adalah aku dapati mereka ni agak berbau sehingga menganggu solat aku.

Bau itu datangnya dari badan dan sesetengah dari basuhan baju yang tak sempurna. Macam baju terlebih sabun atau keringkan tak betul etc membuatkan ia berbau masam.

Aku tak salahkan para pelajar yang muda dan masih mentah ni sebab aku sewaktu diusia mereka pon tak tahu menahu aspek kebersihan yang betul. Disini soal kebersihan tersebut haruslah dipikul oleh Tok Guru2 mereka.

Memang kalau nak kata busuk, ada ja budak lain yang sama aja bau masamnya seperti bebudak duduk hostel dan yang kurang didikan ibubapa namun sebagai seorang pelajar madrasah yang menjadi pelapis alim ulama Islam, mereka patut menonjolkan imej kebersihan yang terdapat dalam Islam.

Seolah jika kita lihat Sami Buddha yang berbau busuk, kita takkan cakap brader tersebut bau busuk tapi akan cakap Sami Buddha bau busuk kerana imej agama yang dibawa secara tidak langsung kita mengaitkan agama itu dengan ketidakbersihan. Ini sebagai contoh.

Jadi Tok Guru sekalian jangan sekadar bimbing dari Ilmu tajwid etc, tapi tekankan sekali soal lain seperti kebersihan diri. Aku kalau boleh nak tengok madrasah dimodenkan. Ajar sekali subjek komputer, fizik, kimia apa bagai. Baru kita mampu lahirkan ilmuwan-ilmuwan moden. Ni hanya berharap nak bangga denga ilmuwan silam.
Share:

25 September 2014

Movie Review Ringkas #1

Sebelum ni aku bukanlah kaki wayang mahupun movie sangat. Namun sebagai penuntut MMU, agak sukar untuk tidak menjadi peminat movie memandangkan terdapat laman torrent local network yang tersedia untuk student berkongsi filem. Kalau di Melaka dulu bukan setakat movie biasa-biasa, yang "luar biasa" pun dikongsi sama. Yang kelakornyee bebudak dapat detect ip rumah warden tengah muat turun movie "luar biasa" terbabit.Ngeh3.

Genre movie yang aku layan lebih kepada cerita based on true story, dokumentari, aksi,komedi dan kekadang layan jugak genre romance habuan asah skill.Haha. Cerita Melayu sori cakap aku memang kurang sangat-sangat layan kerana susah nak dapat jalan cerita yang berkualiti kecuali cerita-cerita arahan Mamat Khalid.

Sebagai weekend husband, weekdays bujang, pada waktu malam kalau tiada apa-apa plan, aku akan duduk dirumah menonton movie. Movie pulak bukanlah yang latest sebab selalunya movie yang latest aku akan tonton di wayang. Lebih berbaloi tengok kat skrin besar. Semua movie aku download berdasarkan carian tajuk random atau yang related di IMDB.

Disini aku nak senaraikan sedikit movie-movie yang aku layan baru-baru ni. Selalunya dalam seminggu lebih kurang tiga movie aku layan. Disebabkan George Clooney merupakan antara aktor peberet aku, maka banyak movie nya yang aku download dan tonton baru-baru ni.


My Rating : 7/10
Filem ni mengenai bidang pekerjaan yang jarang orang tahu wujud. Kebanyakan masa beliau dihabiskan diatas pesawat. Menarik untuk ditonton sebab aku yang seminggu atau dua minggu sekali fly ke KL pun dah terasa muak dan penat, tetambah kehidupan watak utama ni yang hari-hari.

My Rating : 6/10
Cerita bersifat kekeluargaan dimana si bapa cuba rapat dengan anak-anak setelah ex-wifenya meninggal. Boleh la sekali sekala layan cerita macam ni walaupun aku bukan seorang bapa. Atleast dapat memahami macam mana perasaan anak-anak yang dibesarkan oleh single parent.

My Rating : 7/10
Zaman sekarang semua orang nak join politik. Dari politik amatur hinggalah menjadi ahli politik merangkap pemimpin. Filem ni berkisar tentang usaha melobi dalam menjadi Presiden US. Sebenarnya dimana-mana pun macam ni lah dibelakang tabir. Boleh la serba sedikit membuka mata kita akan kekejian sesetengah ahli politik yang kononnya suci jekk dalam Tv.

My Rating : 2/10
Serius aku tak paham langsung motif yang nak disampaikan dalam cerita ni. Aku cuba fokus sefokusnya namun makin lama makin tak paham. Hampas.

My Rating : 3/10
Satu lagi cerita hampas yang aku tonton. Rating di IMDB tinggi dan cerita pulak bergenre komedi jadi tampak menarik bagi aku. Namun lepas tonton, aku tak gelak langsung. Bagi aku setiap orang ada perspektif tersendiri tentang komedi dan komedi jenis ni tak masuk dengan jiwa aku.

My Rating :  3/10
Cerita ni pon aku tak paham. Entah apa yang nak disampaikan.



Share:

20 September 2014

Gun For Hire : Afghanistan

Dokumentari merupakan salah satu favourite genre tv yang aku suka tonton. Tapi bukan semua jenis dokumentari jugak aku tengok. Kalau bab bab binatang sekarang dah slow sikit. Bosan. Kalau jenis myth pun aku malas jugak. Sebab mat salleh ni suka propa aja lebih nak bagi cerita bunyi gempak. Lagipun sekarang dokumentari di Documentary Channel Astro pun dah jadi macam telenovela. Ya lah, bila buat ber-series-series mulalah habis idea. Takut penonton bosan. Maka akhirnya buat cerita anak gaduh dengan bapak, abang gaduh dengan adik  macam series American Chopper.

Semalam aku layan Dokumentari Gun For Hire : Afghanistan.( Klik Sini untuk tonton ). Dokumentari mengenai askar upahan di Afghanistan. Mereka ni sebenarnya macam pak guard la jugak cuba dikomersialkan oleh tv jadi macam sempoi aja. Sebab apa mereka gunakan askar upahan aka kontraktor swasta disana ? tak cukup tentera kah ? tak cukup kepakaran kah ? Jawapannya tak lain dan tak bukan pengunaan tentera tertakluk pada Konvensyen Geneva kalau tak silap. Kalau guna askar upahan ni, banyak loop hole dalam undang-undang antarabangsa. Jadi mereka bebas membunuh sesuka hati tanpa tindakan makhamah tentera etc.

                                              kebiadapan askar upahan di Iraq

Sebelum ni Afghanistan seperti semua maklum diperintah oleh puak Taliban yang kejam. Bunuh sana sini. Semua rakyat kena pakai burqa, berjambang. Siapa melawan kena bunuh. Undang-undang hudud berleluasa. Potong sana, rejam sini tanpa sebab. Itu yang media barat canang untuk kepada kita dan itu juga yang dicanang media tempatan hasil rujukan sumber barat.

Berdasarkan dokumentari ni, ada dua perkara yang aku dapat lihat. Perkara pertama, askar upahan ini  hanya 'berjuang' untuk duit. Gaji mereka tinggi. Itu yang menyebabkan ramai full time tentera pun berhenti untuk join syarikat swasta ni. Berbeza dengan puak mujahidin yang berjuang hanya untuk mendapat redha Allah. Puak askar upahan ni bukan berani manapun. Tersangkut dalam traffic jam dalam Kabul pun dah menggelabah takut kena ambush.

Kedua, selepas kejatuhan Taliban, Afghanistan telah dikuasai puak Afghan liberal yang dibela Amerika. Di dalam dokumentari ini boleh lihat rumah-rumah pelacuran dibuka di kawasan Zon Selamat bawah seliaan Barat untuk melayan tentera mereka. Yang buka pusat-pusat pelacuran ini adalah orang Cina dan pelacurnya jugak Cina. Orang Cina ni, dimana saja ada peluang tak kira tempat aman atau teman berkonflik semua mereka pergi untuk cuba berniaga. Semangat berniaga ni aku respek. Jadi tak hairanlah setakat Majlis Perbandaran di Malaysia ni benda kecil aja bagi mereka.


Share:

18 September 2014

180 saat

Pada awal tahun lepas aku telah travel ke Bangkok dan berkesempatan melepak awal-awal pagi di Lumphini Park. Memandangkan hari tuh hari Ahad, maka ramailah warga kota Bangkok dari belia sehinggalah warga emas beriadah disana. Suasana sungguh meriah. Ada yang tengah Tai Chi beramai ramai, ada yang bawa haiwan peliharaan bersiar-siar, ada yang berjoging dan yang paling best terdapat kawasan Gym Terbuka.

Lumphini Park - Bangkok.com

Gym terbuka - thefitworldtraveler.com
Aku pun join sama lah bersenam di tempat gym terbuka. Dalam kefokusan bermain, tiba-tiba satu lagu berkumandang dicorong speaker yang aku agak ada tiang speaker besar dikawasan Lumphini Park ni. Segala aktiviti terhenti. Yang berlari terus berhenti berlari, yang ber-tai chi terus berhenti ber-tai chi, yang tengah duduk melepak bangun berdiri dan yang tengah baring but bench press pun cepat-cepat letak bar dan bangun berdiri tegak. 

Aku yang tengah duduk chin up pun terus stop terpinga-pinga. Kelihatan semua orang tengah menyanyikan lagu berkenaan. Pada akhirnya aku pun sedar yang itu adalah lagu kebangsaan Thailand. 

Pada hari yang sama, aku fly dari Bangkok ke Hatyai sebelum menaiki tuktuk ke Terminal Van Hat Yai untuk menaiki Van ke Border Padang Besar. Hari dah petang waktu tuh. Tengah melepak makan keropok sambil menunggu Van ke Padang Besar bertolak, tiba-tiba lagu yang sama berkumandang. Masing-masing menghentikan segala aktiviti. Yang duduk terus bangun berdiri. Di Tv kelihatan lagu yang memaparkan gambar-gambar Raja Thai. Walaupun aku bukan rakyat Thai, namun atas dasar menghormati adat dan budaya tempatan, aku pun turut sama berdiri.

Pada minggu lepas aku berkesempatan menonton wayang di panggung wayang GSC. Selepas hampir 20 minit iklan, tiba-tiba skrin memaparkan notis dalam bahasa Melayu dan Inggeris agar semua bangun menghormati Lagu Negaraku. Masing-masing bangun kecuali seorang brader cHina disebelah. Mungkin beliau bukan warga MALAYSIA namun sebagai PELANCONG beliau patutlah menghormati adat dan budaya tempatan.


Kepada mereka yang mengeluh kerana terpaksa bangun 3 minit untuk menghormati lagu Kebangsaan, ingatlah yang Datuk Nenek Moyang kita berjuang beratus-ratus tahun untuk memerdekakan bumi ini. Mereka sudah berjaya melaksanakan perjuangan mereka, yang tinggal hanyalah untuk anak cucu untuk tunjukkan rasa penghargaan selama 3minit sebelum duduk berjam-jam menonton filem yang dihasilkan bekas 'musuh' mereka.


Share:

08 September 2014

Bercuti Ke Songkhla Part 2

Pada sebelah malam, kami menuju ke Hat Yai yang terletak kira kira 30 km dari bandar Songkhla. Ada dua jalan yang menghubungkan Songkhla ke Hatyai, satu ni jaraknya dalam 30+ km tapi jalannya ibarat highway manakala satu lagi jalan yang masuk pekan kecil dan kena lalu banyak traffic light sikit yang jaraknya hanya 20+km. Aku pilih jalan dekat.

Perjalanan kami sedikit slow kerana hujan turun dengan lebat sebelum akhirnya terperangkap dalam kesesakakan lalu lintas sepanjang 10km. Serius jem mengalah nak balik raya. Aku tak pasti kenapa jalan sesak tapi yang pasti semua nak menuju ke Central Festival Mall yang kebetulan berdekatan dengan Hatyai ASEAN Night Market yang kami nak tuju tuh. Gamaknya ada konsert la kot sebab siang tadi kami lalu ada event Hatyai Bike Week 2014. Akhirnya kami semua yang kelaparan dengan aku yang nak terkucil ubah haluan mencari kedai makan di area lain. Maka terbantut lah plan Cik Dee nak shopping. 

nasib baik kereta auto
Kami memutar merata rata mencari kedai makan Halal. Maklumlah kedai makan ni selalunya time tak mau makan ada la tersempak sana sini. Tapi time nak makan terus menghilang. Terjumpa satu kedai ni, sekali tengok dah tutup. Pusing-pusing kami terjumpa satu street ni yang ada gerai-gerai makanan Halal. Masalahnya aku nak terkucil sangat. Gerai-gerai ni confirm takda toilet, jadi skip dulu dan dan cari kedai lebih besar.

Akhirnya terjumpa sebuah kedai makan Halal yang agak besar. Orang pun ramai. Elok time kami datang hanya terdapat satu meja kosong. Aku tak fikir panjang terus ke toilet. Setelah setel, aku pun join Cik Dee, adik ipar dan kakak ipar aku. Bila nak order rupanya kedai ni macam kedai Ikan Bakar. Semua jenis masakan untuk dimakan dengan nasi. Takda koteaw goreng, mee sup atau bihun tom yam seperti kami idamkan. Kami yang tak berapa nak IN makan nasi waktu malam yang dingin hujan-hujan ni pun beredar. Kalau lepas ni nak try makan nasi lauk bakar-bakar memalam di Hatyai, aku akan kesini. Sebab sampai full table confirm kedai sedap ni. Kami bergerak semula menuju deretan gerai yang memula tadi. 

Baru kena tema kali ni. Memasing pekena sup thai. Aku pun tak tahu apa nama sebenarnya
sup ni sebab tulis dalam bahasa Thai. Siap ada lokcin bakar.Nice!
Lepas makan masing-masing dah letih, maka balik gitu aja lah ke Songkhla semula. Drive 30Km semata untuk makan sup nampak gayanya. Kalau ipar aku tak ada confirm aku dah ajak Cik Dee pi oil massage. Haha




Share:

01 September 2014

Bercuti Ke Songkhla Part 1

Selalunya kalau ke belah Thai ni, aku selalu lepak Hatyai berbanding Songkhla. Kalau pergi Songkhla pun sekadar kejap-kejap aja layan view pantai sebelum balik atau bermalam di Hatyai. Namun kali aku dan Cik Dee nak ubah sikit dengan lepak di Hatyai tapi bermalam di Songkhla. Dah jemu pulak dengan Hatyai ni. Lebih kepada port orang shopping berbanding melepak layan pemandangan.


Proses ke sana macam biasa, perjalanan macam biasa. So skip aja part ni.Setiba di Hatyai kami terus menuju ke port makan biasa iaitu Bung Bow Restaurant (Klik Sini untuk lebih lanjut). Kalau datang ke Hatyai tanpa lunch disini memang tak sah kerana makanannya sedap ditambah pula harga yang murah. Tapi yang leceh sikit nak makan kat sini adalah soal parking. Sejak banggunan parking bertingkat berdekatan telah dirobohkan, kami terpaksa parking ditepi tepi jalan.

Memula aku rasa agak bertuah kerana kebetulan sewaktu kami lalu ada sebuah kereta tengah keluar dari parking spot yang memang strategik. Namun rupanya tak lama tuah aku tuh, sambil menunggu kereta tuh reverse, tiba-tiba terdengar bunyi berdentum dibelakang kereta aku. Bila tengok diside mirror kiri, ternampak sebijik motor berserta dua orang minah dah menyenget ditepi jalan.Aku pun terus masuk parking yang dah dikosongkan tuh sebelum turun melihat kerosakan. Baru saja nak mula adventure dah berlaku perkara yang menye- poil - kan

Nasib baik tak kemik atau pecah bumper aku, sekadar calar yang agak dalam.Isk2. Yang langgar aku tuh pun budak lagi. Rasanya dalam umur 13-14 tahun aja. Kalau kat Malaysia mungkin situasi dia jadi lain, namun memandangkan ditempat orang, ditambah dengan kedua2 budak tuh datang dengan muka takut2 minta maaf sambil tangan dah serupa menyembah tokong, aku pun redhakan aja. Anggap dah takdir. Adess..

Lepas kenyang lunch, kami terus menuju ke Songkhla untuk check in hotel. Disana kami akan menginap di Sabai Ez. Nak cari lokasi Sabai Ez agak mencabar kerana aku tak punya gps dan ia juga bukan berada di jalan utama Songkhla yang aku familiar.

Dengan hanya berbekalkan screenshot google map yang aku print, kami pun meredah mencari lokasi sehingga meredah kawasan perkampungan dan perumahan sebelum tiba didepan hotel (sebenarnya sesat hampir 30min sebelum sedar yang hotel hanya berdekatan dengan taman perumahan yang kami keluar awal2 tadi).

Sabai Ez
Hotel ni aku booking menggunakan agoda.com. Sebenarnya ia bukan hotel sangat pun, lebih kepada chalet. Ratenya murah (RM60/room). Yang bestnya tentang Sabai Ez, setiap bilik mendapat parking lot masing-masing. Ni antara point yang aku bagi bintang kat tempat ni. Bukan apa, rasa mudah nak punggah dan simpan barang dari kereta serta rasa selamat memikirkan kereta didepan pintu.

tulisan sebelah kami lalu memula tuh dalam thai, pusing semula baru perasan 
macam chalet
entah kenapa aku rasa ni point paling best duduk sini, parking depan pintu
colourful, channel 17 yang best sekali.AUMM!
cermin tuh buat rasa kekok sikit..haha
Selepas berehat seketika, kami cadangnya nak ke Pantai Samila, namun dek kerana ternampak satu jalan ni nama jalan Masjid di dalam google map print, makan aku pun cadang nak lalu ushar2 dahulu manatau ada port makanan halal menarik disana.

Biasalah, bila pakai google map print ni, bukan boleh nak tau pun dah sampai ke destinasi atau belum, akhirnya kami tersesat ke kawasan jalan pesisir dimana disebelah kanan kami ialah tasik Songkhla. (nasib baik aku research dulu sebelum ke sini) Tasik Songkhla merupakan tasik semulajadi terbesar di Thailand. Siap ada pulau ditengah tasik yang bernama Pulau Ko ya. Terdapat jambatan yang menghubungkan Pulau Koya dengan tanah besar dan jambatan tuh boleh dilihat dari lokasi kami berada. By the way, aku perasan di jalan pesisir tuh pun ada beberapa lagi chalet yang berkonsep seperti Sabai Ez tapi versi lebih mewah dan cute. Tak pasti harga sebab aku tak nampak pun chalet2 tuh dalam agoda.com.

rasa macam kat Kuala Perlis pun ada. kanan tuh tasik
Memandangkan kami sudah terlanjur sesat dan sudah nampak jambatan ke Pulau Ko ya, maka plan pun berubah dari mencari jalan masjid ke misi ke Pulau Ko Ya. Jambatan tuh memang nampak dari kedudukan kami, tetapi aku pun tak tahu mana arah jalan nak ke jambatan tersebut.

Disini aku menggunakan sedikit unsur gamble. Aku gambe aja follow bas persiaran thai yang penuh pelancong. Aku suspek mereka pun nak kesana.

atas jambatan ke pulau ko yo
Sangkaan aku ternyata tepat, tak lama kemudian kami dah berada diatas jambatan menuju ke pulau. Tak panjang pun jambatannya tuh, lebih kurang 200 meter saja.

Pulau Koyo
Berdasarkan research serba sedikit aku, ada tempat bersejarah di pulau ni namun aku tak berminat nak pergi lagipun dah petang (aku terbaca satu komen siap kata angker). Jadi kami hanya melalui jalan utama pulau yang sekangkang kera (dalam 5km) tuh sebelum u turn semula. Kalau terus lagi kami akan naik satu lagi jambatan yang menghubungkan ke seberang satu lagi tanah besar ke Nakhon SiThamratrat.

Panaroma Tasik Songkla dari Pula Koyo, seberang sana tanah besar Songkhla
Lepas uturn aku perasan bas persiaran thai tadi berhenti di satu kawasan deretan kedai. Kami pun berhenti siasat apa menarik.

Deretan kedai menjual hasil ikan tasik songkhla serta produk IKS tempatan
Jam dah menujukkan pukul 6.30 waktu malaysia. Aku terus memandu menuju ke Pantai Samila. Tengok gaya hari dah nak gelap. Tak merasa juga niat nak layan sunset di pantai.

Walaupun dah makin gelap, suasana masih meriah disepanjang 8 km jalan pantai Samila. Ada yang tengah picnic, ada yang tengah berjoging, ada yang tengah mandi dan ada juga yang tengah layan konsert mini. Kami berhenti disatu port ni untuk bergambar.

Pantai Songkhla ni panjangnya aku rasa 5-6km jugak.
Tak la secantik Pantai Cenang, namun boleh la buat mandi


Share:

31 August 2014

Selamat Hari Merdeka

Sebenarnya hari kemerdekaan dengan diri aku ni agak sebati kerana tarikh lahir aku beberapa hari saja sebelum hari Kemerdekaan. Jadi dalam masa nak tunggu sambut birthday ( kalau budak2 dulu birthday ni macam hari yang bermakna bagi aku ) suasana kemerdekaan dah mula rancak lah.

Kalau nak dibandingkan dulu (2000 ke atas) dan sekarang, aku rasa macam sambutan kemerdekaan dulu-dulu lebih meriah. Namun benda ni aku tak pasti sama ada terasa meriah kerana aku masih kecil dan semua benda nampak meriah ( macam hari raya etc) atau memang benar sekarang sambutan dah makin kurang menarik.

Apapun sekarang hidup di zaman DS Najib Tun Razak, aku rasa nilai patriotisme pada negara dah makin kurang. Yang makin bertambah adalah jurang perpaduan kaum yang makin hari makin jauh. Sekarang dah jadi hari-hari ada aja berita - berita Raja dihina, pemimpin dihina, Islam dihina, Melayu dihina dan segala macam perkara diluahkan dengan bebas tanpa sekatan. Berkat permansuhan ISA.

Kalau ditanya pada aku, aku berpendapat yang DS Najib ni seorang pemimpin yang kurang berkaliber. DS Najib ni nampak macam banyak ikut cakap penasihat - penasihat ( PEMANDU, Konsultan Antarabangsa etc) berbanding dari menggunakan idea sendiri. Macam tukang angguk. Ini membuatkan aku gusar juga kadang-kadang dengan masa depan negara. Bunyik macam gempak aja kan sekutu-kutu aku nak fikir masalah negara. 

Tapi itulah realitinya bagi aku. Berbeza dengan zaman Tun Mahathir menjadi PM. Pada zaman tuh aku rasa aku tak ambil peduli tentang apapun masalah negara. Satu ya mungkin sebab masih kecil, tapi satu lagi sebab aku rasa apapun cabaran, halangan atau badai yang melanda, Tun Mahathir akan buat sedaya upaya untuk mengatasi segala permasalahan tersebut. Terasa yakin yang pemimpin sedemikian tak akan lari dari tanggujawab. Namun macam sekarang, aku terasa macam rakyat tiada tempat bersandar. 

Lagi satu bab PM Najib ni, kalau tengok gambar-gambar beliau yang hari-hari keluar dalam akhbar pun aku rasa nak gelak atau paling kurang tersenyum. Beliau selalu tampak kelakar atau tak serius. Mungkin kerana minda aku dah tercemar dengan gambar-gambar Troll beliau yang dihasilkan Red Bean Army ataupun mungkin kerana beliau sendiri selalu buat nak nampak cool tapi akhirnya tampak kelakar.

aku sorang kah rasa begitu?

mungkin beliau nak tunjuk yang beliau trendy dan boleh masuk
dengan orang muda namun bila buat perangai kebudakan macam ni membuatkan hilang
rasa 'gerun' pada seseorang pemimpin.
Berbeza dengan Tun yang mempunyai riak wajah lebih serius namun ada masa mampu melawak.
Kalau ditanya kenapa aku bandingkan dengan Tun M, tak lain hanyalah kerana aku pernah hidup dibawah pemerintahan beliau sahaja. Kalau pernah hidup bawah PM-PM lain mungkin aku boleh panjangkan lagi perbandingan. Pak Lah Who? hahaha..

Apapun Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-57 dari aku seorang kutu berjiwa besar.

P/s : aku ke Arked Niaga Padang Besar pada 31 Ogos, tampak meriah dengan kehadiran orang luar datang shopping. Namun yang sedihnya bila memikirkan 99% peniaga disitu adalah warga Thai dan meniaga di lot-lot arked yang di-ali baba kan oleh orang Melayu sendiri. Merdeka kah kita ? Hmmmm

Share:

25 August 2014

NED ?

Kalau orang tengok aku, mungkin nampak macam pemuda pemuda yang lain. Pemuda yang hanya fikir nak enjoy, lepak, usha awek dan segala negativiti yang lain. Sesetengah tu ada benarnya namun jauh disudut hati ini, tersemai jiwa yang berwawasan. Yang kekadang tuh aku rasa lebih berwawasan daripada Menteri - Menteri yang dilantik atas platform politik yang korup. 

Ke'wawasan'an dalam diri aku ni bukannya lahir dari didikan mahupun terikut ikut dakyah pihak sana sini tetapi lahir dari perasaan cinta akan Tanah Air pusaka nenek moyang kita. Kalau tak sebab aku sayang akan bumi bertuah ni, takda masanya aku nak ambil port bab politik yang tunggang langgang tuh. Lebih baik aku ambil port bab gosip artis cerai, kena tangkap basah dan sebagai porno yang lain. 

Kalau bab tv, aku dari kecik tak minat bab hiburan sangat. Aku lebih suka program berunsur dokumentari. Tak kira lah Animal Planet, National Geographic mahupun Discovery Channel. Dalam banyak-banyak jenis dokumentari pulak, aku lebih suka genre sejarah, biography mahupun perkara-perkara perihal politik dunia. 

Seingat aku sejak aku naik Sekolah Menegah, perkara pertama bila aku balik sekolah adalah makan nasik sambil belek Utusan bahagian Luar Negara. Berita dalam negara aku tak ambil port langsung. Aku akan baca event yang berlaku diluar sana. Perang dimana, US gaduh dengan sapa dan sebagainya.

Malam ni (2.50am) aku tak ngantuk lagi dan memandangkan esok tak perlu bangun awal, jadi aku layan aja dokumentari tentang bekas Presiden Venezuela,Hugo Chavez diYoutube. Kalau sapa tak kenal Hugo Chavez, google lah sendiri. Dah mati dah pun dia ni. Apa yang membuatkan aku kagum dengan dia adalah sikap beraninya melawan imperialisme US dan solidaritinya pada rakyat Palestin dan negara anti-US yang lain.




Sedikit cerita lah tentang Hugo Chavez, beliau asalnya seorang pegawai Tentera Muda dalam Tentera Vanezuela. Sewaktu berlaku tunjuk perasaan pada tahun 1987 keatas Presiden Venezuela ketika itu yang tidak popular dikalangan rakyat, beliau mengambil keputusan untuk melakukan rampasan kuasa setelah Kerajaaan ketika itu mula menggunakan tentera untuk membunuh penunjuk perasaan. Bersama beberapa pegawai muda yang lain, beliau melancarkan Kundeta yang akhirnya gagal. Walaupun gagal, beliau dianggap wira pada rakyat Venezuela.


Beliau memikul tanggujawab dan dipenjarakan selama 2tahun. Pendek cerita, 6 tahun selepas itu beliau memenangi pilihan raya Presiden secara demokrasi dan memegang tampuk pemerintahan. Tidak seperti Presiden sebelumnya, beliau melaksanakan polisi Anti-US. Memandangkan Vanezuela memiliki rezab minyak yang banyak, US selaku pendokong Demokrasi pun tidak boleh membiarkan ia begitu saja. Pada tahun 2002, US menggerakkan NGO nya bernama National Endowment for Democracy (NED) membantu pihak pembangkang yang ketika itu sedang menjalankan tunjuk perasaan jalanan untuk menjatuhkan Hugo Chavez.


Nak dijadikan cerita, Hugo Chavez hampir digulingkan namun last minute beliau diselamatkan oleh sepasukan tentera yang setia padanya sebelum dibawa pulang ke Istana Presiden yang ketika itu sudah dikerumuni penyokong setia beliau. US yang malu disebabkan usaha menjatuhkan Hugo Chavez tidak berjaya mula lah tidak mengaku segala kegiatan mereka sebelum itu. Disini kita boleh lihat perangai US yang tak peduli pon demokrasi sebenarnya yang penting kepentingan mereka saja.

Pulang ke Istana Presiden setelah pihak pembangkan gagal dalam rampasan kuasa
Demokrasi hanyalah alat untuk menjatuhkan kerajaan anti-US yang tidak mengamalkan sistem demokrasi seperti mana operasi 'IRAQI FREEDOM' yang kononnya nak menjatuhkan diktaktor dan menegakkan demokrasi dibumi Iraq. Macam kes Venezuela yang mana kerajaan telah pun mengamalkan demokrasi, mereka menggunakan pula alasan Kerajaan sedia ada tak cukup demokratik, tak telus dan sebagainya. Semua takkan serba kena pada sesebuah kerajaan itu selagi tak tunduk bawah telunjuk mereka.

So kalau macam di Malaysia, kita sedia maklum adalah sebuah negara demokrasi. Namun ada NGO-NGO di Malaysiayang didokong oleh parti politik mempertikaikan ketelusan demokrasi negara. Maka mereka melakukan tunjuk perasaan. Dalam melakukan tunjuk perasaan tersebut, NGO-NGO ini disokong pula dari segi kewangan oleh pihak NED. Nampak tak persamaan situasi Venezuela dengan situasi di Malaysia? Permainan yang sama, pemain yang sama. Bezanya hanya tempat, masa dan kuda tunggangan.

Demonstrasi BERSIH

Sumber WIKIPEDIA NED - http://en.wikipedia.org/wiki/National_Endowment_for_Democracy
Bagi aku, pemimpin politik yang patriotik tidak akan sesekali meminta bantuan atau menerima bantuan dari anasir luar. Sejauh mana pun kesulitan, bantuan patut hanya diterima atau diminta dari sumber dalaman kerana tangan-tangan asing tidak akan membantu dengan percuma. Tidakkah kita belajar dari sejarah datuk nenek moyang kita tak kira sejarah Kesultanan Kedah, Melaka, Selangor, Perak yang telah meminta bantuan luar apabila berlaku pertikaian dalaman dan apa hasilnya ?

Pemimpin pembangkang Vanezuela memohon bantuan luar
Share: